Tips Untuk Pekerja Yang Sedang Bekerja

Assalamualaikum WBT. IIUM confession sekarang ni banyak mengisahkan tentang kehidupan dan suami isteri. Maafkan saya kalau saya berkata begini, saya rasakan sudah nampak macam page yang lagi satu tu.

Page ini lebih diperlukan untuk tips bagaimana untuk graduate dengan cemerlang, bagaimana mencari pekerjaaan dan sebagainya. Oleh itu saya ingin kongsikan tips bagaimana nak survive bekerja dengan lebih lama dalam insdustri pekerjaan.

Saya sudah berada didalam bidang engineering hampir 15 tahun. Selepas grad dari IIUM saya terus bekerja di Petronas, Shell, Khazanah Nasional dan akhir sekali di bumi Australia. Pelbagai pengalaman yang saya tempuhi. Bagi yang baru graduate dan akan graduate, bacalah tips ini untuk memulakan hidup anda sebagai pekerja yang berdedikasi.

1) Behavior and Character

Banyaklah membaca wahai adik2 sekalian. Beli buku tentang behavioral and character. Belajar menjadi seorang yang baik dan berhemah. Sentiasa senyum dan memberi aura positif didalam pejabat. Walaupun mungkin Boss anda garang, annoying (ofcoz!) tapi bukan sebagai point anda nak tarik muka, negatif, hentak kaki, dan yang paling penting JANGAN MEMBAWANG sesama officer didalam satu pejabat.

Jangan MUDAH PERCAYA dengan rakan sekerja anda. Tolong seperate kan privacy life dan pejabat. Jangan MUDAH KONGSI masalah peribadi anda, siapa yang anda TAK SUKA. Baik macamana sekalipun di pejabat, pastikan ADA LIMIT. Elakkan membawang mengenai pekerja lain dan jugak BOSS anda. Nak membawang pasal lain yang takde kena mengena dengan office boleh diterima lagi ye adik2.

Sebabnya? Anda tak tahu siapa musuh didalam selimut anda. Bila anda bekerja, masing2 berusaha untuk survive. Ibaratkan pertandingan LUMBA LARI. Mungkin mereka akan jatuhkan anda dengan tabiat anda yang suka mengadu, dan sifat negatif dalam diri anda. PLEASE READ CAREFULLY! this is the main IMPORTANT to survive your career in company.

2) Rajin dan berusaha

Rajinkan diri anda untuk belajar sesuatu yang baru. Ringan mulut bertanya dan involve dalam aktiviti syarikat. Bekerja biar fokus, usaha minimumkan kesalahan setiap hari. Jika anda buat salah, JANGAN LARI! Senyum dan mengaku kesalahan anda dan disamping itu minta tunjuk ajar dari yang menegur kesalahan anda itu.

Tips saya mudah je dalam hal ni. Anda kena melihat sisi diri anda, sekiranya kesalahan anda lebih 3 kali seminggu, anda kena mengaku yang anda tidak sesuai melakukan pekerjaan tersebut. Usahalah tukar bidang lain dan mencari pekerjaan yang sesuai dengan anda. Manusia ni ada kelebihan masing2. Jangan down sekiranya pekerjaan sekarang bukan untuk anda. DUNIA NI LUAS, rezeki ada dimana2. :)

3) Reference

Berbuat baik dan menjaga hubungan sesama pekerja dan management ini banyak kelebihannya. Anda perlukan mereka sebagai reference dikemudian hari. Rajinkan diri untuk membentuk network bukan sahaja dari syarikat anda, tetapi dari pihak luar juga seperti supplier, vendors or rakan2 dari Linkedin!

Yes, dunia sekarang dah tak pandang JOBSTREET anymore. Syarikat sekarang banyak hire pekerja dari LINKEDIN. Ini kerana Linkedin lebih teratur dan siap ada reference pekerjaan didalam profil individu. So lebih mudah dan praktikal. Belajar mcmana nak create linkedin untuk menjadi profil diri yang bermutu dan berkualiti. boleh rujuk google.

4) RUMAH VS PEJABAT

Jika kita ada masalah di rumah, hakta masalah perceraian sekalipun, kita mudah saja lari dan pindah keluar. Tapi sekiranya kita ada masalah pejabat, bukan mudah untuk kita lari. Apatahlagi nak cari pekerjaan baru memerlukan reference dari syarikat lama. Cuba dan cuba untuk mengekalkan suasana yang elok di pejabat. Apatahlagi masa kita 70 % adalah dipejabat dan hanya 30% dirumah sampailah kita pencen.

Kepada adik2 yang masih Junior, yang masih belum ada experience, please create a good profile to the company. Macamana anda tak suka sekalipun dengan boss or company, bertahanlah selagi boleh kerana anda masih junior dan perlu pengalaman dan pembelajaran untuk survive dalam industri pekerjaan.

Ringankan mulut anda untuk belajar bukan hanya ringankan mulut anda untuk membawang. Jaga mulut masing2 didalam pejabat dan ini adalah tips saya bagaimana saya diburu oleh company2 ternama dan hingga boleh bekerja di luar negara. JAGA MULUT ye.

Sekian…

– Rafizi Ishak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *