Tips Dapat Dekan Setiap Sem Cara Kak N

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sekiranya perkongsian ini di approved. Nama akak, Kak N. Lulusan Master Sc dri sebuah universiti awam di pantai timur. Minggu depan dah nak masuk sem kan? So, kak N nak kongsi gak la tips-tips dean list ni. Tapi, akak fokus bab STUDY ja tau adik-adik junior sekalian.

Firstly, akak mintak maaf kalau bahasa penyampaian tidak formal atau rojak-rojak bahasanya. Ini adalah supaya gaya penulisan nya lebih santai walaupun isinya berat yang amat. Kikiki.

Study Hard n Smart:

1) Sebelum exam (sepanjang sem)

Dapatkan lecture notes dari senior/ library/ pensyarah sebelum masuk kelas!

Walaupun lec. notes mgkin tak sama dgn apa yang akn diajar nanti, at least kita dpt gmbaran tentng subjek tu. Note: teories/facts cant be easily change except for- new findings by research. Yang tak sama, apa yang lecturer nak ajar/test utk sem tu.

Once lecturer dah bagi nota, sini kita boleh compare dgn nota senior, case study/persoalan apa yang lecturer sentiasa highlightkan. Ni best utk spot soalan exam.

Sebelum kelas: malam tu atau pagi sebelum masuk kelas atleast pulun 1 bab dulu. Tak kisahla faham tak faham. Dapat sikit pun jadi la. Ni utk dptkan gmbran apa yang nk belajar dlm kelas nnti. Kalau pagi biasanya tak sempat nak pulun 1 bab, so masa tgh minum milo tu scan dulu nota tu. Tapi jgn scan saja, cuba fahamkan.

Lagi bagus, buat nota ringkas. Ni malam sbelum tu la. Ohh, nota ringkas ok BUKAN SALIN BALIK NOTA TU! Buang masa kalau salin sebijik2. Akak bagi contoh, ada banyak ‘methods and mechanisms for genetic manipulation of plant’. Dkt buku nota kecik tu, listkan secara bahasa kampung yang kita boleh faham dan senang nak hafal. Ringkas seringkas ringkas nya tapi tak missed point/huraian dia.

Ada part yang tak paham, tandakan (*) dgn pen merah, highlighter, etc.. ni penting!

Masuk kelas, 200% fokus kpada lecturer. Sekarang kita dah daapt gambran tentang subjek haritu so biasanya kita akan lebih fokus.

Ada ja nota tambahan dari lecturer, catat dkt nota kecik tu. NOTA KECIK tu sangat2 PENTING!

Kawan-kawan kelas akak (waktu degree dulu) anti giler kalau tanya soalan dlm kelas sebab nanti akan drag masa dan balik lambat. So, kalau ada soalan yang tak faham, CATAT! Kalau boleh tnya terus lagi bgus. Ni applied utk apa yang lecturer ajar masa tu saja. Soalan dari sumber luar, buku/ lec note senior/ google, jangan tanya masa ni unless ada masa extra. Mengamuk kawan2 satgi.

Habis kelas, ada masa lapang, jumpa lecturer. Haa masa ni tanya la apa saja soalan yang kita dah tanda-tanda tu sampai lecturer bosan.

Balik bilik, buat revision yang tadi. Masa ni dah start boleh hafal sikit2. Actually kalau kita faham apa yang kita belajar, automatik kita akan ingat.. serius talk!

Revision ni jgan buat masa study, tapi masa makan, tengah tunggu solat jemaah, tengah tunggu turn nak masuk bilik air. Mana2 masa luang. Thats why kena buat nota ringkas tu.

Masa study guna utk study next chapter atau subjek lain. Repeat yang kat atas tu…… haa sebab tu akak cakap STUDY HARD.

2) Study group

Revision: chapter-chapter lama biasanya akan byak lupa once kita dah bertimbun dgn assignmnt/report

So memang kena ada study group. Study group paling best 3-4 orng. Jgn exceed. Kelaut jadinya. Dlm study group ni, wajibkan setiap org utk cover 1 bab. Suruh dia jadi lecturer tak dak gaji hritu. Habis ja dia cover, setiap org senaraikan 2 soalan tentang chapter tu yang rasa2 akan keluar exam. So, kalau 4 org dah dpt 8 soalan. Listkan soalan2 ni dlm A4 paper. NI TAKTIK AKAK UTK SPOT SOALAN EXAM

Jawab soalan2 tu dari macam2 cara. why, when, how, what, who, which.. kalau dapat input baru tapi tak faham, tanda * then pi jumpa lecturer ramai2.

NOTE: cara ni apply kalau semua geng kita buat cara kita study tu. Kalau datang study group tak prepare apa2, tak payah nk study group sgt. Study sendri!

In a nutshell, oleh kerana kita dah pulun prepared nota kecik tu ajak la depa pulun prepare sama…ahaks

Study group ni sebaik2nya setiap minggu. Which mean, mggu pertama cover 1-2bab utk subjek tu. Tak yah cover banyak sngat sebab subjek lain pun nak kena study jgak.

Study group ni jgan cramp smpai study week bru nak buat. Memang kelaut la, last2 stress. Ni xhabis baca.. tu tak habis baca.. tmbah kawan2 yang dok tnya kita pasal soalan yang kita tak boleh jawab. So solusinya, 1minggu 1group. Kalau ada 5 subjek, 5 kali jumpa. Rasa2 mustahil nak berlaku camtu, study sendri. Slow and steady.

Masa ni jgak, kalau ada assignmnt/report buatla skli. Buat dgn kawan2. Buat lepas habis study group, jgan sebelum tu sbb nanti tak sempat utk buat revision dgn geng. Asgment boleh buat dkt bilik klau tak sempat siap haritu. Lagipun asgmnt ni makan masa. Seminggu dua baru siap.

Nak tau assignment kita ok tak ok, ni penanda aras dia. Kalau sehari boleh siap maksudnya anda copy paste atau buat cincai2. Tapi kalau buat asgment macam siput smpai ambik msa mnggu2 tak guna juga. Maksud seminggu dua ni, ia meliputi kajian dan penulisan yang tertib dan sahih utk menghasilkan assignment yang asli dan terbaik gituuuew.

Dan tolong jgn crampkan assignment sampai tarikh nak hntar. PLEASE2 dapat assignment harini, harini la buat. Draf pun takpe asalkan buat. Kita tak ada banyak masa, banyak benda kita nak buat lagi so dapat ja assignment/report usahakan utk setel secepat mngkin.

3) Study week

Haaa sini la pentingnya soalan2 ‘SPOT’ tadi. Ambik kertas A4 lain, practicela kome buat essay.. tu jaa. Kalau ada 100 soalan, jawablah 100 soalan. (Hebat benor sapa buat ni) Ianya utk biasakan kita menulis essay yang 10-20 marks tu.

Tapi be smart la. Agak2 soalan tu simple, simpan.. bagi laluan utk soalan essay yang susah nak jawab. Siap 2 atau 3 soalan pi la kome jumpa lecturer. Mintak dia tandakan jwapan essay tu… senangg ja kalau ada 10 soalan, bagi la masa 2, 3 hari utk lecturer tanda. Jgn bayak2 sudah, mngamuk lecturer karang. Then, jumpa dan bncanglah apa yang patut.

Banyak2 kali jumpa lecturer ni sangat2 bagus sbnarnya sbb dia akn igt n cop adik-adik sekalian sbgai budak bagus n rajin hahahahaha. Sangatla bgus utk final year projek/event2 uni dan seangkatan.

Masa study week ni tak payah nk buka buku dah. TAKDAK MASA. STRESS. So buat revision yang nota kecik2 tu n hafallah essay sampai igt sebijik-bijik point dia. Tapi, pastikan adik-adik faham ilmu yang duk hafal tu. Kalau tak faham sia-sia ja duk belajar 3, 4 tahun. Ingat, kita bukan ada essay ja, soalan objektif tu takkan nak main tembak ja kan?.

Hafal – menghafal ni sbnarnya hanyalah untuk membantu kita score markah essay di dewan exam sahaja. Akk penah la try hafal 1essay 20markah yang akk spot kemungkinan akan kluar exam, Guess what? sebijik soalan tu kluar! Ohh terima kasih ya Tuhann… dan of course sebijik tu jgak la akak tulis dlm exam. Dapat A+ wuhuuuuuu

4) Exam week.

Still baca revision dan study balik soalan2 spot tu, sekali lagi akak tegaskan! Paling baik adalah dgn memahami setiap yang apa kamu belajar. Confirmed senang nak hafal!

-Malam tido awal.

-Bagi yang muslim, pagi bgun awal, solat thajud, sunat.

-Musim exam ni, baca yasin tiap2 pagi. Ada masa baca surah al waqiah.

-Buat solat dhuha. Minta Allah igtkan hafalan2 kita.

-Mnta maaf/doa dari rumet then pi la jawab exam.

-Dah usaha, doa.. last tawakal.

Nampak cam tak ada life kan? hahahhaha sebab tu akak cakap Study Hard n Smart. Tapi jgn duk tekun sgt smpai tak ada masa langsung utk ‘me time’. Yg tu pandai2 lah adik-adik semua selit2 masa utk kerja-kerja uni, bersukan, usrah, food hunting dan sbgainya..

Nanti ada org cakap, ada ja yang dpt dekan tapi tak study sangat pun. Yupp, akak setuju. Tu kelebihan dia, sebab tu penting utk kita tau cara belajar mana yang paling best dgn kita. Kalau rasa tips2 kat atas tu tak realistik utk dipraktikkan, ambik mana yang boleh. Tak leh buat banyak, buat sikit pon ok. Yang pasti ni cara Kak N nak score dean list tiap sem. Akak boleh ja, siap ada masa pi hiking lagi. Ahakss.

Sekali lagi akak tegaskan, ni tips utk study ja. Agak-agak tak boleh ikut semua, ikut la mana nak bersesuaian dgn cara adik-adik belajar, ok? So good luck with the next semester!

P/s : adek-adek ku yang kenal benar dngan tips-tips kakakmu ini jangan gatai nak tag nama. Sekeh pale baru tau! Adiooss.

– Kak N

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *