Tinta Seorang Graduan

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat pembaca yang budiman.

Sebelum ni aku ada baca beberapa artikel tentang graduan, antaranya graduan yang memilih pekerjaan, demand soal gaji, berkira melakukan kerja dan pelbagai isu lain.

Kebanyakan artikel tersebut ditulis oleh orang yang telah bekerja dan mempunyai kedudukan kewangan yang stabil. Mereka menulis bedasarkan pendapat dan pengalaman. Adakah ini adil buat graduan macam aku?

Pembaca yang budiman, aku salah seorang graduan yang masih struggle mencari kerja. Pendidikan tertinggi aku adalah master pendidikan.

Aku pernah bekerja sebagai pembantu gerai makan, kerja kilang, kedai buku, pembantu penyelidik, pembantu pensyarah dan guru ganti. Siapa kata graduan macam aku pemalas? Tiada usaha untuk bekerja? Soalnya berbalik kepada rezeki.

Pembaca yang budiman. Sudah puas aku melamar pekerjaan, sana sini aku post resume, aku email dan setiap enjin pekerjaan aku lawati untuk cari kerja. Tetapi, satu pun tidak lekat.

Bila pergi interview, maaf kelayakan anda terlalu tinggi untuk jawatan ini. Hanya Allah yang tahu betapa kecewanya aku, sehinggakan kadang kala imam aku jatuh merudum, nafsu amarah menguasai diri.

Hanya berbekalkan gaji RM900 tolak komitmen tetap ptptn dan mara RM350, bilik sewa dan bil RM300 dan bahagian ibu bapa, tinggal berapa sangat lah baki di tangan.

Ada ketika, aku dapat client untuk analisis data. Ini sahaja lah pendapatan sampingan yang aku boleh buat, benda yang aku sudah kuasai.

Pembaca yang budiman, di luar sana masih ramai graduan yang manganggur yang ingin bekerja dan mengharapkan bayaran setimpal dengan sijil mereka. Aku juga tidak terkecuali.

Aku inginkan pekerjaan yang stabil dan pendapatan yang lebih baik dari pekerjaan sebelum ini. Entah pada siapa aku ingin merayu, pada siapa aku nak mahu mengadu selain Allah.

Pembaca yang budiman. Saat ini bukan saat menunding jari. Mereka yang punya pekerjaan sibuk menunding jari pada graduan macam aku. Sibuk bandingkan diri mereka dengan graduan macam aku.

Tahukah mereka zaman mereka telah lama berlalu, nilai ringgit zaman mereka tak sama dengan nilai ringgit zaman sekarang.

Buat kakak2 dan abang2 di luar sana, jika awak ada kelapangan berbuatlah dengan graduan macam aku, selamilah hati kami dan barulah bagi pendapat. Kami graduan bukan memilih pekerjaan, tetapi sampai bila kami harus begini.

Buat bakal majikan di Malaysia, berilah peluang kepada graduan macam kami. Berilah kami peluang untuk kami buktikan bahawa kami graduan yang berkebolehan dan berkemahiran.

Janganlah jadikan faktor pengalaman, lokasi, tiada pengalaman dalam bidang tertentu dan lain lain sebagai alasan untuk rejact kami.

Jika anda majikan, tidak beri kami peluang, bagaimana kami nak dapat kan pengalaman berkaitan bidang kami?

Terima kasih buat pembaca, semoga artikel ini dapat membuka mata semua pihak yang sering label graduan dengan perkataan tidak sepatutnya.

Salam sayang dari saya Kaoru.

– Kaoru (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *