Tips Haji VII

Tips Haji VII

Untuk part I, (https://iiumc.com/tips-menunaikan-haji/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/tips-haji-ii/).

Untuk part III, (https://iiumc.com/tips-haji-iii/).

Untuk part IV, (https://iiumc.com/tips-haji-iv/).

Untuk part V, (https://iiumc.com/tips-haji-v/).

Untuk part VI (https://iiumc.com/tips-haji-vi/).

Assalamualaikum. Alhamdulillah diberi kesihatan untuk menulis tips haji part 7. Ya Allah. Punya panjang dah macam harry potter series dah oi. Oklah. Macam biasa, ni Gohan nak membebel tentang haji. Bab2 persediaan sebelum pergi haji semua boleh baca di penulisan aku yang awal2. Ni dah masuk bab tips2 di Muzdalifah.

Pergerakan ke Muzdalifah

Since kita pegang pada pendapat kena bermalam di Muzdalifah. Maka, nanti lepas kita dah habis2 doa di Arafah tu, kita semua akan naik bas ke Muzdalifah. Ingat tak Kad nombor untuk naik bas yang aku ada tulis pada post yang dulu, kad tu juga akan digunakan untuk menentukan no bas kita naik ke muzdalifah ni.

Sampai je di muzdalifah (hanya tanah lapang, ada tandas je), waktu pun malam. Maka, bentanglah tikar yang TH bagi tu, untuk bermalam. Kiranya tidur bergelimpangan lah, takde khemah. Takde pembahagian lelaki atau perempuan. Sebab kita akan duduk sekejap je( depends no bas).bas yang pertama gerak dari arafah ke muzdalifah, akan menjadi bas pertama juga gerak dari muzdalifah ke mina pula.

Actually, tempat ni semua dekat2 je. Boleh jalan kaki. Tapi, nak elakkan sesat dan lain2, maka, kita kena naik bas TH ye. Jangan memandai2 jalan kaki. Kang tak jumpa pula khemah di mina nanti. Tapi, korang jangan terkejut tengok jemaah negara lain memang majoriti jalan kaki ramai2 dari arafah ke muzdalifah, dari muzdalifah ke mina. Fit ok. Makcik2 tongkat pun jalan kaki tau.

Aktiviti di muzdalifah

1. Tidur.

Dah nama pun aktiviti mabit kan. So, tidur la. Apa lagi. Walaupun tak berbumbung bagai, percayalah, tidur di muzdalifah ni antara tempat tidur paling nikmat ok. Rasa macam kat sauna je. Dah lah tanah tu berbatu-batu kecil, suam2 pula suhu dia. Memang best la tidur. Haha. Tapi, tidur tu janganlah nyenyak sangat. Nanti orang TH panggil no bas, tak dengar dan terlepas. Bahaya tu. Dari tengah malam petugas TH akan mula panggil ikut no bas, jadi kalau no awal2 macam 5 ke, baik standby tidur2 ayam je. Tapi no macam 40 lebih tu. Tidur je lah sungguh2. Comfirm lepas subuh baru turn bas kita.

2. Kutip batu.

Ha.. yang ni memang sunat. Ambil keberkatan sunah nabi kutip batu untuk melontar walaupun pihak muassasah saudi akan bekalkan batu dalam uncang siap2 untuk semua orang.tapi tak kan tak nak grab pahala sunat free kan? So, ye, silalah kutip batu. Macam aku, aku kutip batu masuk pocket seluar je. Ambil dalam 7 biji. Ikut sunat je sebab dah tahu kerajaan saudi bagi seuncang batu kan.

3. Mandi dan hemat diri.

Kalau pengalaman di arafah berebut tandas bagai, jangan risau. Di muzdalifah, tandas punya banyak.siap ada bertingkat2 lagi. Tandas pun kosong je. Jadi, time ni mandilah puas2, basuh baju dan sewaktu dengannya. Tak berebut dengan orang pun. Tapi ingat, kita masih dalam ihram masa ni, so jangan langgar larangan ihram pula. Aku rasa tandas kosong kat sini sebab semua orang penat dan tidur. Aku je yang segar bugar terlebih kot. Haha.

4. Qiamullail dan ibadah2 lain.

Yes.apa lagi nak buat kan. Dari melangut menunggu bas. Boleh baca alquran (lampu kat sana macam lampu stadium tu) kena angle yang betul, terang benderang. Kena salah angle, dapat bayang2 je lah. Hehe. Yang nombor bas lambat tu, memang kena subuh di sana. Jadi, sebelum subuh tu, ambil wudhu siap2 supaya tak jam. Biasa kan time nak masuk waktu solat, tandas akan menjadi tempat favourite semua orang.

5. Makan minum.

Kat sana bekalan minuman senang sebab ada tangki air minuman. Jadi, tak perlu susah2 angkut air botol dari arafah tau. Lagipun, hanya berada di sana beberapa jam je. Tapi,kalau bas no akhir macam no 30 lebih tu, lama juga akan duduk di muzdalifah tu. Jadi, bolehlah bawa biskut ke apa yang patut. Kot2 lapar nanti. Tapi, ingat, apa yang kita bawa. Sama2lah kita berkongsi supaya sama2 dapat pahala.

6. Kenali rakan se bas anda.

Get familirize dengan rakan se bas. Ini penting. Sebab kita yang muda2 ni mungkin masih simpan kad atau ingat no bas kita. Tapi, kita bayangkan atuk2 nenek2 umur 70 tahun lebih. Kadang2 dorang dah naik keliru dah. Kad bas dah hilang ke mana. No bas pula memang tak ingat. Jadi, masa mula2 naik bas dari mekah ke arafah, terus mula perhatikan orang2 se bas dengan kita.

Jangan risau, kita boleh naik bas dengan kawan2 kita, asalkan masa TH bagi no bas, kita duduk dekat.jadi boleh dapat no bas sama. Tapi, tanggungjawab sosial kita jugala pada mungkin atuk nenek yang takde gang ni. Ingat muka2 dorang sebab masa aku kat muzdalifah ni la, aku selisih sorang pakcik yang dah tak berapa ingat pula. Dia dah tak ingat apa2. Aku pula memang tak pernah nampak dia dari kalangan bas aku,dan dia pula tak nampak sesiapa yang dia familiar. Jadi, aku report ke TH je lah. Kita tak tahu kan bila dan bagaimana kita diuji. So, yeah, kena proactive sikit esp orang muda.

7. Tengok jemaah lain.

Haha. Aku ni memang jenis tak berapa duduk diam. Mula2 dah ambil port best untuk tidur. Tapi tak berjaya tidur. Lepas tu, aku pergi jalan2 explore tandas2 di muzdalifah. Lepas dah habis explore, aku pergi tadah air minum pula. Bancuh air. Sambil makan biskut. Last2, aku ambil buku, duduk dekat pagar pemisah antara kita dengan jemaah negara lain, pergi meng’kepoh’ kat sana.

Duduk tengok jemaah negara lain jalan sambil bertalbiah beramai2 penuh semangat. Lepas negara turki, lalu gang pakistan, lepas tu lalu pula gang2 algeria, dan negara2 afrika bagai. Macam2 la negara lalu passby kawasan negara kita. Yang kita pula duduk je la menunggu bas. Mesti dorang pun pelik. Hahaha. So, aku pun terhibur tengok kumpulan2 dari negara2 ni berarak macam sukan olimpik ok.

Okaylah sampai sini dulu. Kalau ada apa2 nak tanya, boleh lah komen.

– Gohan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit