Transporter Dan Kereta Sewa

Assalamualaikum kepada pembaca confession. saya harap admin dapat siarkan pendapat saya ini. sebelum itu saya seorg transporter dan juga penyewa kereta kepada warga iium. disebabkan saya terbaca dekat iium online ada sister mengadu mengenai transporter cekik darah dan berkongsi kereta dengan penumpang lain. jadi di sini bukan saya nak back up transporter lain atau seangkatannya.

pernahkah cik penumpang berfikir transporter ni mencari duit bukan untuk buat amal jariah. dah berkerja mesti la dibayar upah. cuba akak dan abang fikir.. harga minyak kereta masa dan tenaga. kalau setakat LRT gombak pun charge rm7-8 berapa sangat la kami-kami transporter ni dapat.. kami pergi dan balik. kena-kena pulak jem. letakkan diri anda sebagai transporter pulak.. sanggup setakat rm7 ke rm8 anda tengah sedap sedap baring terpaksa bangun nak tolong hantar akak atau abang ke LRT utk nilai rm7 ke rm8??? jika akak dan abang rasa mahal segala hormatnya naik bus atau pun teksi. pada pendapat saya, kalau share kereta dengan penumpang lain mungkin transporter boleh kurangkan seorg rm5 ke rm6. APA SALAHNYA JIKA TRANSPORTER ITU MENDAPAT LEBIH SEDIKIT ATAS USAHANYA? satu lagi, tambang ke subang kalau melalui duke tol sebanyak rm2.50 dan tol plus exit subang rm2.60 pergi dan balik rm10.20. minyak rm15 pergi balik so modal 25.20rm. charge sebanyak rm35 jadi upah hanya rm9.80… anda sebagai penumpang berasa wajarkan upah sebanyak itu bekerja untuk anda selama 2 jam di jalan raya kalau jem up sikit masa..

saya faham anda nak berjimat, saya juga student seperti anda pun nak berjimat.. jadi cadangan saya naik sahaja public transport. ada juga student yang terlampau nak berjimat nak naik kereta sehingga 4-5 orang. saya rasa teksi pun tak ambil penumpang ramai-ramai.
untuk kisah kereta sewa, saya nak bertanya kepada penyewa kereta… soalannya, anda menyewa kereta atau motosikal kerana mengisi minyak sebanyak rm5? kami ni membuat kereta sewa saja tidak menanggung minyak anda. saya harap kalian faham. terkadang selepas pulang kereta dan menghantar anda ke mahallah bar minyak pun turun bila ditanya, katanya minyak isi. jadi bagaimana kami perlu lakukan. saya charge rm10 untuk minyak kata cekik darah pulak. saya harap kalian faham saya dah penat dengan perangai yang nk jimat terlampau. ingat transporter dan buat kereta sewa ni adalah pekerjaan sampingan bukan amal jariah. saya bukan nak cakap apa, at least kita sesama pelajar saling bantu membantu. tolak ansur.

dan nasihat kepada sesama transporter jangan main harga. kita sama sama cari duit poket dan agak-agak la ke lrt gombak rm6. dapat penat sahaja.
sekian, mesti penjimat nak bash saya. bash la…
rezeki itu luas. Allah SWT yang memberi rezeki..
salam.

– cik pemandu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit