Tips Haji IV

Untuk part I, (https://iiumc.com/tips-menunaikan-haji/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/tips-haji-ii/).

Untuk part III, (https://iiumc.com/tips-haji-iii/).

Assalamualaikum semua. Fuh tengah kecoh isu haji kan. So aku rasa aku teringat ada hutang nak tulis tips semasa haji kepada reader semua (acah-acah ramai orang follow konon). Kepada yang kali pertama baca penulisan aku, nama aku Gohan.

Aku, alhamdulillah dah tunaikan haji tahun lepas dan antara jemaah haji yang muda lah (bawah umur 35 tahun, tapi ramai orang ingat aku 18-20 tahun, kekeke). Anyway, masa aku buat haji, jemaah paling muda di kalangan jemaah malaysia dalam maktab aku adalah budak berumur 11 tahun macam tu. Ni betul2 muda kan. Hehe. Tips aku share ni aku rasa sangat boleh dibuat oleh orang muda, tapi tak bermakna orang2 tua tak boleh nak cuba. Hehe.

Aku pilih pergi dengan KT tengah2/ lambat sikit sebab aku plan nak masuk mekah dulu then baru ziarah madinah. jadi, aku spent masa hampir 40 hari di mekah dan 10 hari di madinah. dan kalau korang tengok hari2 yang terbabit untuk buat haji ni tak sampai seminggu pun (hari di arafah-mina), jadi, apa nak buat lama-lama sangat extra 30 hari kat mekah tu selain beribadah kan? Ni yang aku nak share, tetapi at the end ini bergantung kepada preference masing-masing.

Untuk menjadikan hidup kita selama 40 hari di mekah tu lebih terurus (kononnya), kita kena take note beberapa perkara ini.

1- Lokasi maktab (dan bangunan sekitarnya).

Satu benda kita kena bersyukur sebagai orang muda ni kita pandai guna apps kan. Dan kalau korang tak pernah guna google maps apps yang ‘offline maps’ tu, aku nasihatkna, cuba guna dari sekarang. Yang best tentang offline maps ni, dia tak perlu internet untuk guna maps. So, aku memang dah download siap2 maps mekah (termasuk arafah, mina etc ) dan madinah siap2 masa di malaysia lagi. Sebab plan asal, aku memang tak berminat nak ambil line internet/phone apa pun.

Sampai je di hotel di mekah, aku terus tanda pada maps tu, lokasi hotel aku. Pastu aku terus google n take note jarak hotel ke masjid. Alhamdulillah, aku maktab yang duduk dekat dengan pintu saei (bangunan official TH, abraj janadriyah namanya). Jarak hotel ke pintu saei dalam 1km (please take note that walaupun ruang saei bersambung dengan masjid, tetapi ruang saei bukan sebahagian dari masjid ye, sebab tu orang2 perempuan yang period ramai je duduk situ). Anyway, bab ni banyak pendapat. Hangpa pi tanya ustaz la k.

Lepas tanda mana hotel on the google maps, carilah landmarks lain sekitar hotel tu. Ini penting , manalah tahu kita diuji sesat masa di masjid,sekurang2nya kita boleh cakap landmarks apa sekitar masjid kita. Tapi, tolonglah bear in mind, jangan guna landmark2 macam ‘hotel saya yang ada bendera malaysia, hotel saya yang sebelah dia bangunan tinggi, hotel saya dekat dengan pasar etc ‘ kerana percayalah, SEMUA hotel TH ada bendera malaysia, semua hotel TH ada pasar berhampiran dan semuanya ada bangunan tinggi sekitar.

So, please take note landmarks2 lain macam nama masjid2 kecil berdekatan (contoh, hotel aku dekat dengan masjid kucing, dekat dengan stesen bus mekah, dekat dengan Pasar Ja’fariyah <- ni tempat shopping, dekat dengan perkuburan baqi’ dan lain-lain). Landmarks biar specific sikit. Kalau susah ingat, make sure hari pertama sampai, terus ambil gambar bangunan hotel (dengan nama hotel nye, bukan hanya selfie je k). Ambil juga beberapa gambar landmarks di sekitar hotel. Sebab, bukan semua orang tahu hotel kita tinggal.

Ramai sangat aku jumpa dari kalangan orang2 tua yang confuse dan sesat. Eh, orang2 tua ni bukan mesti 60-70 tahun kalau nak sesat, kadang2 40 ke atas pun ada yang confuse. Yelah, pintu masuk masjid je dah beratus2. Even aku jumpa orang2 yang sesat (atau tersesat sebab disesatkan a.k.a ditipu teksi pun ada) entah sampai ke mana2 dah. Kes2 sesat macam ni, kalau korang memang tahu mana tempat makcik2 tu, korang hantarkan jelah dia balik ke hotel dia. Tapi kalau korang tak tahu, eloklah korang bawa di ke hotel TH terdekat, biar orang TH uruskan. Kang buat2 helpful, lagi sesat sampai ke sudah. Haha.

Oh ye, jangan lupa take note juga hotel2 TH lain yang di sekitar hotel korang tinggal. Sekurang2nya jumpa orang hotel sebelah yang tersesat, boleh korang bantu dorang ke hotel sebelah. Kalau kita ambil tahu ni, kita boleh tolong orang sikit. Tambah2 pahala. Hehe. Lagipun TH asingkan hotel ikut zone A,B,C,D macam tu. At least tahulah zone hotel korang .kalau dah duduk hotel di zone D dan korang berada di zone A, confirm lah sesat namanya.

Lepas dah tahu berapa jarak hotel ke masjid, cubalah praktis jalan. Macam aku, selalunya 1km =10-15 minit perjalanan kaki. So, mudah aku target pukul berapa kena gerak ke masjid untuk solat berjemaah etc. Kalau jenis kaki singgah kedai otw ke masjid, kena tambah lagi beberapa minit lah kan sebab tahu, jenis suka nak tengok barang kedai. Kena tambah juga beberapa minit masa untuk mencari ruang solat perempuan. Kalau orang laki ni, ruang solat dia macam unlimited sikit. Jadi, gitu gini aku letak 30minit gak lah pergerakan ke masjid hingga ke tempat solat yang paling selesa untuk aku. Port solat baik punya lah senang cerita.

2- Jadual masuk waktu solat.

Nanti di lobby hotel memang akan ditampal dengan jadual masuk waktu solat. Tolonglah take note betul2 masuk waktu solat ni bila in case korang memang target nak 5 waktu di masjid. Bukan apa, memang ada orang yang dinasihatkan doctor terutamanya orang2 tua/tidak sihat untuk hanya pergi masjid waktu subuh, maghrib dan isyak je sebab tak panas sangat banding zuhur dan asar.

Aku alhamdulillah, most of the days memang aku dapat solat 5 waktu di masjid. Biasanya subuh pukul 4.30, zuhur 12.30, asar 3.30, maghrib 7.30pm, isyak 8.30pm. Tambah 30 minit masa bergerak. Sebagai contoh : Subuh 4.30 azan. kena gerak dari hotel 4.00am sekurang2nya la kan. Tapi, bear in mind, kalau semua orang pun gerak 30minit macam korang, memang jammed gila depan masjid. Dan biasanya 30minit sebelum masuk waktu solat, memang pak askar arab ni dah tutup dah pintu masjid. Dia suruh solat di halaman je. So, jika korang nak solat dalam masjid , maka, kenalah ada lagi awal dari tu.

So nak mudah cerita, aku memang akan keluar hotel sejam dari masuk waktu solat. Subuh 4.30am, 3.30am aku dah gerak dari hotel. If target nak dhuha di masjid, boleh stay lepas subuh, atau datang sebelum zuhur awal sikit. Aku jarang stay lepas subuh sebab gap subuh-zuhur ni la yang paling lama (4.30am-12.30pm, almost 8jam). Time ni aku selalu buat benda lain. Nanti aku cerita.

Macam Zuhur 12.30, 11.30 aku dah gerak. Dan biasanya aku stay je sampai asar. Sebab memang gigihlah kan nak ulang alik selalu time2 panas terik tu. Dengan nak masuk balik pukul 2.30 (sebab asar 3.30 kan). So, time zuhur-asar ni, aku selalu tidur je atas lantai marmar diteman sejuk aircond masjid tu. Aku bawa kain pelikat bapa aku, buat selimut. Diiringi bacaan alquran oleh jemaah2 lain. Haha. If dahaga, bertong-tong air zam zam ada. Rasa syurga gitu. Nasib baik, solat sebelah gang2 makcik bawang arab, dorang siap bawa biskut apa segala, confirm dia hulur ke kita. Hehehe. Jangan risau, time ni semua orang pun tergolek menunggu asar, haha.

So, lepas asar aku balik, dan dalam 630pm cepat2 aku ke masjid untuk maghrib, again.aku stay je sampai isyak. So, technically itulah rutin aku masa kat sana in term of bab2 solat dan ke masjid.so far aku bersyukur sebab dapat 5 waktu di masjid dan tak diuji dengan sakit yang menghalang aku ke masjid kecuali time aku cuti lah. Anyway, apa boleh buat time zuhur-asar. Or maghrib-isyak di masjid ni, nanti aku share di post akan datang.

3- Pukul berapa masjid mula tutup sebelum masuk waktu solat.

Macam aku explain kat atas. Masjid akan ditutup biasanya 30 minit sebelum masuk waktu. Nasib baik kalau dia buka, selalunya makin sampai ke kemuncak waktu haji (1 minggu sebelum hari arafah), makin awal dia tutup masjid. Bayangkanlah if zuhur time tu kena solat di luar masjid, gigihlah beramai-ramai panas kat luar masjid tu. Time ni kena bijaklah sikit, pergi cari port yang shaded sikit la ea.

Dalam kes2 kena halau tak dapat masuk masjid, korang kena sabar.jangan gaduh dengan pak2 arab askar ni sebab kadang2 dia tutup lagi awal, sebab dah penuh. Jadi tak mesti dia tutup 30 minit sebelum. Kadang sejam sebelum pun boleh berlaku. Again, sabar, jangan bergaduh (aku rasa orang malaysia aku tak nampak gaduh dengan pak arab askar, semua jenis redha je sebab tak reti cakap arab kan, haha).

4- Jadual makanan.

Since, aku ni pergi dengan muassasah, so makanan ada lunch dan dinner sahaja. Dan diberi pada waktu tertentu sahaja. So, kena take note jadual makanan diberi. Untuk hotel aku, lunch ready pukul 1130. Dinner ready 630. Dan makanan ni akan terus ada di kaunter makanan sampailah habis.dorang memang dah siap2 pack. So senang ok.

So, since aku g masjid untuk zuhur jam 1130. Selalunya aku tak sempatlah nak makan aman damai sambil berborak mesra dengan jemaah di hotel. Aku selalu dah beratur siap2 depan kaunter pukul 1120, once makanan ready je, aku ambil terus,masuk bag. Bawa g masjid. Jadi di masjid, baru aku makan lunch (selepas solat zuhur) sementara tunggu asar. If lapar sangat,aku makan kat masjid sebelum zuhur la.

Tapi kalau aku plan nak balik lepas zuhur, aku ambil food lepas zuhur je.Sama juga kes dinner, ada masa aku ambil siap2 dan makan di masjid ,atau aku tunggu balik masjid lepas isyak sekitar pukul 9pm sampai hotel, then, baru aku ambil makanan. Kelemahan buat macam ni, kalau kebetulan hari tu lauk sedap, kadang2 balik masjid, tengok makanan kat kaunter dah habis. Takpe, jangan marah. Sabar. Takde rezeki. Ni aku pernah kena sekali je. Tapi most of the time, aku balik lepas isyak. Makanan berlambak-lambak orang tak ambil. Sampai ke subuh pun banyak lagi tak habis2.

Aku selalu bangun sahur pukul 2 pagi, tengok makanan dinner berbungkus2 tak habis, aku ambil je lagi buat sahur. Kadang2 aku ambil lagi gak buat breakfast. Tapi, TH memang tak galak ambil makanan yang dah lama (more than 2 hours) sebab dorang risau keracunan etc. Tapi, so far, alhamdulillah. Aku sihat. Aku actually jenis kesian tengok makanan tak habis buang2 macam tu, padahal ramai orang takde makanan kan.

Bab makanan ni pun aku nak pesan, kalau korang dah plan nak dinner or lunch best2 kat restaurant kat sana dengan member ke apa kan, bear in mind yang korang ada lunch n dinner yang disediakan oleh TH. Kalau boleh bertanggungjawab sikit untuk ‘ settle’ kan makanan tu. Macam aku, ada hari aku puasa, aku still ambil pack lunch tu dan bawa ke masjid. Otw ke masjid, jumpa orang2 susah, aku sedekah je. Daripada biar di kaunter makanan, takde orang ambil. Last2 terbuang macam tu je kan. Sedih betul.

Ramai je nak makan, tapi kita lah kena effort sikit. Aku pernah tanya gang kantin, kenapa dorang tak boleh je ambil makanan lebih2 tu dan terus sedekah, dorang cakap memang tak boleh sebab dorang boleh ditangkap macam mencuri makanan jemaah macam tu. So, baiklah kita settle kan makanan kita. Ada hari kita share makan 1 pack dengan member ke, so, 1 pack lagi tu , bawa je ke masjid, dan sedekah kepada orang2 yang bawah jambatan apa segala.

Alamak, Sedar tak sedar, dah 4 pages aku tulis kat words. Ada banyak lagi aku rasa nak share terutama tentang hal di mekah macam Area mana paling best untuk solat pada waktu-waktu tertentu, Port tidur dalam masjid paling best dan selamat, Tandas, bab tawaf, saei dan macam2 lah. InsyaaAllah ada kesempatan lain aku sambung. Assalamualaikum, semoga kita semua dirahmati Tuhan. Amiiin.

P/s : Bab waktu solat tu, mungkin ada lari2 sikit la timing dia. Tapi lebih kurang macam tu lah.

– Gohan

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *