Tips Interview dan Pengalaman Mencari Kerja di Syarikat MNC

Tips Interview dan Pengalaman Mencari Kerja di Syarikat MNC

Assalamualaikum admin dan pembaca semua.

Terima kasih admin approve entry saya ni.

Saya nak cerita bagaimana saya dapat bekerja dengan sebuah syarikat MNC yang mempunyai HQ di London, UK.

Terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya ada campur sedikit Bahasa Inggeris.

Mungkin ia dapat memberi gambaran kepada bakal graduan yang akan mencari pekerjaan kelak, Insya Allah.

Harap-harap ia dapat membantu.

Bukan nak berbangga cuma nak kongsi pengalaman mencari kerja dan bekerja.

Saya rasa ramai lagi mempunyai pengalaman serupa seperti saya.

Ketika semester akhir di salah sebuah universiti tempatan sebelum saya grad, sebuah agensi pekerjaan telah membuka booth di kampus saya.

Mereka sedang mencari tenaga kerja untuk sebuah syarikat MNC.

Kami dikehendaki untuk mengisi borang dan memberikan resume.

Kali pertama buat resume untuk cari kerja, saya membuat sedikit penyelidikan dan minta pendapat orang-orang di sekeliling saya, terutamanya yang biasa interview orang untuk kerja.

Nak mantapkan resume lah katakan.

Saya turut membuat homework untuk melihat contoh-contoh soalan interview serta jawapan.

Memang berdebar masa baca soalan-soalan tu kerana nak sesuaikan dengan jawapan mengenai diri saya dan apa-apa pengalaman yang saya ada.

Saya menghantar resume tu dengan kawan saya dan kami sama-sama memohon kerja di tempat yang sama.

Kami mendapat panggilan pertama, di mana agensi pekerjaan itu akan interview kami terlebih dahulu.

Mereka interview kami di kampus.

Selesai interview, mereka memberitahu bahawa akan ada interview yang kedua dengan syarikat MNC itu sendiri.

Kami menunggu dalam tempoh 2 minggu.

Saya mendapat panggilan untuk interview yang kedua, Alhamdulillah.

Saya terus menelefon kawan saya.

Dia pun sama!

Disebabkan tarikh interview kami berbeza, tak dapatlah kami pergi bersama.

Ok sedih jap, entah apa-apa kan?

Hari yang ditunggu dengan penuh debaran pun tiba dan saya sampai ke destinasi sejam sebelum interview.

Saya tak tipu. Rasa berdebar sangat, tangan sejuk, berpeluh-peluh saya dan jantung berdegup kencang.

Darah gemuruh mungkin.

Saya diberitahu bahawa ada beberapa calon untuk hari itu dan seorang pengurus akan interview kami.

Saya lihat calon-calon lain semua nampak yakin (lagilah gemuruh saya dibuatnya) dan kami semua disuruh pergi ke bilik-bilik kecil untuk menunggu giliran masing-masing.

Macam nak amik exam tau!

Saya tengok nota-nota saya, sememangnya satu apa pun dah tak hadam masa tu!

Tiba-tiba, saya boleh orang berborak di bilik sebelah saya.

Rupa-rupanya Pengurus tu sedang interview calon di bilik sebelah!

Mula-mula saya tak dengar sangat butiran perbualan mereka, cuma dalam masa 20 minit cam tu (ya, saya tengok jam sebab nak tau berapa lama interview) saya dah dengar Pengurus tu menaikkan suaranya.

Seolah-olah dia sedang memarahi calon tu!

Saya kaget! Terpaku! Lagi laju jantung saya berdegup!

Yang saya dapat tangkap, dia kata "You keep saying the same things over and over but you're not answering my questions!"

Sudah, apalah agaknya soalan yang ditanya?

Kurang 5 minit lepas tu, tiba-tiba pintu bilik sebelah seperti dibuka dan ditutup dan muncul seorang lelaki di pintu bilik saya (sebab pintu kaca).

Terdetik di hati saya "Alamak, janganlah dia bad mood dengan saya pulak."

Serious, saya rasa macam nak nangis masa tu jugak!

Ketika dia masuk, terukir senyuman di wajahnya dan dia memperkenalkan diri sebelum bertanya "How are you?" Sambil tengok resume saya untuk check nak saya.

Ok, nasib baik dia professional tapi saya masih gementar, manalah tau tetiba dia sergah saya!

Saya telan air liur, terus berdiri dan jawab "I'm fine, thank you. And how are you?"

Selepas itu, dia tanya banyak soalan dan saya jawab yang seringkas dan setepat mungkin, supaya saya tak kena marah.

Dalam tak sedar, interview tu ambil masa satu jam!

Saya dah risau, macam lama lah pulak sebab calon yang sebelumnya kurang setengah jam.

Saya pun pulang ke rumah dan terus telefon kawan saya bagitau dia pengalaman saya dan soalan-soalan yang ditanya supaya dapatlah kawan saya tu membuat persiapan.

Kami menunggu dalam masa sebulan.

Alhamdulillah, saya dapat panggilan dan berjaya mendapat kerja di situ.

Saya telefon kawan saya, namun dia berkata bahawa dia tidak mendapat sebarang panggilan pun.

Saya kata mungkin ada ramai orang jadi ambil masa sedikit.

Masa tu saya dah habis belajar jadi boleh mula kerja dah.

Sehingga tarikh saya masuk kerja pun, kawan saya tidak mendapat sebarang panggilan dan dia berkata mungkin dia tidak dapat kerja di situ.

Saya sedih, namun cuba pujuk dia, mungkin ada rezeki lain, Insya Allah.

Saya memulakan hidup sebagai seorang eksekutif, Alhamdulillah, dan gaji pun Alhamdulillah juga.

Rakan-rakan sepejabat saya berbilang kaum dan hanya beberapa orang sahaja orang Melayu, boleh dikira dengan jari.

Syarikat MNC, semuanya di dalam Bahasa Inggeris dan memang kami bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Saya ambil masa dua tahun untuk naik pangkat.

Sebelum dinaikkan pangkat, sekali lagi kena melalui interview.

Tahap pertama, kena tulis karangan dan achievements anda selama mana anda bekerja dan mengapa anda sesuai untuk jawatan itu.

Tahap kedua, kena buat presentation serta mereka akan memberi anda topik rawak dan anda ada masa 10 minit untuk bersedia dan present kat panel.

Tahap ketiga, barulah ada interview dengan 2 orang Pengurus.

Alhamdulillah, saya melepasi semua tahap dan ianya banyak bergantung kepada usaha untuk buat persiapan dan bertanya orang-orang yang lebih arif dan berpengalaman.

Ia banyak membantu saya bersedia untuk presentation dan menjawab soalan-soalan interview.

Ketika naik pangkat tu, memang saya sorang je Melayu.

Pihak atasan adalah expat, Chinese ataupun Indian.

Kalau Melayu memang ada sorang atau dua, tak ramai.

Namun mereka semua banyak membantu dan memberikan kerja sama.

Tidak ada istilah tikam belakang ataupun tindas menindas dan mereka memberikan penghargaan kepada pekerja-pekerja yang berdedikasi dan komited.

Dua tahun berikutnya, saya diberi portfolio yang lain untuk diuruskan.

Masih juga kena melalui 3 tahap interview tadi.

Memang kerja lebih masa, tak tentu waktu dan kerja berlambak.

Saya buat kerja saya, sebab saya bekerja untuk diri dan keluarga, ikhlas kerana Allah, Insya Allah akan dipermudahkan segala urusan.

Beberapa tahun berikutnya, boss saya datang kepada saya untuk cuba apply jawatan Pengurus pula.

Bagi saya, memang saya rasa tak bersedia.

Tapi boss saya kata, saya telah buat banyak sangat benda yang boleh membuatkan resume saya mantap dan portfolio saya pun gempak (itu kata dia).

Saya masih tak yakin.

Saya kata, saya ni biasa-biasa je.

Memang saya betul-betul tak rasa layak.

Akhirnya, saya apply juga.

Kalau saya tak dapat, tidak mengapa sebab yang penting adalah pengalaman sebab interview untuk jawatan Pengurus ni lebih sengit.

Tahap pertama, sama sahaja, kena tulis karangan.

Tahap kedua, group interview, di mana kesemua calon dipanggil ke boardroom dan duduk di meja bulat.

Ketika itu ada dalam 10 orang calon.

Panel kami pula ada dalam 5 orang, mereka cuma duduk diam dan memerhati kami.

Ada seorang yang mengetuai group interview ni dan dia memberikan penerangan tentang bagaimana interview ini akan berjalan.

Kami diberikan topik dan senario serta perlu berbincang sesama kami untuk mencapai kata sepakat.

Sepanjang perbincangan kami, kelihatan panel sibuk menulis nota setiap kali ada di antara kami berkata sesuatu.

Motif group interview ini yang saya dapat simpulkan :
1) Adakah calon dapat memberikan idea bernas ataupun hanya ikut orang ataupun diam sahaja

2) Adakah calon cuba mendengar pendapat daripada semua orang ataupun hanya mengetengahkan idea dia sahaja

3) Jika calon tidak bersetuju dengan pendapat orang lain, bagaimana calon menyuarakan rasa tidak setuju

4) Adakah calon menunjukkan ciri-ciri seorang leader atau follower

5) Bagaimana tingkah laku dan cara percakapan calon sepanjang perbincangan

6) Adakah calon tetap professional di dalam apa jua keadaan, walaupun situasi agak tegang sekiranya ada yang susah untuk mencapai kata sepakat

Tahap akhir, yang ketiga pula adalah interview.

Ok, masa ni memang gemuruh sebab ada 3 orang yang akan interview.

Mereka pula memegang jawatan tinggi dalam syarikat tu.

Sejam juga saya ambil masa dan ada beberapa soalan yang saya terpaksa suruh mereka ulang ataupun minta mereka berikan saya masa untuk fikir dulu jawapan.

Masa tu saya rasa seperti tidak memberikan yang terbaik.

Ketika saya melangkah keluar daripada bilik interview, saya gembira sebab dah habis seksa dan beban dan saya pujuk diri, kalau tidak ada rezeki takpe, boleh cuba lain kali.

Mereka ambil masa sebulan juga untuk membuat keputusan.

Masa tu nak Raya, jadi saya ambil cuti.

Ketika saya di kampung, saya mendapat panggilan telefon daripada pihak atasan.

Saya pelik, kenapa pula dia telefon saya? Bukan boss saya? Saya risau. Saya betul-betul ingatkan ada masalah di tempat kerja sebab dia adalah ketua jabatan aka Big Boss.

Alhamdulillah, rupanya dia telefon untuk menyampaikan berita gembira bahawa saya dapat jawatan tersebut.

Setelah saya mendapat jawatan Pengurus, saya kena menghadiri kursus untuk interview orang pula dan perlu ditemani senior untuk memberikan feedback serta approve saya untuk menjadi seorang interviewer.

Jadi, sudah bertukar role saya.

Kalau dulu saya di interview, sekarang saya pula interview dan hire orang untuk bekerja di syarikat kami.

Ketika saya menyandang jawatan ini, sudah ramai calon yang saya interview.

Antara pengamatan saya :

1) Resume yang banyak ejaan salah serta seperti cincai sahaja

2) Calon-calon yang amat lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris

3) Tidak tahu langsung mengenai kerja yang diaorang apply ataupun tidak membuat research tentang syarikat. Soalan lazim yang selalu ditanya "What do you know about our company?" Dan jawapan yang diberi amat ringkas.

4) Soalan lazim "Tell me about yourself" dan jawapan diberi adalah tentang keluarga, berapa adik-beradik, tinggal di mana, Mak dan Ayah kerja apa dll. Kami tidak mahu salasilah keluarga, kami mahu tahu tentang kelulusan anda serta pengalaman anda sama ada di kolej/universiti / tempat kerja dahulu yang boleh membantu anda mendapat jawatan ini.

5) "Tell my why I should hire you"… Ramai yang sangkut di sini. Anda perlu buat persediaan kenapa anda patut mendapat kerja ni. Sudah ada senarai dari segi skil dan personality serta boleh "sell yourself" supaya interviewer tertarik dengan jawapan anda dan kesungguhan anda.

6) Kalau tak faham soalan, boleh minta kami ulang ataupun anda cuba dengan "May I just checked that you wish to know about…?" Jadi kalau anda salah dengar, kami boleh betulkan dan anda jawab soalan. Jangan diam sahaja kalau tak dengar dan beri jawapan salah.

7) Kalau soalan susah, anda boleh minta sedikit masa untuk fikirkan jawapan atau rujuk nota atau apa sahaja, tapi jangan terlalu lama pula. Kami tak kisah anda nak fikir tentang jawapan, daripada anda memberi jawapan yang tidak ada struktur dan hanya peningkan interviewer.

8) Cara anda duduk, berdiri, tengok interviewer ("establish eye-contact"), cara bercakap, cara berpakaian, semuanya penting.

9) Kalau anda perlukan masa untuk ke bilik air atau minum air untuk tenangkan diri, boleh bagitau interviewer. Saya selalunya akan borak-borak kosong dengan calon terlebih dahulu dan tanya jika mereka perlukan air atau perlu ke tandas sebelum interview. Ya lah, saya dulu pun pernah kena interview dan saya tahu betapa gementarnya saya ketika itu. Saya pernah jumpa calon yang berpeluh muka, rupanya memang darah gemuruh. Kesian dia. Saya minta dia keluar sebentar untuk ambil air dan masuk semula. Saya akan cuba buat calon rasa selesa, baru saya tanya "Ok, shall we start now?"

10) Senyum, tunjukkan kesungguhan serta minat dan sila datang dalam keadaan bersedia untuk mencari kerja.

Diharapkan tips di atas dapat membantu sedikit sebanyak.

Kalau ada yang saya tak masukkan, boleh Google atau tanya orang-orang di sekeliling anda atau kenalan anda yang berpengalaman.

Maaf jika ada kekurangan di atas sebab saya rasa macam panjang sangatlah pulak. Maaf ya.

Semoga berjaya!

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit