Tips Breastfeeding For Beginner

Assalamualaikum. Nama saya Ira, maaf ya jika confession saya ada campur BM and BI, untuk memudahkan pemahaman.

Sekejap sahaja masa berlalu, saya perlu prepare puree untuk my third baby, dalam kata lain saya hampir mendapat diploma penyusuan susu ibu secara exclusive. Alhamdulillah. Perjalanan penyusuan setiap anak berbeza dan di sini saya share beberapa tips sebagai perkongsian.

1. Set mind daripada baby dalam perut lagi, nak bagi susu ibu at least untuk 6 bulan.

– If rasa 6 bulan lama sangat, setla nak menyusu penuh dalam tempoh berpantang. Ini penting sebagai pemangkin untuk kita teruskan perjuangan. Lepas settle 40 hari, naikkan target 2 bulan dan seterusnya dan jika boleh sehingga 2 tahun.

2. Cari knowledge mengenai penyusuan susu ibu.

– Knowledge penting kerana dengan ada knowledge kita tidak mudah terpesong especially jika anak pertama.

Hehe.. Biasala bila semasa berpantang, ibu atau ibu mentua atau sedara mara kadang kala akan provoke kita dengan meminta kita memberi susu formula dengan alasan susu ibu tak cukup dan anak kerap menangis atau meminta bagi air masak.

– Apa yang kita perlu tahu, susu kita cukup, kita kena pastikan anak pandai hisap, tiada tounge tie atau masalah kesihatan lain.

– Ada juga isu dimana bila anak jaundice (kuning), petua orang lama meminta beri susu formula untuk mempercepatkan penurunan bacaan bilirubin. Siapa yang tak nak anak cepat sihat terutama tidak perlu ulang alik ambil darah untuk jaundice.

Tapi perlu kita ingat, once kita sudah beri susu formula kepada baby, automatik signal akan dihantar ke otak untuk mengurangkan production susu. Selain itu, secara medically tiada bukti susu formula akan menurukan jaundice dengan cepat, walaupun ibu tersebut berdarah O.

– Pergila kursus penyusuan susu ibu, ambil nota dan pamplet, kusus ni ada di hospital kerajaan dan setenggah hospital swasta.

3. Sediakan peralatan pam susu.

– Boleh beli siap siap pam manual/ electric untuk memudakan proses penyususan. Brand apa nak beli terpulang kepada budget and kesesuaian. Kita boleh try pump dahulu dan beli contoh di branch Pump on The Go.

– Peralatan pam penting kerana kita tidak tahu keadaan bayi. Sekiranya semua normal, kita boleh buat skin to skin dan baby terus menyusu, tapi jika ada masalah, bayi perlu stay Nicu atau nnw, ibu perlu pump dan bekalkan.

– Belajar cara pasang dan guna sebelum kelahiran baby untuk memudahkan urusan sekiranya perlu.

4. Direct feeding dan elakkan pengunaan puting tiruan/ botol susu pada awal kelahiran.

– Dalam erti kata lain bagi susu ibu secara terus. Direct feeding sangat penting untuk membantu penghasilan susu ibu. Apabila baby suck puting ibu and terkena air liur, lebih banyak susu ibu berbanding kita pam keluar susu.

– Sampai bila direct feeding, jika ibu suri rumah, teruskan direct feeding sehingga termampu/ 2 tahun, jika ibu bekerja, selalu dalam tempoh pantang buatla direct feeding, dalam tempoh 2 minggu sebelum start kerja boleh train anak minum botol susu.

Pemberian botol susu digalakkan semasa ibu tiada bersama bayi, contoh waktu bekerja bagi susu yang telah di pam, balik kerja bagi direct.

– Direct feeding selalu tidak berjaya disebabkan baby duduk di nicu dalam tempoh lama, baby tidak pandai hisap, pengenalan botol susu terlampau cepat dan alasan lain lain. Jadi jika bersalin di hospital swasta, perlu berbincang untuk room in bersama baby dan memberi susu kepada baby.

Selalu hospital kerajaan tiada masalah kerana Hospital Rakan Bayi. Ada setenggah bayi menolak direct feeding kerana diberi botol susu semasa di wad ( direct feeding memerlukan usaha lebih dari bayi, bottle feeding senang dan cepat kenyang)

5. Sentiasa positif dan kawal emosi.

– Penghasilan susu ibu berkait rapat dengan emosi. Jika boleh cuba sentiasa positif, jangan rasa susu tak cukup, bayi menangis bagi ja la susu.

Untuk anak pertama saya memang struggle, high demand bayi. Kadang kala bayi nak melekat 24 jam bukan kerana susu kita sikit atau bayi lapar tapi untuk mendapatkan kehangatan dari ibu dan bermanja.

6. Pam stock susu ibu.

– Buatla stock terutama untuk ibu bekerja. Digalakkan untuk buat dalam 2 minggu sebelum mula kerja. Untuk anak ketiga saya start buat awal sikit, banyak sangat gangguan untuk pam daripada abang abang dia, jadi asal ada masa terluang saya pam untuk buat stock.

– Pam ada macam-macam jenis, ada manual dan electrik dan range harga dari ratusan ke ribuan. Ikutla kemampuan nak beli pam yang mana. Saya ada pam manual dan electric. Pam manual saya guna semasa pam dirumah, kurang sikit wayar untuk anak saya yang lain untuk tarik.

– Tips pam susu, pamla sehingga breast kosong, boleh pam lepas bayi menyusu atau serentak ( bayi memyusu sebelah, pam sebelah).

– Semasa kerja perlu pam juga untuk stock susu anak. Arrange time yang sesuai untuk pam dan jangan jejaskan tugas hakiki kita. Macam saya akan pam setiap kali semasa pergi dan balik kerja (dalam kereta), semasa rehat (sambil makan pam) dan juga dalam pukul 11 pagi jika berkesempatan.

– Terima sahaja amount susu yang kita dapat dan teruskan usaha. Setenggah orang sekali pam dalam 5oz ke 10oz, setenggah dapat dalam 3 oz, terima sahaja dan teruskan pam,jangan putus asa dan rasa down. In Sha Allah kita dapat susu yang cukup untuk anak kita.

7. Milk booster/ supplements.

– Ada macam – macam iklan berkenaan milk booster ni. Saya tak kata betul atau salah. Ianya bergantung dengan orang. Jika rasa makan milk booster dapat meningkatkan production susu, makanla tapi pastikan ianya selamat untuk bayi.

Macam saya untuk anak first ada makan supplements S_ _ k_ _ e semasa pantang, ada ketika sudah habis, tak dan nak beli, amount susu yang saya dapat sama sahaja jadi saya pun stop makan, haha.

– Kadang kala milk booster boleh jadi coklat, ice cream dll. Makan dalam kuantiti yang sihat ya.

– Jangan lupa makanan sunah seperti kurma ( saya amalkan) dan air sekurang kurangnya 2 Litre. Time pantang pun perlu minum air untuk menggalakan penghasilan susu.

8. Cara penyusuan yang betul.

– Cara penyusuan yang betul, ibu dan bayi selesa semasa penyusuan. Jika puting kita sakit yang melampau, maksud cara tak betul. Boleh refer nurse yang datang melawat atau lactation counselor. Setiap klinik kesihatan juga ada volunteer untuk membantu ibu dalam penyusuan, boleh contact mereka juga.

– Semasa menyusu, menyusu sebelah sehingga habis, jangan tukar tukar breast.

– Ada macam macam posisi, ikutla keselesaan. Yang penting perlu sendawakan bayi selesai proses penyusuan.

Rasa setakat ini sahaja perkongsian saya. Tips saya ni hanya sebagai rujukan, ada setenggah bayi memang tidak boleh diberi susu ibu terutama jika ibu ada sakit seperti HIV atau ibu ada makan ubat contoh seperti psyhiatric atau ubat cancer atau bayi ada masalah seperti gerd dan lain lain.

Kita sebagai ibu memang nak yang terbaik untuk anak kita, jadi usaha yang terbaik, jika tak boleh tak pa, jangan sedih dan putus asa. All the best to all super mommy to be and you can do it.

– Ira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *