Tolong Aku Hilangkan Rasa Ini

Aku Zara, berumur awal 30an, bekerja sebagai penjawat awam di ibu kota.

Aku bercerai awal tahun lepas sebab ex aku pemalas dan anak mak. Kami bercerai secara baik dan anak tunggal kami dijaga secara bergilir-gilir.

Confession aku ni bukan tentang ex aku. Aku tahu aku bakal dikecam tapi baca dulu ok?

Kisahnya aku bekerja sebagai penolong pegawai. Pegawai yang aku tolong tu aku beri nama sebagai Riz. Riz ni berumur hujung 30an, berkahwin anak 3.

Orangnya kacak berkumis nipis, kemas dan bertanggungjawab,matang dan happy-go-lucky.

Untuk memudahkan dia mengawal atur jadual kerja (kami bekerja bidang teknikal dan ada shift) jadi kami (staff) dianggap seperti family.

Waktu standby kami sering lepak bersama2 dan lunch bersama-sama dengan staff lain.

Awalnya, aku takde apa-apa perasaan pun pada Riz tapi semasa aku dalam proses perceraian aku sering update keberadaan aku pada dia seperti appointment kaunseling dan urusan mahkamah.

Riz beri kata-kata semangat pada aku,tanya khabar anak aku dan pastikan kebajikan aku. Pastikan aku makan masa aku serabut tak lalu makan.

Dia memang pendengar yang baik. Perhatian yang aku tak pernah dapat dari ex aku. Sejak tu aku mula sekodeng Riz, tanya hal anak-anak dan isteri dia.

Tengok FB dia kot2 dia ada update apa2 ke pasal isteri dan anak2 tapi memang takde lah. Riz memang sejenis tak update hal keluarga kat FB. Jadi aku korekla kat Riz.

Dia ni bila bercerita hal family memang boleh nampak mata dia bersinar-sinar. Suka bercerita hal keluarga, tapi lama-lama aku menyampah jugak.

Bila sampai waktu nak balik, tepat jam 5 dah terpacak kat pintu lif, walau hujan ribut sekalipun tetap dia balik.

Aku tahu Riz family man, sejenis nak ke mana-mana mesti dia angkut family dia even ke kedai sekalipun.

Kami selalu berborak jadi dia bercerita macam-macam hal keluarga. Setiap kali dia cerita aku akan rasa cemburu gila. Sampai panas- panas muka aku tahan cemburu.

Selalu juga dia tanya pendapat aku kalau nak beli hadiah untuk wife dia. Yelah, aku sorang je muda kat situ, yang lain tahap makcik2 je.. Aku selalu ngikut shopping beli baju ke, tudung ke kengkonon nak bagi pendapat.

Baru-baru ni dia belikan gelang emas surprise untuk isteri dia.. Aku yang pilih. Aku ajar dia cara nak surprise bagai.

Aku terluka, aku cemburu. Aku tau Riz anggap aku macam adik dia je, bahasa kan diri dia pun aku kau je.. huhu..

Bulan lepas Riz eksiden jadi staff-staff semua melawat dia di rumah.. Ni first time aku jumpa isteri dia.. Cantik betul orangnya.

Cara dia layan isteri pun melting sangat. Bila isteri dia bercerita mata Riz tak lepas pandang. Tak malu pun tunjuk kasih sayang depan kami.

Pegang tangan isteri dia sentiasa depan kami. Dia panggil isteri dia ‘Adik’ sebab terikut panggilan keluarga mertua.

Bila Riz masuk kerja aku bahasakan diri aku adik jugak. Tapi dia tetap panggil aku Zara. Dia kata aku buang tebiat bahasakan diri ‘adik’. Huhu.

Riz MC je aku dah mula tak keruan.. Aku call juga borak-borak tapi selitkan lah juga berkaitan hal-hal kerja supaya tak ketara sangat.

Aku tanya juga dia tak rindu aku ke?Dia gelak-gelak aje. Aku rajin juga sekodeng FB isteri dia,tengok dia update dia masak apa, tengok gaya pemakaian dia..

Isteri Riz suka pakai shawl ,aku pulak peminat tudung bawal sekarang ni dah berhelai-helai shawl aku beli.

Kadang-kadang bila aku ikut shopping beli baju tu aku selitlah beli sehelai dua baju aku tapi aku mintak Riz pilihkan (aku bayar sendiri ler). Dah sekarang baju Riz pilih tu baju feveret aku.

Sekarang ni aku rajin juga masak-masak dan bawa makanan ke office. Aku bungkuskan sekali untuk Riz, berbunga-bunga hati bila Riz puji masakan aku.

Ada juga dia bagi aku duit sebab katanya dia tak nak makan hak anak aku.

Kalau aku kena kerja malam Riz akan pastikan aku selamat sampai ke rumah, wajib call dan update. Selagi aku tak call, selagi tu lah dia tak tidur. Benda-benda camni lah buat aku jatuh hati.

Aku gila bayang ke apa ni weii? Aku rasa aku macam dah jatuh cinta. Camne ye nak hilangkan rasa ni?

Aku tak nak lama kelamaan perasaan aku ni obvious sangat kat mata orang. Aku tak nak aku hilang ‘abang’ kalau dia tahu aku suka dia.

Jauh di sudut hati aku pun nak layanan yang sama macam dia layan isteri dia tapi aku tahu benda ni salah. Riz tak layan pun aku. Tulunggg…

– Zara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *