Toxic Class

Assalamualaikum. Saya masih lagi berada dalam Tingkatan Enam dan akan hadapi peperiksaan untuk Penggal 2 dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Saya ni jenis yang agak pelik sedikit, dan ramai orang anggap saya creepy sebab saya sentiasa berada di mana-mana tanpa pengetahuan orang. Bukan stalker la, pendek kata saya ni tak macam typical remaja yang lain Walaupun sekarang ni bulan Ramadhan, saya masih teguh akan gelaran saya terhadap kelas saya dalam sebuah pusat Tingkatan Enam di negara ni. Saya dah lama sabar, tapi saya hanya mampu tenang sahaja.

Mesti korang tertanya akan sebab saya gelar kelas saya ‘munafik’? Bukan sebab mereka tak ada agama, tapi perangai mereka terhadap saya sendiri. Nampak cheerful di hadapan guru-guru yang ada, kata mereka friendly la konon. PUIIH! Sebenarnya mereka ni sangatlah toksik tanpa pengetahuan sesiapa. Baiklah, sediakan popcorn anda kerana akan menghadapi satu pengalaman yang paling menggelikan korang pernah rasa.

Pertama sekali, mereka ni SANGAT memilih kawan. Saya masih ingat semasa aktiviti pembentangan secara berkumpulan. Masa tu, cikgu sedang meminta kelas saya mencari ahli kumpulan. Masa tu saya anggap… kan kita ni macam 1 komuniti jadi mereka tak kisah masukkan saya dalam kumpulan. Teka apa yang berlaku? Mereka anggap saya ni tunggul walaupun saya juga terkial-kial mencari kumpulan. Saya ada jumpa satu kumpulan yang masih ada kekosongan, tapi mereka tolak saya mentah-mentah. Macam saya ni masih baharu dan asing dalam kelas tu. Akhirnya, cikgu saya sendiri masukkan saya dalam kumpulan tu dan masa saya masuk… tiada sesiapa yang nak layan saya.

Hingga masuk ke dalam group media sosial pun, mereka tidak melayan saya. Tapi bila orang lain yang membuka cerita dalam group tu, eh eh boleh pula enak melayan. MACAM NOKHAROM. Jadi apa pointnya saya hendak bertanya akan sesuatu perkara bila at the end saya dianggap macam sampah? Malah mereka juga bersepakat tolak saya dalam kumpulan tu kerana mereka anggap saya “mengganggu”

Saya berbeza macam classmate yang lain. Orang lain semua nampak segak, kacak, pandai, dan tahu banyak perkara. Saya hanya jenis yang selekeh dan benda yang saya tahu hanya… melukis dan menulis karya-karya.

Tapi saya masih positif. Saya yakin masih ada yang nak berkawan dengan saya. Mujurlah ada satu kumpulan ni yang sanggup terima kelemahan saya. Walaupun hampir semua dari mereka adalah perempuan, saya tak kisah. Asalkan ada kawan meskipun saya seorang sahaja lelaki dalam kumpulan tu.
Benda tu berlalu selama tiga bulan.

Hinggalah Hari Guru menjelma. Waktu itu beberapa hari lagi sebelum peperiksaan STPM Penggal 2. Waktu itu semua kelas sedang makan hidangan masing-masing. Saya hendak mengambil piring tapi barisan penuh, menyebabkan saya terpaksa tunggu. Saya hanya tunggu dengan tenang, tapi sabar saya hilang bila 1 perempuan ni marah kat saya dan cakap macam ni.

“Jauhlah! Mengacau sahaja kamu di sini!”
Saya yang jenis sensitif rasa macam tersinggung, menyebabkan saya bergegas meninggalkan tempat itu. Orang lain yang dengar waktu tu hanya ignore sahaja. Mungkin mereka hendak play safe, tapi mana semangat sebagai 1 warga kelas? Masa itu, saya sudah tanam satu tanggapan pada kelas saya sendiri. Kelas saya… munafik. Siapa sangka kelas yang selalu menang pertandingan keceriaan kelas rupanya toksik.

Kesimpulannya, walaupun saya jumpa ramai rakan dari kelas lain yang lebih memahami saya…

Saya masih anggap kelas saya toksik dan munafik. Tapi apakan daya, saya masih ada Semester Tiga sebelum saya tinggalkan tempat yang busuk itu.

Doakan saya berjaya tempuhinya.

– insan yang tak sempurna

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *