Tidak Suka Diatur II

Untuk part I, (https://iiumc.com/tidak-suka-diatur/).

Ok aku sambung pasal ajaran tu. Tapi aku tak tau detail sangat. Sebab berdasarkan observation, instinct dan pemahaman aku apa yang dipelajari tu lain lah dari kita.

a) Sembahyang cara malaikat. Aku blur jap. Aku pun tak tanya lebih macam mana malaikat sembahyang. Pada aku kita manusia kenapa perlu sembahyang cara malaikat. Maaf kalau pemikiran aku terlalu simple atau terlalu surface.

b) Mengumpulkan semua sembahyang dalam satu waktu. Aku pelik bila pergi travel sesama nape diorang tak stop sembahyang? rupanya sebab dah dibuat dalam satu waktu.

Disebabkan hal solat ni, FIL aku pernah bentang sejadah depan aku untuk tunjukkan yang die solat. Pastu die siap perli aku, “kalau tak tunjuk kat kau, nnt kau kata aku tak solat.” Susah mau dibawak berbincang kalau cmnie.

c) Tidak berpuasa. Aku tak tau lah puasa diorang niat je ke dah cukup kot.

d) Husband aku dulu pernah kata yang Abu Bakar As-Siddiq tu bukan sepatutnya jadi khalifah selepas Rasulullah. Sepatutnya Ali. Mula dari sinilah aku macam dah tengok something wrong dengan apa yang die belajar kat ‘majlis ilmu’ tu.

e) Air Zam-Zam tidak boleh diminum sebab ada racun. Sebab tu setiap kali jemaah balik dari Umrah/Haji diorang akan sakit. Tapi aku rasa perubahan cuaca kot sebabkan orang sakit. Lagipun ada banyak je penyakit yang mungkin kita dapat sebab kat sana kan ramai and datang dari serata dunia.

f) Husband aku pernah persoalkan kenapa Islam sekarang ada 4 mazhab berbeza. Aku kata perbezaan mazhab hanya pada isu-isu feqah. Tauhid kita sama. Tu the best explanation yang aku boleh bagi kat die.

Ni je details yang aku ingat. Yang lain tu aku tak boleh recall. Dalam family tu dah berkembang kepada beberapa family kecil. Maksudnya aku ada biras-biras lain. Since aku dah lama tak balik, aku pun tak follow up penerimaan yang lain pasal perkara ni.

So far aku tengok aku je lah yang ‘menantu hantu’. Sebab tu fokus aku berkenaan keluarga kecil aku je. Maybe biras-biras aku boleh terima atau diorang ada cara lain utk ubah keadaan pasangan masing-masing. Mungkin diorang tak blunt dan gopoh macam aku.

Aku ada bagitau husband aku, aku jauh hati sebab sebelum kahwin tak bgtau aku dulu. Masa tu kalau aku tau aku boleh back off. Sebab aku dah tekad nak perbaiki diri aku lepas aku kahwin. Aku nak give my marriage 200%.

Aku nak jadi muslimah yang lebih baik. Tapi aku tak sangka aku perlu lalui benda serumit ini. Seriously aku byk je dengar masalah kawan2 yang ada family/family mertua yang tak jaga waktu solat, aurat and etc. Bagi aku tu boleh berubah lagi. Tapi ni adalah isu akidah.

Kalau ada dikalangan yang baca confession aku ni mengamalkan ajaran-ajaran yang lain nie, korang pilihlah jodoh dikalangan ahli jemaah korang. Supaya tak timbul masalah di kemudian hari.

Ada biras aku yang aku tak pernah jumpa. Sebab aku dah pesan kat laki aku, korang kena berterus terang pasal perkara nie sebelum ada lagi perkahwinan dlm family korang.

Mungkinlah aku nampak selfish nak selamatkan keluarga kecil aku je tapi tu je aku mampu buat. Biras aku yang masuk dulu dalam family tu, bila aku tanya kat dia, dia kata nothing pelik pun pasal ajaran tu. Aku mmg pelik dengan orang takde pendirian ni.

Malas aku nak tanya die pape sebab die mcm sembunyikan something. Lagipun mcm aku cakap, FIL aku kan tahap control freak. So maybe die takutlah kot. Pada aku isu akidah ni is everything kot. Gila ke apa kalau ditanya kat Akhirat nanti camne. Ya Rabbi. Scary.

So tolonglah doakan aku. Doakan suami aku. Aku confess sebab aku nak korang tau yang keluarga macam nie wujud. Please do some background checking sebelum korang kahwin. Sebab bila dah kahwin, kalau tak ditangani dengan baik akan berlaku perceraian.

Mungkin kalau ada yang baca kata masalah ni kecik je kot, tapi aku mmg tak boleh berhadapan dengan keadaan ni sebab aku macam ditipu. MIL aku pernah kata yang things have been like this since the kids were young. So you must understand us.

Aku cakaplah… aku orang baru kot, bila dapat tau mestilah aku shock. And serious matter kot. Bukan benda kecik. Kadang aku terfikir, diorang lebih rela kalau kitorang bercerai dari ajaran diorang ni diketahui.

Tapi aku amat-amat bersyukur yang keluarga aku tak pernah sisihkan suami aku. Tak pernah family aku layan suami aku dengan buruk walaupun keluarga terdekat (mak bapak adik beradik) tau pasal benda ni.

Mak aku pesan biar dia rasa selesa nak beribadah macam kita. Hati ni Allah yang pegang. Jangan putus berdoa. Day by day, banyak dah die berubah. I must give him time. Siapa tau bersabar dengan ujian macam nie ada tempat utk aku kat syurga nanti. Aamin.

– Menantu Hantu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *