Tips Untuk Surirumah Agar Hidup Bahagia

Assalammualaikum. Hi semua. Saya nak share sikit tips untuk suri rumah agar hidup bahagia. I need to share this, sebab sekarang ramai suri rumah mudah rasa down, stress, dan tak ada keyakinan.

First,

Tak perlu jadi sempurna. Sebab kita suri rumah tak perlu pun 24 jam rumah kena kemas, 24 jam layan anak, 24 jam kena urus rumah tangga, sampai kita penat dan stress.

Akhir sekali, kita juga yang depressed. So sekali sekala, biar je rumah bersepah, sekali sekala makan je kat luar. Dan tidur je kalau penat sangat.

Im not saying kita kena malas, cuma take it easy. Enjoy je. Kita bukan robot. Kita manusia biasa je.

Second,

Jangan rasa rendah diri dengan title suri rumah. Jangan rasa useless sebab kita tak ada income macam orang lain. Sebab kita tak boleh bersiap cantik ² macam orang lain. Jangan!

Just fikir, suri rumah adalah satu kerjaya juga. Macam mana cara nak jadikan ia kerjaya?

Set dalam otak, bahawa kita buat kerja rumah urus rumah tangga akan dibayar dengan berjuta pahala oleh Allah.

So chill je. Nothing’s permanent dalam dunia ni. Akhir sekali hanya amalan, dan hati kita yang dihisab.

Ketiga,

Please jaga penampilan kita. Bukan kena makeup tebal, pakai cantik2, baju mahal2 pun. Buat yang kita mampu sahaja. At least nampak kemas dan bersih.

Kain batik dan baju kurung kedah pun cantik apa? Yang penting nampak kemas je. Jaga hygein.

Mandi cukup, gosok gigi cukup. Itu je. Tak perlu tempek berkilo bedak, pakai lipmatte, eyeshadow bagai kat rumah. At least calit lipbalm dan rapikan rambut pun dah cantik.

Keeempat,

Belajar saving dan uruskan duit. Kalau mampu dan minat boleh cari side income sambil jaga anak, contoh bisnes online, buat kuih, menjahit atau apa saja.

Kalau tak mampu tak apa. At least pandai uruskan duit. Jangan boros. Duit nafkah simpan sikit, jangan guna semua. RM10, RM5 sehari kalau simpan setahun, dua tahun banyak juga tu.

Kenapa kena ada saving? Sebagai langkah berjaga-jaga jika ada kecemasan.

Kelima,

Bersabar. Dan kuat. Jika diuji dengan suami yang tak bertanggungjawab, bersabarlah dahulu, kalau tak mampu juga, pilihlah jalan yang kita rasa baik untuk masa depan kita dan anak².

Kuat, jika ditimpa apa² ujian, belajar untuk kuat, at least untuk anak kita.

Keenam,

Kena tahu apa hak kita. Belajar dan faham dari sekarang, kalau suami meninggal apa hak kita dalam harta peninggalan?

Apa hak anak kita dalam hak penjagaan? Apa hak kita bila diceraikan? Apakah harta sepencarian? Apakah fasakh? Apakah iddah? Apakah mut’ah dan sebagainya.

Bila kita faham dan tahu, kita tak akan ditindas sebab kita tahu apa hak kita.

Ketujuh,

Belajar kemahiran, atau asah lagi bakat dan minat. Tak semestinya kena belajar kat giatmara, kolej, join kelas atau apa² yang formal.

Untuk pemula, sekurang²nya belajar dari youtube, google, Facebook, contoh belajar memasak, belajar menjahit, belajar andaman, deko, dan sebagainya.

Bila kita ada satu kemahiran, senang kita nak survive incase apa² terjadi. at least boleh isi masa lapang, dan jadikan terapi bila stress kan?

Contoh saya, suka menjahit.

Okay itu sahaja. Moga perkongsian saya sampai pada semua suri rumah atau wanita di luar sana. Perkongsian ini bukan nak offend wanita berkerjaya, just sharing khas untuk housewife sahaja.

– Puan A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *