Tips Haji II

Tips Haji II

Assalamualaikum semua. Konnichiwa. Gohan is back. Actually masa aku scroll post kat page iium confession, aku pelik tajuk post aku jadi ‘ tips menunaikan haji’ (https://iiumc.com/tips-menunaikan-haji/), padahal aku post ke dorang tips haji.

Lagi pelik kalau korang baca post kali ni, aku masih berkisar tentang tips SEBELUM menunaikan haji. Tips SEMASA menunaikan haji aku InsyaaAllah bagi di post mendatang. Susah rupanya cari masa menulis dan mengupload. Keh keh keh. Ok straight to the point…

Tips tentang pakaian sebelum pergi haji.

1- Kasut.

Ramai betul antara jemaah haji haritu yang beli kasut baru. Aku faham kita nak paling ‘cantiik terbaik kau memang da bomb’ sepanjang menunaikan ibadah. Tapi, aku nasihatkan carilah kasut n pakailah kasut yang paling selesa tu dari beberapa bulan sebelum pergi haji. Ramai sangat kaki melecet sebab pakai kasut baru tau. Macam aku, aku beli kasut hiking sandal dalam rm40 dekat decathlon (ni la kasut paling mahal pernah aku beli). Nak beli skechers tak mampu la kan.

Then aku beli 4-5 bulan sebelum pergi haji, dan aku pakai 2-3 kali sebulan sebelum ke sana. So that kaki aku pun dah adapt kasut tu dan kasut tu takdelah ‘menggigit’ aku balik. Hehehe. Jangan pakai selalu sangat sebab nanti kat sana dah haus pula kasut tu. Afdholnya, pakai kasut yang sesuai untuk jalan jauh, sebab tu aku pilih hiking sandal.

Oh ye, aku nasihatkan juga untuk janganlah bawa benda2 baru sangat, sebabnya bila hilang kan ke boleh menimbulkan kemarahan. Ko bayangkan kasut skechers rm300 hilang masa ramai2 kat Mina, tak ke mengamuk. Ini pengalaman aku, ada makcik2 yang memang mengamuk 1 kemah sebab kasut dia yang baru tertukar dengan kasut lama orang lain. So, kalau rasa jenis mudah sentap jika berlaku perkara2 seperti berikut, tak perlu la bawa, baik kasut baru ke, baju baru ke. Bawa hati yang baru okay.

2- Handsock + stokin/sock.

Maybe pembaca lelaki boleh skip bab ni.tapi aku nak tekankan sikit untuk pembaca perempuan. Masa kursus2 haji, akan banyak kali kita dinasihatkan untuk menutup aurat dengan sebaiknya. Kadang2 penceramah siap sound direct lagi ‘ ni puan2 nak pergi haji, datang kursus pun tak tutup aurat sepenuhnya, tak pakai stokin etc’. jadi, aku nasihatkan cubalah pakai pakaian yang menutup aurat sepenuhnya. Aku cadang beberapa bulan sebelum pergi, cubalah beli handsock ke stokin ke, cari yang betul2 selesa.

Macam aku, aku jumpa handsock rm2 dekat kedai eco. Aku cuba pakai, selesa, tak melorot ke hujung pergelangan tangan, tak melorot ke siku sampai senteng dan tak terlalu ketat. So kira ok la tu. Sebab kalau tak cuba pakai dari awal, kat sana baru pakai. Masa tu barulah tau segala masalah dengan handsock/sock tu. Beli dah mahal apa segala, sampai sana rupanya terlalu ketat etc. So again, pakailah beberapa bulan sebelum fly, so boleh analyse apa baik buruknya, sempat beli lain. At the same time, dapat membiasakan diri.

Senang cerita,untuk bab pemakaian ini, aku suggest lazimilah pakaian menutup aurat dengan sebaiknya sebelum pergi sana lagi. Supaya bila di sana takdelah rasa tak biasa. Takdelah berkemban di toilet awam, takdelah berbaju lengan pendek (wanita) pergi sidai baju atas roof top, macam kat malaysia. Berubah sebelum pergi.

Oh ye, jangan ingat bab ni orang perempuan je kena jaga2. belambak aku tengok pakcik2 tak biasa pakai ihram, habis terselak sana sini. Bila duduk kat kerusi siap singsing kain ihram sampai nampak lutut. Mungkin terbiasa mencangkung sambil singsing kain pelikat nampak lutut kat malaysia supaya tak meleret. Sampai sana masih terbawa2 habit tu. Jadi sama2 kita menjaga ok, hehe.

Tips tentang hubungan sesama makhluk sebelum pergi haji.

Biasanya sebelum pergi haji, orang kita akan buat kenduri jemput lah semua yang mampu dijemput, then kita blast mesej pada whatsapp, fb etc mohon maaf segala. ni aku cadang beberapa perkara yang boleh di buat juga:

1- Lawat sekolah lama. Aku jumpa guru2 sekola aku, sembang2. mohon maaf apa yang patut dan mohon doa. Untuk guru2 yang dah pencen, aku cuma kirim salam sahajalah in case ada guru2 yang terjumpa dorang. Kalau boleh dapatkan no hp dorang, sms/ telefon lah.

2- Tak sempat nak lawat sekolah, aku order online cake untuk di hantar ke sekolah, Tulis ucapan maaf etc dekat kad. lepas tu minta delivery kan terus ke sekolah. Aku harap sampailah mesej dan ucapan maaf aku pada guru2 yang sepatutnya. Nak order nasi lemak ke, kang takut membazir sebab tak tahu jumlah guru. Jadi, order kek la mudah. Happy aku bila ada cikgu yang mesej kata ‘kek awak dah sampai, moga dapat haji mabrur’ cenggitu la. Kalau ada sekolah rendah, sekolah menengah f1-f3, sekolah menengah f4-f5, universiti, even sekolah memandu pun boleh dihantar. Yang penting usaha cari contact.

3- Reunion – bab ni mungkin ramai akan tak berapa setuju, tapi ni antara benda aku buat. Aku jumpa kawan2 dengan cara reunion/kenduri kahwin/ akikah etc. Aku usahakan memenuhi jemputan2 dalam beberapa bulan sebelum haji. Aku nak jumpa dorang sebab nak mohon maaf dan mohon doa apa yang patut. Oh ye, dilarang menggatal dengan suami orang la wei masa reunion. Dan dilarang bergosip ok. Ingat, kita berjumpa untuk mohon maaf, bukan untuk tambah dosa. Fokus please!

4- Bermaafan dengan jiran – jiran ni orang2 sebelah rumah kita. Mana tau ada tindakan kita yang tak patut macam karoke kuat2 memekak, main mercun sampai 11 malam ganggu orang tidur, daun kering pokok kita masuk ke rumah dia ke, kucing kita bela berak dekat rumah dia etc. Banyaklah benda yang kadang2 kita ambil mudah. So, aku pergi rumah2 jiran dan bermaafan masa raya aidilfitri. Kira acilah tu.

5- Belanja makan – bawah rumah sewa aku ada makcik jual nasi lemak harga tak sampai rm2, jadi tiap pagi jumaat aku beli nasi lemak dalam 5 bungkus (bajet aku tak sampai rm10 sehari je). 1 untuk aku, 4 untuk rezeki sesiapa yang aku selisih otw ke tempat kerja. Kadang2 aku selisih pak guard, jadi aku bagi dia satu sambil sembang2 mohon maaf. Selisih makcik/pakcik cleaner. Benda sama gak aku buat. Mohon maaf kot2 la aku buat sepah lebih kat office ke kan. Jadi benda ni aku set macam tiap kali jumaat, aku buat sepanjang beberapa bulan sebelum pergi haji. Ini aku rasa bagus untuk menyantuni golongan ini dan melazimi sedekah, at the same time, berukhwah gituu.

6- Join volunteering works – cubalah join berbakti kat rumah anak2 yatim ke, maahad tahfiz ke, jadi guru tusyen free untuk anak2 orang susah ke, apa2 je lah yang rasa boleh give back to the community. Ini semua untuk menundukkan hati, untuk meningkatkan rasa syukur atas rezeki yang kita ada dll. Berbaiklah dengan komuniti yang kita tinggal sebab komuniti itu yang contribute untuk rasa aman/selamat yang kita rasa sepanjang kita tinggal kat situ. So yeah, give back to the people.

7- Pengguna public transport – macam aku, jenis commute sana sini naik lrt/bas dll. Amalkanlah ucap terima kasih pada bus driver dan sewaktu dengannya. Kalau lrt tu, payah sikit sebab driver takde. Tapi kalau kebetulan selisih petugas kaunter lrt tu, boleh je ucap terima kasih ke dorang kan kan.

8- Bagi makan binatang – jika jenis bawa kereta, simpanlah sikit makanan kucing/binatang dalam boot kereta. Bila jalan2. nampak kucing kelaparan tepi jalan. Boleh berhenti jap, dan bagi makan. Yang ni aku belajar dari kawan aku. Lantaklah kita ni pencinta binatang ke, takut kucing ke, kita cuba buat benda2 ni. Bagi makan burung yang sesekali bertenggek kat balkoni rumah kita, selamatkan kucing yang terjatuh dalam longkang etc. Terutama bila musim panas ni, sedia semangkuk air depan rumah pun jadilah, dapat kucing/burung minum kan.

Senang cerita, untuk bab hubungan sesama makluk ni, kita train diri kita jadi baik, jadi ringan tulang, tak berkira dan tak minta balasan. Budak2 office minta tolong, kita tolong. Kita cuba sabar (benda ni paling susah bagi aku dan paling menguji masa di mekah madinah nanti) dan bantu sebaiknya. Kucing mengiau kat warung, kita cuba bagi makanan kita sikit, jangan di sepak.

Okaylah. Ni je penulisan aku buat masa ni. Kita jumpa lain kali la bila aku sempat. Aku nak pergi makan nasi lemak, hehe. Assalamualaikum dan selamat tahun baru cina.

– Gohan

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit