Tip Jana Bantuan Untuk Pelajar

Bismillah,

Assalamualaikum semua… Harap confession ni tersiar, sebab aku cuma nak share macam mana nak mintak/dapatkan dana kewangan untuk pelajar yang langsung tak dapat tajaan atau pinjaman. Semua sedia maklum dalam kegawatan ekonomi kini, susah betul nak mintak bantuan pelajaran apatah lagi biasiswa. Maka pilihan yang kita ada adalah mencari penyelesaiannya. Bukan merungut tanpa usaha apa-apa. Pengalaman aku belajar dulu, degree aku fully sponsored, tapi bila aku sambung master harapkan mybrain je utk yuran itupun 1 tahun je dapat dan seriously, baru aku merasakan perihnya mencari dana utk kewangan sendiri sebab dua kali ganda kot pembiayaan daripada degree.

1. Zakat. Semua orang tahu pasal zakat. Tapi sebenarnya tak ramai tahu yang dekat bank pun kita boleh mintak zakat. Banyak bank yang boleh, antaranya Bank Islam, Tabung Haji, Bank Muamalat, Bank Rakyat, Maybank dan sebenarnya mungkin ada lagi. Korang boleh google atau telefon tanya. Ada yang kena isi borang permohonan dan ada yang kena buat surat rasmi. Kat situ pandai-pandailaa nak tulis apa. Selain tu jugak, dekat Ramly’s Burger, Gardenia pun kawan aku penah mintak dan dapat. Ada jugak Karang Kraf atau biasanya syarikat-syarikat besar akan ada peruntukan utk zakat pendidikan. Cubalah telefon atau terus buat surat rasmi, disertakan surat tawaran, kad pengenalan, slip pekse terbaru, kad matrik atau apa2 dokumen yg berkaitan. Nak malu apa, kita mintak secara baik.

2. Yayasan negeri. Korang boleh mintak dekat setiap yayasan/pusat zakat negeri masing-masing. Kat sini, dia perlukan borang permohonan kebiasaannya dan korang kena isi dan hantar. Selain tu jugak, yayasan taqwa ada bukak utk orang yang bukan dari kl. Kalau orang kl pulak, boleh mintak borang baitulmal maiwp, (atau yang bermastautin lebih dari setahun). Rasanya, korang boleh google atau telefon setiap yayasan kat malaysia ni untuk tanya ada tak peruntukan zakat bagi student.

3. Bisnes. Selain mintak zakat, cuba janakan kewangan sendiri melalui bisnes. Disebabkan tak semua orang ada skill dan minat bisnes online, yang ni tak payah bagitau la kot kekdahnya camne nak buat bisnes online. Cuba jangan sempitkan, kalau bisnes je online. Tak. Buatlah bisnes offline dengan menjanakan pendapatan daripada benda yang korang suka atau bakat yg korang ada. Melukis ke buat khat ke. Kalau boleh develop skills yang ada dengan buat perkhidmatan yg berkaitan. Cthnya korang suka main kertas-kertas, buat bisnes printing, — memang tak kaya pon, tapi atleast ko ada usaha untuk buat sesuatu dan tidakla mengharapkan duit dah tersedia dalam bank. Kat kiosk/kedai/ dalam universiti, kalau korang tak busy, mintakla keje apapun dekat situ, cashier ke apa ke. Tak semua orang boleh buat benda ni, pasal malu. Dik, jangan malu. Benda ni hanya orang bijak je akan nampak betapa bagusnya korang menjana wang sendiri tanpa harap mak bapak 100%. Orang yang perlekeh ko, jangan ko hiraukan. Hidup ni singkat sangat utk kita ambil berat apa yang orang kata dan apa yang orang fikir.

4. Home Tuition. Kalau korang duduk rumah sewa, bagus utk korang buat home tuition utk anak jiran sebelah menyebelah rumah atau kawasan rumah. Tengokla apa kepakaran korang, yang korang boleh ajarkan pada budak-budak. Benda ni bukan saja boleh bagi kewangan sikit dekat korang, tapi boleh sebarkan ilmu yang korang ada dan develop soft skills secara tak langsung. Bukan home tuition je, kalau korang suka budak-budak, korang boleh amek upah mengasuh budak jugak.

Aku pernah dengar kawan aku merungut, banyak prosedur lah bagai utk mintak zakat ni. Padahal ada hak kita. Ya memang betul, tapi itulah dipanggil usaha apabila korang print sendiri, isi, jumpa penghulu bagai, pensyarah, dekan utk mintak pengesahan. Ingat, sapa yang berusaha, dia akan dapat apa yang dimahukan. Selebihnya bertawakallah. Lagi satu tak payahlah nak sentap sangat dengan pegawai zakat atau kerenah birokrasi (ni pandangan aku la). Kita fikir begini saja, takdek sapa yang akan faham setiap kesusahan kita dan situasi kita. Maka pilihan yg kita ada, untuk faham diorang, which is konon2 prosedur segala bagai. Redha je lah, sebab dorang yang menguruskan zakat2 tu, memang dah tugas diorang begitu. Aku pernah je kena sound dengan bendahari universiti atas sbb aku mohon bayar ansuran utk yuran. Tapi dia boleh cakap, you kena ada back up plan dan you kena ada plan kewangan sendiri. Kita mintak dia paham kita, tapi dia salahkan kita pulak. (Bila difikirkan betul jugak huhu).

Last but not least, kalau boleh duit yang kita terima zakat tu, kita gunakanlah sebaiknya. Janganlah pulak kita laburkan atas jalan yang haram seperti belanja awek misalnya. Please. Orang lain entah-entah ikat perut, tapi kita berbelanja mewah pula. Kita nak belajar mestilah mahu keberkatan juga, bukan sekadar lulus, kerja, kawen dan meninggal. Selain tu jugak, kalau kita buat part time kerja tu, jangan lupa selitkan niat sebagai ibadah, bukan duit semata. Kita ni bukan hamba duit. Duit cuma alat untuk kita survive saja di muka bumi ni. Persepsi ni jangan salah, sekali kau salah pandang dalam hal ni, memang secara tak sedar kau akan jadi hamba duit. Nauzubillah. Sekian, nasihat dan idea mungkin, harap2 dapat membantu adik-adik yang tengah fikir nak cari duit celah mana bayar yuran bagai. Semoga korang dapat survive di dunia serba mencabar ni, insya Allah.

-Akak baru habis belajar.

– Ami

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit