Timing Jamuan Raya Rakan Sekerja

Terima kasih kalau admin siarkan confession aku.

Ok, straight to the point. Confession aku ini adalah berkenaan jamuan raya yang kebanyakan kita akan mengadakannya selepas pulang dari kampung dan memulakan sesi kerja seperti biasa. Maksud aku, ini jamuan raya tempat kerja. Bukan open house yang orang akan jemput tetamu datang.

Biasalah…bila dah lepas beraya dengan famili di kampung, hampir semua orang akan bersepakat untuk mengadakan jamuan raya di tempat kerja. Tentunya bersepakat dengan rakan sekerja dari segi bajet, hari mengadakannya dan jenis-jenis masakan yang akan disediakan.

Tapi ada beberapa perkara yang kurang dititikberatkan dan ini aku sendiri yang rasa. Benda yang aku rasa ini betul-betul buat aku terasa hati. Tapi aku tak mampu nak luahkan pada mereka sebab aku rasa peranan dan kehadiran aku macam tak penting pada rakan sekerja aku.

Yelah…bukan aku nak fikir buruk. Tapi at least biarlah adil kita sesama rakan sekerja kita. Dah nama mengadakan jamuan raya di pejabat, tentulah sepatutnya semua orang terlibat untuk merasa juadah-juadah makanan yang bakal dihidangkan sesama rakan ofis. Betul tak?

Apa yang aku nak confess ini is more to timing mengadakan jamuan. Orang kena faham. Biasanya bila beraya, paling lama orang akan kembali ke tempat kerja pada minggu ke-dua. Ada juga yang jenis lama tak balik kampung akan cuti meleret sampai habis minggu kedua. Ada juga yang tak balik beraya minggu pertama akan balik pada minggu kedua di atas alasan-alasan tertentu.

So, bila nak mengadakan jamuan raya, kau fikirkanlah timing orang lain. Kenapa cepat sangat nak buat jamuan raya tempat kerja? At least, tunggulah minggu ketiga bila semua orang dah masuk kerja. Syawal kan sebulan…

Ini tak…kau dah tahu rakan sekerja kau nak cuti pada hari sekian-sekian, kau masih rancang nak mengadakan majlis jamuan pada hari dia nak balik kampung. Kau tak fikir ke hati perasaan dia macam mana? Dia pun nak juga merasa jamuan raya ramai-ramai kat tempat kerja. Nak juga rasa kemeriahan sambut raya dengan kawan-kawan sekerja.

Kau rancang masa jamuan sesama rakan, tapi langsung tak fikir masa, hati dan perasaan orang lain. Lepas itu, kau beria-ia cerita juadah apa yang nak dihidangkan dan bajet setiap sorang. Dah kau tahu nak buat jamuan hari kawan kau balik beraya di kampung, kau masih nak count in sekali bajet dengan kawan kau yang nak cuti tu? Sedangkan kawan kau tu sah-sah tak dapat merasa makanan hari jamuan itu diadakan sebab nak balik kampung cuti raya! Kau tak fikir ke macam mana remuk redamnya hati kawan kau bila kau rancang buat jamuan raya masa dia tak ada?

Common sense la..Syawal sebulan kowt. Orang akan buat jamuan raya bila dah assure semua rakan sekerja dah kembali kerja seperti biasa. Biasanya pada minggu ketiga. Kita nak semua kawan sekerja merasa juadah-juadah yang sedap tu. Bukan nak isi selera perut kita dan kawan-kawan yang sekepala dengan kita je.

So, timing biar betul…Ikut timing semua orang, bukan timing kau dan rakan-rakan sekepala korang jer…

Tolong jaga hati perasaan orang lain sama, Bukan hati perasaan kawan rapat kau saja..

That’s all

– Hati Yang Remuk Selamanya –

– Kak Ros

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit