Tidak Ada Usaha dan Kesal

Impian berumah tangga. Di Malaysia, lebih kurang umur 24 – 30 tahun wanita berkahwin. Manakala, lelaki lebih kurang umur 27 – 35 tahun berkahwin. Usia ini sudah menjadi tanda sudah bersedia berkahwin kerana faktor ekonomi, kewangan, pekerjaan stabil dan, pelajaran sudah tamat . Ketika umur inilah, ada antaranya meluahkan perasaan untuk tidak berkahwin.

Kerana *perempuan memikirkan belum ada lelaki datang untuk mengenali*, *lelaki memikirkan masalah ekonomi* , *mana2 jantina terlalu pasif malu* dan ada antaranya menjadi trauma kerana sejarah putus dan sebagainya. Atau sebab sakit. Tapi, sebenarnya dalaman niat untuk berkahwin tu ada. Alhamdulillah, kita syukur Allah berikan kita satu niat yang baik dalam hati, hendak membina masjid.

Adik, akak bukanlah manusia yang hendak menyibuk soal hidup adik. Tapi, akak yang dah berkahwin ni rasa ini perkara yang penting akak boleh kongsi agar lepas ni adik dah tak terbeban dengan masalah dan menjadi punca utama adik stress.

Adik-adik lelaki wanita yang ketika ni masih bujang;

1. Ambil masa sabtu ahad pergi menelaah daurah tentang ilmu pernikahan. Kitab muhimmah / panduan suami isteri, kitab fiqh wanita. Sekali sebulan mahupun seminggu sekali, usaha. Kenapa?

Adik perlu kenal ilmu- ilmu yang adik nanti dah berkahwin perlu menjelaskan pada pasangan dan menunaikan tanggungjawab dengan baik. Adik malu? Kurangkan malu mencari ilmu agama, Allah beri keberkatan pada adik. Masa akak bujang dulu, akak isi masa pergi dengan kawan. Tak ada kawan? Nanti sampai di tempat belajar, mesti ada kawan .

2. Dalam tempoh adik sedang belajar itu, adik perlukan seseorang yang perlu bantu adik. Luahkan masalah adik tentang perkahwinan. Hati akan tenang, dan mendengar nasihat yang baik- baik.

Bagi lelaki, ketika berada di masjid, boleh tegur salah seorang imam dan berkenalan seorang ustaz . Mohon bantuan ustaz untuk bantu lihat bacaan Al Quran/ sebagai bimbingan utk bertanyakan soalan.

Bagi wanita, ketika berada di tempat belajar agama, boleh bertanya pada ustazah. Sebab akak wanita, akak berjumpa dengan ustazah. Akak jadi tenang, rasa seronok belajar ilmu agama, makin menjadi hendak tahu soal ilmu dan hati senang.

3. Genggam tangan, ikuti ini:

Ya Allah, aku manusia yang hina. Banyak sangat kekurangan. Aku mohon kongsi pada kau, satu perasaan yang aku rasa sehingga kini. Aku pernah ada niat untuk berkahwin, tapi aku takut. Tiada siapa yang hendak mengenaliku, tiada siapa yang mahu kenalkan aku pada sesiapa. Tiada apa yang boleh bantu selain kau..

Baru aku sedar, selama ini aku hanya merintih, tanpa diiringi usaha dari jiwaku sendiri. Usahaku hanya meluahkan, hanya menangis, hanya menjauhkan diri dan melepaskan kerisauan dengan berhibur. Aku kurang berdoa dan berusaha.

Ya allah , usaha yang diiringi jiwa yang yakin dan kental sudah ada dalam diri. Aku mahu berusaha mencari si dia yang ku tak tahu, dalam redha mu dengan penuh menjaga tatasusila islam. Aku tidak mahu bergelak ketawa, luahkan rasa suka dan duka bersama insan yang belum lagi suamiku/ isteriku.

Aku mahu menjadi insan yang selalu mengingatimu dengan beristighfar. Pastinya, aku dan si dia tidak bermesej- mesej. Biarlah orang tengah menemani dan memperkenalkan kami, disitu detik taaruf dan diakhiri dengan niat berkahwin antara satu sama lain. Dan kemudian, kau berikan petunjuk untuk kami berumah tangga dlm masa yang ketika aku bersedia menghadapinya. Aku percaya aku mampu ya allah.

Usahaku ini Ya Allah antaranya cara: bantulah aku pilih..

1. Meminta bantuan ustaz ustazah kenalkan aku pada seseorang yang aku letakkan ciri-cirinya.

2. Meminta bantuan ibu dan ayah / adik beradik/ rakan pasangan yang dah berkahwin yang aku percaya meneliti si dia dan memperkenalkan kami.

3. Melalui sosial media/ laman sesawang islamik yang patuh syariah (baituljannah/ baitulmuslim), ditemani dengan orang tengah membaca dan membalas bagi pihakku segala mesej calon yang ingin bertaaruf, berjumpa dengan ditemani adik/ abang/ ibu bapaku.

Aku bukan terdesak tetapi aku niat ikhlas. Niatku ikhlas kerana aku sudah tahu apa tujuan berkahwin dalam hidupku. Menyebarkan islam antara pasangan dan keluargaku. Berbincang perkara yang mematangkan diriku. Menuntut ilmu bersama-sama. Membantu keturunanku ke arah islam yang mawaddah. Saling membantu susah dan senang. Sempat menggembirakan ibu ayahku melihatku berkahwin dan memiliki anak ketika mereka masih ada.

Ya Allah bimbing hatiku tekad tidak putus asa, tiada apa yang boleh bantu selain engkau. Manusia yang menjadi orang tengahku kelak sebagai perantara yang memastikan kami saling menghargai dan menghormati adab. Moga engkau membantu urusan kami dgn istikharah kelak.

4. Untuk mengikuti ataupun tidak cara ini, terpulang. Yang penting ingatlah, Allah akan bantu jalan sekiranya doa diiringi usaha dan hati yang kuat meyakini Allah akan temukan walaupun lambat.

5. Adik- adik, mohon bermaaf maafanlah dengan kenalan. Insha Allah pintu ruang akan terbuka . Sekaligus Allah membantu pintu taubat kita akan kesilapan kita yang lalu.

Moga berjaya dalam hidup. Salam sayang dari akak afrina.

– Akak afrina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *