Tips Haji V

Tips Haji V

Untuk part I, (https://iiumc.com/tips-menunaikan-haji/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/tips-haji-ii/).

Untuk part III, (https://iiumc.com/tips-haji-iii/).

Untuk part IV, (https://iiumc.com/tips-haji-iv/).

Assalamualaikum semua. Aku Gohan lagi dengan takde cerita lain, pasal haji je lah. Kali ni taknak lah aku intro diri aku sebab dah intro kat post sebelum2 ni. Hehe. Untuk post part 5 ni, aku masih fokus hal hal di mekah lagi. Belum arafah, madinah atau mina.

Dalam pos lepas aku dah cerita tentang jadual pergerakan untuk ke masjid supaya dapat cukup 5 waktu di masjid,jadi kali ni aku nak cerita Area mana paling best untuk solat pada waktu-waktu tertentu, port tidur dalam masjid paling best dan selamat, tandas, bab tawaf, saei dan macam2 lah.

1. Port paling best untuk solat

Bab port mana paling best untuk solat ni bergantung kepada tahap ketahanan badan kita. Macam aku jenis tak berapa tolerate panas, so aku prefer tempat yang aircond dia kebaboom untuk solat zuhur dan asar. Jadi, biasanya zuhur dan asar aku akan stay dekat ruang solat wanita yang dekat dengan pintu masuk dari menara jam. Aku panggil area tu, area karpet.

Sebabnya, masa mula2 aku sampai mekah ( 2 minggu++ sebelum hari arafah), kawasan tu je the only kawasan yang berkarpet. Jadi, memang selesa betul untuk solat dan berehat qailulah atau tidur menunggu asar. Tapi lepas beberapa hari aku di mekah, dorang ambil carpet2 tu, jadi, jemaah yang datang selepas kawasan tu takde karpet, memang pelik bila aku panggil area tu area karpet. Senang cerita, area tu yang paling dekat dengan clock tower.

Port ni best sebab dia ada ruang specific untuk wanita dan lelaki.pembahagian dia clear.tak macam sesetengah ruang dalam masjidil haram yang agak mengelirukan. Jadi, let say korang dah duduk area sini, possibility untuk di halau sebab salah tempat tu takde. Kadang2 kalau main duduk je, rupa2nya tu kawasan muslimin . kan ke kena cari port lain. Hehe.

Port carpet ni juga akan ada kuliyah2 setiap kali lepas solat dan akan ada kelas2 mengaji. Ni pun antara sebab kenapa port ni best. Jadi, bolehlah korang belajar mengaji dengan ustazah2 a.k.a mak guard arab. Nanti kalau nampak dorang buat halaqah ke apa ke, duduk je join. Duduk je baca sekali walaupun memang payah nak faham dorang cakap arab. Nasib baik, dapat ustazah yang boleh cakap english. So,dapatlah faham kan.

Same goes untuk jemaah muslimin,kat area carpet ni memang ada kuliyah.jadi, worth it sangat. Kuliyah ni selalunya dalam bahasa arab, urdu dan lain2. Nasib2 je dapat dengar dalam bahasa indonesia. Tapi, aku suggest duduk je dengar. Dapat pahala sama walaupun tak faham. Berada di majlis ilmu kan. Elakkanlah ber sembang2. Aku selalu duduk sandar kat tiang. Kadang2 tidur je. haha

Untuk subuh, maghrib dan isyak. Aku suka solat di roof top. Rasa macam sauna sikit sebab haba dari siang tu masih ada. Cuma taklah panas sangat.sedap je. Warm gitu. Time subuh ni, biasanya tak ramai sangat orang, jadi memang lapang juga. Sebenarnya, solat kat roof top ni yang bagusnya dari segi open air nye. Yelah, nanti kat sana, time musim batuk, ko akan dengar batuk orang keliling tu dah macam music dah.

So, kadang2 aku memang solat kat roof top sebab aku rasa takdelah udara tu tersekat je. Haha. Kuman boleh la bertebaran di angkasaraya, haha. Kelemahan roof top ni, area solat muslimat n muslimin tak clear. More like, siapa cepat,dia dapat. Jadi, better korang nampak je ade gang perempuan dah ambil port, korang join sekali. Sama jugalah orang lelaki.

Janganlah nak berkepit je suami isteri sampai solat pun jadi selang seli laki perempuan. Naik pening aku tengok jenis2 yang tak nak berpisah ni. Sebab tu penting untuk ada landmark dalam masjid juga. At least, apa2 hal jumpa kat situ. Aku dengan adik aku selalunya akan guna lampu hijau penanda hajarul aswad sebagai meeting point. Mana kita berada pun, lampu hijau tetap ada n menyinar. So mudah cari.

2. Tandas

Umum tahu tandas di masjidil haram fuh jauhnya yang amat. Rasa nak ke tandas tu je boleh habis sejam ye lah, nak elak orang lagi. Nak cari pintu keluar lagi, nak turun escalator ke tandas lagi. Dan lain2. Sampai tandas pula, nak cari yang kosong dan bersih lagi satu hal. Taknaklah yang ada najis terapung bagai kan.

Kalau jenis memang selalu nak ke tandas, aku suggest solat dekat2 dengan pintu yang luarnya ada tandas. Tempat terbaik ialah kawasan extension yang baru. Kalau korang follow progress extension masjidil haram. Ada kawasan baru dibuka belah2 ke arah nak ke jarwal. Besar kawasan ni. Tapi jauh sikit la dari kaabah. Dekat dengan kawasan saei. Ni antara tempat favourite orang2 malaysia sebab dekat betul dengan tandas. Banyak pula tu tandasnya. Since kawasan ni pun kawasan baru, jadi tandas dia memang terbaik berbanding belah2 clock tower tu.

Tandas pula, biasanya ada 2 tingkat macam basement 1, basement 2. Ingat tau. Tandas semua bawah tanah je. Macam basement parking kat mall la juga. Jangan panic bila masuk je kawasan tandas, nampak punyalah ramai orang. Kalau aku, aku rela jalan ke hujung kawasan tandas tu dan turun pula ke tingkat 2 basement. Biasanya tingkat 2 basement ni, ramai orang tak tahu (atau mungkin tak tahan dah) jadi selalunya lapaaangg sangat. Tak perlu beratur toilet apa bagai pun. Aku selalu ambil wuduk dan hemat diri sendiri. Boleh ambil masa berapa lama pun tanpa rasa presssure ok.

3. Tawaf

Alhamdulillah, target aku nak tawaf sunat setiap hari di sana tercapai lah juga. Tawaf tahiyatul masjid kan. The only mosque yang korang boleh buat. Masjid lain semua hanya ada solat sunat tahiyatul masjid. Jadi, ambillah peluang buat tawaf sunat ni.

Aku most of the time (lepas qiamullail menunggu subuh , lepas asar menunggu maghrib) akan tawaf dekat rooftop. Orang tak ramai, tak perlu bertolak2 dengan orang lain dan boleh ikut pace aku sendiri.
Tapi lepas zuhur menunggu waktu asar, biasanya aku tawaf kat level 2 macam tu. Sebabnya, kalau tengah tawaf tiba2 nak ke tandas. Terus keluar di pintu, sampai tandas. Jimat masa sikit. Then masuk balik, sambunglah tawaf.

Aku pernah juga cuba untuk tawaf dekat2 dengan kaabah. Tapi, fuh… cabaran juga. Sebab orang bertolak2, yang satu group tak nak pisah, habis disiku nye orang. Yang suami isteri tak nak pisah, dah macam filem kuch kuch hota hai main2 selendang. Pening2. lama2 mula lah kita rasa nak marah bila asyik kena tolak. So, pendekatan aku, aku nak tawaf dengan pace aku, fokus, tak nak kejar2, tak nak langgar2 atau dilanggar. So, biar pusing jauh sikit, asalkan aku tenang.

Sepanjang tawaf pun aku pakai headfone. Aku pasang zikir2 dan follow zikir2 tu. Aku download siap2 apps zikir apa bagai. Jadi,tak perlulah aku selak buku2 doa etc tu. Lama2 aku dah dapat agak, 1 pusingan akan berapa kali zikir A, zikir B dan lain2. Jadi, aku nak keep track pusingan aku pun bertambah mudah.

Masa tawaf ni, ingat. Jaga bahu kita. Ini yang ustaz selalu pesan. Tapi kalau tawaf kat rooftop, agak mencabar sikit sebab pusingan kita luas dan nak dapat betul2 bahu 90 deg dengan kaabah tu memang payah. Jadi, berusahalah ye.

Since tawaf sunat, tak perlu buat 7 sekali harung. Kadang2 ada masa aku penat. Aku buatlah 2 pusingan subuh, 3 pusingan lepas zuhur, 2 pusingan lepas asar untuk lengkapkan 7 pusingan. Pandai2lah korang do the math. Kadang2 bila tengah syok tawaf, sekali nak ke toilet. Ha, aku habiskan je pusingan tu, then pergi toilet, pastu masuk sambung balik. Macam tu lah lebih kurang.

4. Saei

Yang ini aku tak tahu kenapa orang suka penuhkan kat bawah. Tapi atas punya lapang. Boleh saei sambil golek2 la orang kata. Semua kawasan saei berbumbung dan ber aircond. So, kat tingkat atas sekali yang selevel roof top dengan tawaf pun, ada air cond tau. Jadi, buat lah di mana2 yang korang suka. Aku suka saei kat atas sekali. Tak ramai. Hehe. Saei pun tak perlu dalam keadaan berwuduk. So setakat terkentut tu, jangan panic. Sambung lagi sampai habis, hehe.

Anyway, bahagian saei kat atas lebih panjang daripada bawah tau. Tapi beza tak banyak sangat pun berbanding beza pusingan tawaf atas dengan bawah. So, hati2 sikit bila saei di bahagian atas supaya make sure sampai pada safwah dan marwah nye. Kalau penat, bolehlah naik scooter juga. Atau upah orang tolak.

Same goes untuk tawaf. Nak ke kawasan scooter ni, boleh pergi level 3. Dari pintu saei tau. Dari bawah korang akan nampak orang2 saei / tawaf guna scooter n you will wonder macam mana nak ke level tu. Escalator ke kawasan scooter ni ada di bahagian saei. Tahun lepas, ramp untuk ke kawasan scooter dari area tawaf belum siap, tak tahulah tahun ni. Ada scooter untuk seorang, ada untuk 2 orang.piihlah mana korang suka.

5. Aktiviti apa lagi kat masjid?

Kalau cakap pasal aktiviti kat masjidil haram, mesti ramai fikir solat dan baca alquran kan kan. Ni beberapa perkara yang korang boleh buat dan rasai masa di masjidil haram, di mekah.

– Pergi perpustakaan : dalam masjidil haram ni ada perpustakaan tau. Serius ramai tak tahu. Level 2 tak silap aku, dekat dengan belah2 clock tower tu. Silalah pergi. Ada signboard pun. Kat situ selepas waktu solat, akan ada sheikh2 yang boleh korang rujuk untuk apa2 permasalahan agama. Jangan risau, akan ada orang2 yang boleh cakap english untuk bantu.

Since aku perempuan, aku kena masuk masa jadual khas untuk kaum wanita guna. Jadi tak sama tau , hari perempuan dan lelaki masuk. So, jangan mimpilah nak masuk sama2 suami isteri. Haha. Kat sini ramai juga orang study. Oh ye, tak di benarkan ambil gambar tau. Jadi,aku memang bawa buku sketch. So aku lukis jelah environment dalam library tu sebagai kenangan.

Kalau korang ada bawa buku2, boleh tinggal (sedekah) kat situ sebab dorang memang kumpul buku2 dari seluruh dunia. Tapi, janganlah pula korang sedekah majalah mastika pula. Buku2 yang korang bagi, akan diperiksa dulu oleh petugas kat situ, sebelum dia letak di rak. Macam aku, aku tinggalakn buku2 doa TH je. So, kalau korang berjaya jumpa buku2 TH kat library tu, buku2 kami adik beradik la kot sebab takde pun buku BM kat sana. Haha.

– Join tazkirah : macam aku explain awal2, ada banyak tazkirah. Cuma kena tahu mana tempat nya je. Selalunya di tempat solat berdekatan clock tower. Lepas maghrib macam tu.

– Join kelas mengaji : nanti sheikh2 arab ni akan round cari ‘mangsa’ yang mereka nak ajar. Jangan takut, kalau korang rasa nak improve bacaan alquran, nak betulkan makhraj2 huruf apa bagai, join je. Nampak orang buat halaqah, duduk sekali. Jangan risau tak pandai arab, sebab dia akan baca beberapa kali untuk betulkan dengung, harkat kita, etc. Selalunya dorang cari mangsa dari kalangan orang2 pakistan, india macam tu. Maybe orang2 malaysia ni tak kritikal bab mengaji. Tapi, why not can? If you can be better . tak yah malu. Jumpa seumur hidup sekali je wei. Apa nak malu?

– Dengar khutbah jumaat – ha… aku tahu kat malaysia, orang perempuan tak solat jumaat. Jadi, mulalah panic2 kat sana dan mostly aku jumpa makcik2(akak2) akan solat di bilik je untuk hari jumaat. Rugi kan. Bukan selalu dapat rezeki solat jumaat. Kat sana, masjid ada banyak channel radio sepanjang hari. Please la tune in terutama waktu khutbah. Boleh pilih nak dengar radio bahasa indonesia, english, french dan bahasa2 lain. Secara langsung time khatib berkhutbah in arabi, aku pakai headphone dengar yang english version. Serius best khutbah2 nye. Simple tapi menusuk je.

Masa hari2 terakhir nak balik, bila khutbah bunyi macam ucapan selamat tinggal, rasa nak nangis je memikirkan bila boleh datang lagi. Pandai dorang susuh topik2 khutbah. Daripada kita termenung dengar yang arab tak faham, baiklah bawa headphone n dengar yang bahasa lain. Yang ni pun aku rasa orang malaysia tak perasan, tapi ada je dorang tampal maklumat ni kat masjid. Nanti sampai sana, jangan lupa tau cari frequency radio masjidil haram. Dekat luar kawasan masjid, tak dapat dengar dah. Allah..rindu betul. Adik aku ,rezeki dia dapat masuk konti jumpa ‘dj’ (translator) khutbah tu. Hehe.

6. Aktiviti tambah pahala

– Pilih port dekat dengan rak al-quran : secara tak langsung, boleh tolong susun al-quran sekali. Nanti bila azan berkumandang, time tu saf dah penuh kan. Jadi, orang2 yang baca al-quran nak pulangkan al-quran di rak. Macam susah sikit. Aku selalu diri je kat tempat aku sambil pandang belakang tengok ada tak kelibat jemaah yang nak pulangkan al-quran. Kita hulur je tangan dengan senyuman, insyaaAllah nanti dorang akan pass2 kan je alquran tu sampai ke aku. Lalu aku pun susun kat rak. Kan free pahala tu. Apa susah? Daripada orang langkah2 kepala kita semata2 nak rushing pulangkan al-quran. Baik kita main pass2 je.

– Port dekat air zam2. Ha, ni pun sama kes. Boleh tolong hulur2 air zam2 esp bila waktu berbuka (andai korang puasa isnin khamis kat sana).

– Bawa S hook lebih. Bawa extra 2-3 biji. Bila2 terdesak perlu tempat nak sangkut handbag ke apa ke. Guna. Nampak orang lain perlu, bagi. Takyah minta balik. Kat sini kena fikir apa je cara untuk banyakkan pahala, kurangkan berkira, berlapang dada dan positif. InsyaaAllah tenang.

Thats all untuk cerita2 mekah, insyaaAllah kalau sempat, aku sambung la cerita2 di arafah, mina dan lain2. Selamat berpuasa semua ye.

– Gohan (bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit