Trauma

Assalamualaikum, tujuan aku tulis artikel ni tak lain tak bukan sebab aku nak luahkan apa yang dah lama terbuku dalam hati aku. Aku nak ceritakan tentang lelaki-lelaki yang ada dalam hidup aku.

Kisah pertama: aku pernah terjumpa koleksi porn dalam handphone ayah aku. Aku ingat lagi dia agak gelabah bila aku ternampak benda tu dan aku pulak cuma pura-pura tak nampak dan proceed untuk ajar dia guna apps yang dia baru install dalam phone dia. Beberapa hari lepas tu, kalau tak silap, dua hari lepas tu, ayah aku bawak balik handphone mahal. Katanya hadiah untuk aku. Tapi aku tahu mungkin itu cara dia supaya aku tak buka cerita tentang apa yang aku jumpa pada siapa-siapa, terutama sekali mak aku. Aku tak pernah rasa bangga kalau ayah aku belikan macam-macam, sebab aku selalu rasa apa yang dia buat cuma untuk tutup mulut aku supaya simpan apa yang aku nampak sebagai rahsia. Sejak dari hari tu, aku agak berhati-hati dengan ayah aku.

Kisah ke-2: yang ni tentang abang pertama aku. Waktu dia belajar luar negara dulu dia pernah rapat dengan seorang perempuan ni, sampai pergi travel merata-rata berdua, memang berkepit habis bagai belangkas. Sampai lah satu masa dia balik Malaysia dia bagitahu dia nak kahwin. Tapi, dengan orang lain. Lepas tu kecoh bila perempuan yang dia selalu berkepit dulu sanggup jejak abang aku dari KL sampai ke kampung halaman kami, sebab abang aku tu “ghosted on her”, hilangkan diri lepas berjanji nak kahwin dengan dia. Kisah mula terbongkar yang mereka pergi travel sampai kadang-kadang book bilik berdua. Kami sekeluarga terpaksa larikan diri daripada akak tu bila dia datang rumah kami, akak tu pulak sanggup ambil teksi jauh dari KL sampai ke sini semata-mata nak jumpa abang aku.

Lepas kisah tu terbongkar, abang aku menangis-nangis minta maaf tapi dia tetap berkeras taknak kahwin dengan akak tu, tetap nak kahwin dengan kawan perempuan dia yang lain. Kami yang pada mula ingatkan perempuan tu yang jahat, tapi rupa-rupanya abang aku yang silap percaturan. Bayangkan aku waktu tu, kecewa gila bercampur marah dekat abang aku. Aku tak boleh bayangkan apa yang akak tu lalui hanya sebab apa yang abang aku buat pada dia. Mesti dia trauma dan susah nak percayakan lelaki lepas tu. Abang aku dah selamat kahwin dengan orang lain, tapi aku tak pernah lupa tentang akak tu dan mesti akan terfikir macam mana dah dia sekarang.

Kisah ke-3: abang aku yang kedua pernah couple dengan perempuan ni. Aku tak tahu macam mana nasib aku memang sampai boleh terjumpa benda-benda macam ni. Waktu aku pinjam laptop dia, aku terjumpa satu folder porn. Satu lagi folder gambar-gambar girlfriend dia yang agak tak senonoh. Aku terkejut sangat sebab waktu tu aku masih lagi di sekolah menengah. Aku taknak tahu apa yang mereka buat, yang pasti aku agak trauma lepas jumpa semua tu. Walaupun aku tahu manusia boleh buat silap dan mana tahu mungkin abang aku dah bertaubat, aku juga tahu lepas tu aku dah pandang abang aku lain, dan yang pasti cuma buat aku lagi berhati-hati dengan lelaki.

Kisah ke- 4: sepupu aku yang tua lebih 10 tahun dari aku pernah “sexually harassed” aku. Aku masih di sekolah rendah masa tu, dan dia pula dah masuk universiti masa tu. Dia selamba je bawak aku duduk atas badan dia dan raba badan aku, ramas aku punya puting dan raba lagi badan aku sampailah dia masukkan jari dalam kemaluan aku sampai basah. Aku taktahu apa-apa waktu tu cuma sengih je. Dan dia pulak buat semua tu dalam ruang tamu rumah aku, depan sepupu aku yang sebaya dengan aku waktu tu.

Aku ingat lagi bila aku menginjak umur 19 tahun, aku menangis-nangis breakdown sebab dapat flashback depan bapa saudara aku yang bekerja sebagai doctor ni. Aku jadi cerita dekat dia pun sebab atas dasar dia doctor dan aku berharap dia dapat tolong aku. Menangis-nangis aku cerita yang dulu mak aku tak percayakan aku bila aku bagitahu apa yang sepupu aku buat. Mak aku diam je cakap sepupu aku tu cuma gurau. Tapi aku terkilan sebab bapa saudara aku sebelahkan mak aku. Dia cakap tujuan mak aku senyap mungkin untuk protect aku. Bapa saudara aku cakap, walaupun aku cuba bawa kes ni ke mahkamah, peluang untuk menang sangat tipis. Dan apa yang aku buat cuma akan bawak lagi banyak kerosakan dari kebaikan. Aku bukan sahaja akan calarkan nama baik keluarga, tapi akan retakkan hubungan keluarga antara mak aku dan kakak dia. Aku terdiam, dan selebihnya aku sambung menangis dalam bilik sebab aku tahu takde apa yang aku boleh buat. Aku cuma boleh pendam dan simpan sendiri apa yang dah berlaku.

Dan ya, disebabkan apa yang dah berlaku sepanjang aku membesar, aku jadi trauma dengan lelaki. Aku takut untuk berkahwin. Kadang-kadang bila aku perhatikan abang-abang aku yang dah selamat dan bahagia kahwin, despite apa yang dorang dah buat, kalau dorang pun layak untuk bahagia dan kahwin mestilah aku pun sama layak juga untuk bahagia dan kahwin dengan someone. Kan? Tapi aku terfikir, mereka lelaki. Abang-abang aku lelaki, dorang boleh get away dengan apa yang dorang dah buat dan perempuan pun biasanya hati lembut boleh terima apa. Tapi aku perempuan. Dan aku yakin ramai lelaki luar sana, even if dorang cakap dorang terima seadanya, kalau dah tahu awal-awal lagilah nak pilih yang baik bukan? Kalau abang aku yang pernah buat macam tu dekat perempuan boleh pula nak kahwin dengan perempuan lain yang tak pernah disentuh lagi, lelaki mana je yang sanggup letak tepi dan terima perempuan yang complicated macam aku ni.

Aku tahu ramai yang akan cakap, apa yang dah lepas tu, tinggalkan je di masa silam. Tak perlu buka cerita lama. Bila dah kahwin dan sebagai isteri, kita tak perlu pun cerita masa silam kita dekat suami kita. Tapi orang selalu lupa, bila orang yang ada trauma ni, mental mereka lain. Bila kau dah lalui sesuatu yang menyebabkan kau trauma, sistem badan pun boleh berubah. Orang yang ada trauma ni, cara mereka handle trauma mereka lain. Benda ni bukan macam kau kena demam one time, then lepas tu kau sembuh hidup kau berjalan macam biasa. Trauma ni macam kau ni terkena cancer, dan lepas surgery buang cell-cell cancer tu, pun ada lagi potensi untuk cell-cell cancer tu merebak lagi di masa depan. Banyak pertimbangan yang kau kena buat, untuk jaga diri kau dari jatuh sakit balik. Trauma bagi aku macam tu, dengan flashback nya, dengan nightmare nya malam-malam, dan dengan rasa paranoidnya. Itu tak termasuk dengan istilah “hypersexuality” lagi yang trauma survivor terpaksa deal with (tapi ini isu lain yang mungkin aku akan ulas dalam post lain, kalau perlu).

Bukan aku tak pernah cuba be in relationship. Relationship aku yang dulu, lelaki tu tinggalkan aku lepas tahu aku ada depression dan trauma (ya, dan aku kena makan antidepressant dan jumpa psychiatrist untuk psychotherapy). Lelaki tu cakap, aku ni lemah sangat untuk dia jaga. Hancur hati aku, macam nak gila bila dia boleh tinggalkan aku macam tu je lepas aku dah open up dengan dia. Dan nanti aku kena lalui benda sama kalau aku jumpa lelaki lain. Persoalan-persoalan seperti: macam mana nak tahu kalau lelaki tu boleh terima kita? Macam mana aku nak open up bagi tahu sebab trauma ni, cara aku ni pelik dari orang lain? Macam aku nak open up aku nightmare hampir setiap malam sampai tak boleh tidur, sampai tidur atas lantai lagi selesa? Macam mana aku nak bagitahu, aku perlukan pertolongan dia kalau dia jadi suami aku untuk bantu aku bila aku dapat flashback yang bukan-bukan? See, bila kau trauma, benda ni bukan semudah “tak perlu buka cerita lama” dan “kalau nak tau dia untuk kau, dia terima kau seadanya.” Sebab manusia ni complicated, dan bila kau open up dekat orang yang salah, lagi teruk trigger trauma, lagi teruk tambah kau punya paranoid.

Aku bukanlah feminist (aku tak suka label diri aku feminist), tapi aku faham yang kata-kata “men are trash” tu bukan nak pukul rata semua lelaki ni tak guna. Aku tahu kalau perempuan guna “men are trash” ramai akan bash balik cakap, “habis ayah kau pun sampah jugak lah? Abang-abang kau pun sampah jugak la?” Ramai akan buat lawak cakap “ni mesti sebab kecewa kena tinggal dengan lelaki ni” atau “dia yang bercinta dengan lelaki yang tak guna, nak pukul rata semua lelaki tak guna” dengan ayat “ni mesti dah tunjuk tek kat lelaki lepas tu kena tinggal meroyan cakap men are trash”. Dan lain-lain lagi ayat seperumpaan di atas. Habis, macam mana dengan anak perempuan yang terpaksa membesar tengok ayah dia, abang-abang dia, buat benda yang tak sepatutnya? Anak perempuan yang terpaksa tengok ayah dia ada scandal belakang mak dia dengan ramai perempuan, ayah dia yang tak pernah hulur duit dekat mak, sedar-sedar mampu pulak kahwin dua.

Aku mohon sangat-sangat buat lelaki luar sana, bila kau dengar “men are trash”, cuba pertimbangkan atas konteks apa? Situasi apa yang menyebabkan sampai wujudnya ayat tu? Cuba fikirkan apa yang perempuan ni dah lalui, dah perhatikan kenapa sampai dia keluarkan ayat macam tu? Buat lelaki luar sana, aku mohon sangat, fikir balik apa yang kau dah buat untuk make sure perempuan rasa selamat. Kau rasa adik-adik perempuan kau rasa selamat tak dengan kau? Boleh percayakan tak yang kau ni boleh protect dia? Kalau kau ada anak perempuan nanti, kau nak ke anak perempuan kau pandang kau lain, dan rasa tak selamat dengan kau? Dan aku merayu, tolong juga tengok-tengokkan lelaki lain yang terdekat dengan kau. Kalau kau ada abang, perhati macam mana abang kau layan perempuan, dia pandang perempuan ni macam mana. Kalau kau ada kawan-kawan lelaki, tolong, tolong sangat-sangat tolong tegur mana-mana yang kau nampak tak kena. Kami yang perempuan memang dari kecik dibesarkan kena jaga dan cakna dengan perempuan lain jugak, secara tak langsung akan risaukan keselamatan saudara perempuan kami dan kawan-kawan perempuan kami. Tapi aku jarang tengok lelaki, yang cakna dengan lelaki lain, tegur kawan-kawan lelaki mereka yang ada potensi untuk rosakkan anak dara orang lain.

Dan berbalik pada aku, aku masih lagi perlu jumpa psychiatrist dan makan ubat on time. Malam-malam tidur aku masih lagi dapat nightmare (kadang-kadang). Dan aku tak tahu sama ada aku confident tak untuk kahwin lepas apa yang aku lalui, sama ada aku boleh open up tak untuk terima lelaki lain dalam hidup aku lepas apa yang aku lalui. Sebab apa yang aku alami dan perhati dah cukup untuk buat aku persoalkan lelaki berkali-kali bila mereka mendekati aku. Dan dalam menaip confession ni, banyak kali aku delete dan backspace, sebab aku takut apa yang aku confess ni akan memakan diri balik. Aku tak mengharapkan simpati atau apa-apa, cuma perlukan ruang untuk clearkan otak aku yang berserabut. Paling tidak, sedikit sebanyak aku berharap confession aku ni ada pengajaran yang kalian boleh ambil.

– Miss Sailormoon

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit