Tips Menunaikan Haji

Tips Menunaikan Haji

Assalamualaikum semua. Pertamanya sebelum aku share ni, aku berdoa agar tips yang aku bagi ni boleh membantu bakal haji (BH) terutamanya BH yang muda (below 40). Moga penulisan aku ni bermanfaat. Ni benda2 yang aku buat lah senang cerita. Aku tahu ramai je blogger tulis tips2 ni tapi aku rasa notes aku ni akan berbeza sikit.

Aku asingkan tips haji aku ni kepada beberapa bahagian. Bahagian sebelum pergi haji & bahagian semasa menunaikan haji. Untuk yang ni,aku tulis bahagian sebelum pergi haji dulu.

Persediaan sebelum pergi haji. Aku asingkan kepada beberapa bab : kesihatan, amalan, ilmu etc. So kalau korang rasa korang dah fit, korang skip je part kesihatan, if rasa ilmu haji dah terer, korang skip je bab ilmu. Begitulah. Okay, straight to the point.

Tips kesihatan sebelum pergi haji

Sebenarnya, setiap tahun. Dalam bulan 12 macam tu. BH akan dapat surat tawaran menunaikan haji. So, masa aku dapat je surat tawaran, benda pertama aku buat ialah aku pergi cek kesihatan. Aku timbang berat badan dan aku target aku kena FIT untuk ibadah ni. So since kita dapat tawaran bulan 12, tapi akan pergi dalam bulan 7. so, ada lebih kurang setengah tahun untuk kita fit kan diri.

1) Ubah pemakanan. Aku ni jenis makan bantai apa semua asalkan nasi n pedas. Kuih2 tak minat. Sehari boleh 5-6 kali makan nasi. So since aku kena turun beberapa KG untuk menepati BMI, aku memang jaga makan aku. Bersenam aku malas. Aku cuma jalan kaki setiap hari 1-2km je. Tapi konsisten dari bulan 12. aku tukar makan beras perang + beras putih. makan sayur banyak instead of ayam/daging . Nak cut nasi tak mampu la kan. Haha. Dah tukar beras putih campur beras perang tu dah kira okla. Nak makan beras perang je tak lalu tekak aku.

2) Aku ni macam jenis naik tangga ke lutut dah bunyi, buku lali pun sama. Maybe sebab aku pernah accident patah tangan. Time nak sujud, jangan cakap.siap anak buah aku tegur lagi bunyinye. So memang aku g farmasi bincang dengan farmacist n doctor klinik. Dan dorang bekalkan aku vitamin C, supplement untuk tulang dan sewaktu dengannya. Aku taknaklah nanti kena jalan 10km kat sana, aku boleh lemah2 lutut pula.buat malu je dengan makcik2 kan. Alhamdulillah, kat sana sehari aku jalan almost 12km, even ada makcik2 yang tanya aku makan vitamin apa kat sana sebab nampak aku lincah sana sini..kat sana aku tak makan sangat vitamin, tapi sebelum pergi memang aku makan vitamin untuk tulang. Ni semua aku consult dengan doctor, bukan main beli online merapu kt instafamous ke apa ea. so korang kalau ada sakit belakang, sakit tengkuk ke. pergi jumpa doctor cepat2, jangan tangguh n jangan takut.

3) Macam aku cakap aku ni kekurangan kalsium la kot sebab tu tulang bunyi2. maka, aku pun consume susu. Susu ni jujur cakap aku memang tak minum langsung. Tapi demi ibadah haji, aku telan juga. Tupun susu coklat. Susu lain tak mampu la oi. Aku aware susu choc ni contain gula yang tinggi compare susu fresh putih tu, tapi nak buat camne kan. Dah tak boleh telan. So, aku pergi ke kedai, aku baca semua ingredient susu choc yang ada, buat comparison mana contain high calcium. Compare harga gak (sebab aku ni tak lah jutawan mana), aku minum susu ni almost every week 1 kotak besar dari bulan 12. Bagi orang lain mungkin mudah, bagi aku yang tak minum susu langsung ni, hanya tuhan saja yang tahu. Selain tu gak aku makan makanan yang high calcium macam brokoli (yang didi makan setiap hari tu). Anyway, susu pekat manis bukan susu. Janganlah korang amalkan.

4) Aku pula jenis orang yang semput tak tahan panas. So since kita pun dah tahu time haji tu suhu boleh capai 50deg, jadi kena prepare yang ni. Rumah aku jenis ada aircond kat bilik. So, aku set tak on aircond langsung. Aku nak body aku adapt panas. aku buka kipas je la. Aku banyak berjalan waktu2 panas.haha.saje nak amik mood cuaca sana.nak bagi body adapt. At the same time, kalau jenis concern dengan sunburn, carilah produk sunblock. Afdholnye yang takde bau (time ihram kan tak leh wangi), tapi, kalau korang dah ada sunblock yang wangi pun takde masalah. Boleh pakai setiap hari masa kat sana, cuma jangan pakai time ihram je. Korang bukan ihram 40 hari pun. Beberapa hari je (unless buat haji ifrad). jenis2 puteri (putera) lilin bolehlah start fikir macam mana korang nak handle heat kat sana. panas ok. Tapi ok je. Macam panas2 kat india, mesir.. camtulah.

5) Prepare ubat-ubatan. Yang ni masing2 tahulah penyakit masing2, so sediakan ubat. Make sure tahu ubat mana sesuai, ubat mana tak. Terus take note ubat apa paling berkesan untuk diri sendiri. Janganlah jumpa doctor cakap ‘ saya kalau makan ubat yang pink bulat2, yang hijau panjang2, yang kuning belang biru tu, mujarab’. korang ingat ubat korang tu je ke warna2 pelangi tu? Hehe. hafal lah sikit nama ubat. Kang ko sakit kat sana. Boleh request nak ubat XXXX , ZZZ ke (if ada dalam stok, if not, adalah ubat yang lebih kurang). Kan ke mudah kerja Doctor.

Aku memang pergi klinik cakap saya nak pergi haji, aku minta klinik supply ubatan aku untuk 30 hari. Jadi aku bawa. Sampai sana bila habis, aku g jumpa doctor. Tunjuk ubat apa aku pakai. Doctor terus bagi. Kan sonang. Jangan ingat kita muda, kita tak sakit .kat sana semua orang sakit. Aku syukur aku takdelah sakit sampai tak larat ke masjid. Tapi bila bekalan ubat aku abis. Aku pergi juga klinik sana restock ubat. Tapi alhamdulillah. Sihat aku sepanjang kat sana. Berkat doa2 orang la ni kan.

Tips amalan sebelum pergi haji

Aku ni pun jenis melayu biasa jelah. Takdelah baik sangat. Tapi once aku dapat tawaran haji tu, mak aku cakap ‘alhamdulillah, akhirnya dapat panggilan untuk melengkapkan rukun islam, umi harap lengkapkanlah rukun ni sebaiknya. Besar dah anak ummi’ . Lebih kurang camnilah skrip mak aku. Mak aku bukan ustazah ok. Entah kenapa bila mak aku cakap ni, aku memang nangis semahunya. Rasa macam ‘this is it’. perasaan dia macam ko nak grad. Ni final exam ko. inilah seruan untuk berubah ke arah kebaikan. Cenggitula. So aku pun berazam buat beberapa benda:

1-Ganti puasa. haji ni berlangsung selepas bulan ramadhan. So, kepada kaum wanita, silalah ganti puasa siap2 masa syawal tu. Ni antara benda utama aku buat masa syawal. Aku takut aku mati masa buat haii, ah sudah. Siapa pula nak ganti puasa wajib aku. Lepas tu if rasa ada pernah terlupa puasa2 tahun sebelum2nya dah ganti ke belum, ha…… gantilah siap2 sebelum masuk ramadhan tu. Kan ada dari bulan 12 lagi.

2-Ganti solat. Al-maklumlah, orang perempuan ni kadang2 ada ABC (Allah Bagi Cuti), so ye, kalau ada solat yang tertinggal or sengaja tinggal. Gantilah siap2. aku memang train diri aku dari dapat je surat tawaran tu. Aku buat jadual ganti solat. Tiap2 hari ada je solat yang aku ganti. Sebab mungkin kita takde tinggal solat, tapi manalah tahu ada solat kita yang dalam keadaan tak sempurna ke kan. So memang kerja aku mengqada’ je lah. Kadang2 aku penat, aku malas juga. Tapi bila kenang skrip mak aku tu. Fuh, gagahi jugalah aku.

3-Solat sunat sebelum/selepas solat fardhu. Yang ni aku memang tak rajin.aku spesis solat 5 waktu je. Tapi, mmg aku slow2 berazam. Dari bulan 12 tu aku cuba ikut jadual solat yg aku buat. Contoh mcm isnin kena solat sunat 1 siang, 1 malam. Selasa kena buat 3 kali. Rabu kena buat 2 kali. Aku cuba la ikut jadual. Aku tampal jadual tu kat bilik aku, besar macam whiteboard sekola tu gakla. Biar nampak terang. Malu kalau tak buat. Kenapa aku rasa kena tekankan pasal solat sunat ni? Sebab nanti kat mekah madinah korang akan ada almost 50 hari. Korang mesti nak manfaatkan masa tu utk beribadah. Abistu, korang rasa if tak lazimkan diri dari awal, sampai sana boleh tiba tiba terus rajin solat bagai? Rugilah kan, sampai sana solat pun 5 waktu je macam kat malaysia. Rugi rugi

4-Baca al-quran. Yang ni aku memang tak berapa rajin n sampai sekarang pun. Asal baca je ngantuk, asal ngantuk je mesti sebab baca. Jadi, aku install pelbagai apps alquran .aku wajibkan diri mesti baca quran at least sehari sekali. 1 ms pun jadilah. Ni penting supaya kat sana nanti. Kalau korang ada target nak katam 10kali pun, boleh jadi possible sebab dah makin lancar.

5-Doa. Ni penting. Doa bagi rezeki ko untuk buat haji sampai. Memanglah aku dah dapat surat tawaran, ala2 confirm la dapat pergi gituu. Tapi, manalah tahu dalam tempoh 6 bulan tu,aku accident ke, aku hilang akal ke, mahram aku mati ke dan lain2. jadi banyakkan doa. Sebab ada je kes jemaah kawasan aku yang dah nak pergi sangat dah. Seminggu sebelum flight, suami dia meniggal. So isteri pun tak dapat pergilah sebab dalam iddah. So nampak tak kepentingan doa untuk direzekikan menyempurnakan ibadah haji. Minta juga orang sekeliling doakan terutama mak kita. Doa ibu kan makbul.

6-Berhenti hisap rokok. Ok.aku tak hisap rokok. Tapi aku sedih sangat dekat sana tengok jemaah haji kita ramai sangat hisap rokok. Yang hisap terang-terangan tu satu hal. Yang hisap sembunyi2 kat toilet lah, store lah.lagi satu hal. Ada jemaah hisap rokok sembunyi2 dekat ampaian baju. Kesian baju jemaah lain kena bau rokok. Agak2la wei. Walaupun berkali-kali ustaz ceramah larang segala, masih buat juga. So, nasihat aku. Cubalah berhenti hisap dalam tempoh 6 bulan tu. Tolongglaaah. Macam mana nak haji mabrur kalau masa buat haji pun masih buat benda2 haram? Aku bukan nak judge semua perokok ni haji tak mabrur, or aku ni malaikat bebenor tak buat benda haram. Tapi.. korang fikirlah sendiri.

Sebenarnya banyak lagi benda aku nak tulis. Tapi aku penat sangat. Mungkin sebab baru makan nasi 1 kali je hari ni. Okay, aku pergi cari nasi dulu. If ada sambutan dan kesempatan, aku tulis lagi. Assalamualaikum.

P/s: kawan2, n sanak saudara yang rasa2 macam tahu je siapa yang tulis ni. Mohon jangan tag aku. Anggaplah penulis misteri. Wahahahaha.

– Gohan

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit