Trauma: Anak Tak Berguna

Assalamualaikum. Nama saya Sya (bukan nama sebenar). Saya berumur 25 tahun. Sedang bekerja dan masih bujang. Saya ada dua beradik. Saya sulung. Adik lelaki.

Saya sebenarnya dah lama nak bercerita tapi tak tahu dengan siapa. Now saya jumpa medium ini.

Saya anak sulung. Saya rasa semua orang tahu tanggungjawab anak sulung ni macam mana walaupun dia seorang perempuan. Itu saya tak kisah. Gaji saya alhamdullillah boleh bantu keluarga dan simpanan sendiri.

Tapii… saya ada bisikan kecil yang terdetik dalam hati saya dari dulu lagi. Adakah saya ni tak berguna (bagi seorang ayah).

Saya tak tahu nak cakap saya ni ada masalah dengan ayah atau tidak. Atau saya yang beremosi dan terasa lebih. Dari dulu memang dia kongkong saya. Dan saya akui hasil dia kongkong saya, sekarang saya berada di tempat saya sekarang (bekerjaya).

Tapi ayah saya ni makin saya duduk rumah lama dengan beliau, saya boleh nampak layanan beliau terhadap saya dengan adik macam mana.

Adik bagai menatang minyak yang penuh (dari dulu lagi). Apa yang saya buat serba tak kena. Cakap langsung takde lemah lembut.

Dalam hati saya, nak didik anak bukan macam ni caranya. Lama2 dengan perangai ayah macam tu, takkan saya tak terasa hati.

Saya kurang bercakap dengan beliau. Saya tak senang dengan perangai ayah yang serba serbi tak kena tapi dia tak buat. Semua atas saya. Semua saya dengan mak yang settlekan. Ayah hanya tahu komplain.

Kalau keluar bercuti atau berjalan melibatkan ayah, saya jadi down. Sebab ayah jenis tak boleh susah. Dia tak boleh macam2.

Orang kalau bercuti nak bertenang dan mengisi masa dengan family kan, tapi kalau ada ayah, jadi lain. Nak singgah sini, marah. Nak singgah sana marah. Mood percutian tau. Bukan mood hal penting nak kena rushing. Jalan jem sikit marah.

Air saya order dekat drive thru mcd sampai lambat, dia tengking balik je lah! (tak payah tunggu2 air tu dah). Saya bingung. Saya rasa macam kehidupan saya sangat toxic. Takde kegembiraan kebahagian.

Mak saya sakit. Walaupun macam tu, ayah saya jarang sekali tolong mak. Nasi nak kena hidang depan mata tiap masa dia nak makan. Kerja rumah lagi lah. Saya kerja jauh. Adik belajar. Saya tahu kerja rumah sangat banyak tapi ayah takde tolong pun.

Hal kat rumah memang saya dan mak sahja yang settle semua. Sejak saya bekerja, nafkah ayah terhadap mak dah ke mana2 dah. Saya pernah tegur mak, mintak aje.

Mak jenis tak pernah melawan ayah. Mak tak bermewah. Apa yang saya bagi itu lah belanja dia (but bukan belanja dia, belanja rumah. Sedangkan belanja rumah sepatutnya ayah).

Duit gaji ayah saya tak tahu dia buat apa (husnuzon mungkin simpan untuk masa depan). Tapi nafkah tetap nafkah.

Saya tak berkira dengan apa yang saya bagi, tapi tak adil untuk mak, duit yang saya bagi untuk belanja mak, bukan untuk belanja rumah. Masing2 bahagian ada. Mak, ayah, adik, masing2 saya bagi. Saya pernah pasang volume tv kuat2 ceramah tentang nafkah, tapi macam tak hadam je.

Saya dari dulu memang dibesarkan secara kasar (bagi saya la). Saya waktu kecil rotan ngn bulu ayam, kena cucuh dengan ubat nyamuk berapa kali dah, kena kejar ngn rotan, dan yang paling saya ingat kena sepak oleh ayah saya.

Tu salah saya sebab kecik2 suka merayap. Tapi bila saya fikir balik, tak patut ajar anak macam tu. Macam2 saya kena waktu kecil sampai dah besar. Bila besar main dengan masalah emosi plak.

Adik saya tak pernah kena apa yang saya kena. Nak cakap hidup dia memang heaven. Saya tak kisah. Yang saya kisah kenapa ayah saya sangat berbeza dengan saya. Serba tak kena.

Kalau cakap secara menasihati sebagai seorang ayah, takpe. Tapi cara cakap macam terlalu kasar menengking saya rasa pelik. Saya buat semua tak kena. Padahal apa yang saya buat, semuanya memudahkan urusan dia.

Sampai satu tahap, tiap kali saya tidur, terdengar je suara ayah, saya autom4tik terjaga. Trauma sangat bila dengar suara ayah. Setiap kali. Saya sampai satu tahap saya rasa saya nak jumpa kaunseling.

Sampai satu tahap saya rasa macam mana kalau saya nak kawin? Boleh ke? Ayah boleh terima ke pilihan saya? Ayah boleh terima ke kenduri saya macam tu macam ni. Ayah boleh terima ke saya ni nak kahwin.

Selama ni saya lah tunjang keluarga bagi keluarga macam2. Saya rasa tiba masa saya nak kawin, akan jadi tragedi.

I dont know what tapi firasat saya rasa macam tu. Sampai saya nak cari pasangan saya fikir nak cari yang dekat dengan rumah supaya senang saya tak perlu balik kampung jauh2, dekat dengan mak ayah. Jaga diorang.

Saya sedih dengan diri saya. Saya teringin nak ada ayah yang penyayang, memahami saya dan rapat dengan saya. Tapi saya jauh sekali. Semua keputusan saya buat sorang.

Saya memang berdikari dari dulu lagi tak pernah susahkan keluarga. Waktu belajar ikat perut takde duit, buat part time. Sebab tak nak susahkan ayah. Tapi saya tak tahu kenapa dia layan saya macam ni.

Saya pun nak melalui fasa kehidupan macam orang lain. Lagi2, saya rasa saya dah menuju ke alam perkahwinan, tapi saya rasa takut. Saya trauma. Trauma dengan suara beliau. Sebab apa yang beliau cakap, mesti semua perkara yang tak kena tentang saya. Takde yang elok.

Apa pendapat pembaca? Adakah saya yang terlalu emosi atau saya perlu kaunseling atau apa patut saya buat? Saya trauma dari kecik sampai sekarang diperlakukan macam tu. Macam mana kehidupan saya selepas ini?

Terima kasih sudi baca.

– Sya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *