Trauma Dengan Doktor Psikiatri

Semoga semua pembaca dalam keadaan sihat sejahtera. Aku sendiri tak tau apa tujuan sebenar aku buat post ni. Bukan sebab aku nak perlekehkan doctor psikiatri kat Malaysia ni.

Entah, aku rasa selagi aku tak luahkan, sesak dada aku tak habis. Ni pun aku tengah menangis. Harap luahan aku ni mampu kurangkan sesaknya jiwa aku.

Beberapa tahun lepas, setelah jugak bertahun2 aku pendam sendiri rasa sakit ni, aku confess masalah aku kat satu klinik ni & dia mintak aku buat ujian DASS lepas tu dia bagi aku surat refer ke hospital bahagian psikiatri.

Ringkaskan cerita, bermulalah perjalanan aku sebagai pesakit mental.

Diagnose aku, MDD, Panic disorder, Borderline personality disorder (yang borderline ni tak sempat doctor tulis officially dia cakap kat mulut saja, aku dah tak datang appointment).

Kat sini aku nak cerita apa sebab aku tak datang dah. First time aku datang, doktor yang ambik background history aku sangatlah memeningkan kepala aku.

Aku namakan doktor A. Dahlah tu pengalaman pertama aku buat rawatan, dia soal siasat macam aku ni tahanan polis. 2 jam lebih dia tanya macam2 soalan sambil masukkan semua info dalam PC.

Nak muntah aku rasa, jadi lagi lama bila sikit2 dia nak kena tanya ketua dia dulu. Sambil dia tanya, sambil dia call ketua dia, end up dia bagi aku ubat.

Bila aku jumpa doktor seterusnya – doktor B (next appointment tu aku dapat doktor lain pulak), aku masuk2 saja bilik doktor tu, doktor B cakap oh ni ada masalah dengan keluarga ye (aku suspek dia baca history yang doktor A tulis dalam fail aku).

Punyalah panjang dia ambik history aku berjam2, dalam fail aku dia simpulkan aku ada masalah dengan keluarga.

What?… masa ni aku dah mula nak menangis. Aku nak betulkan kefahaman doktor B tu pun dah susah sebab dia just nak tau macam mana ubat yang doktor A prescribe kat aku.

Kalau ok dia nak naikkan lagi dos. Sebab dia kata yang aku makan sekarang bukan dos rawatan sebenar, try dos rendah dulu, kalau takde effect baru bagi dos rawatan sebenar.

Selepas tu appointment lebih berkisar kepada ubat okay ke tak, tambah dos, kurang dos, kalau side effect teruk, tukar ubat….

Doktor bertukar2, kadang2 aku dapat doktor A balik, kadang doktor B, kadang doktor C. Doktor C ni paling ok sebab dia suka tanya dulu life aku before tanya pasal ubat.

Aku sempat 3 kali kot dengan dia, malangnya lepas tu, dia cuti lama sebab nak bersalin. Dan aku dah tak jumpa dia langsung sampailah hari terakhir aku jejak hospital tu. Masa ni doktor A pun dah takde, dah tukar hospital agaknya.

Doktor B ni paling haru, masa dia nak diagnose aku dengan panic disorder tu, bila aku bagitahu simptom2 yang berlaku kat aku sepanjang minggu tu, depan2 aku dia bukak manual dia.

Dia suruh aku cerita apa jadi kat aku seminggu tu, so lepas aku habis cakap, dia terus cakap, okay awak ni bukan saja ada MDD tapi ada lagi masalah lain.

Dia terus bukak buku manual dia, dan cakap, its panic disorder. Masa tu aku dah yakin tak yakin saja dengan doktor ni.

Disebabkan ada diagnose baru, aku dapat ubat baru. Aku layan jelah walau aku rasa macam dah betul2 gila. Aku ketepikan semua dengan harapan aku boleh sembuh.

Lepas tu aku dapat doktor D pulak. Doktor D ni belum apa2 dah smash aku, awak ni patutnya dah boleh baik dah, ni kejap makan ubat kejap tak, banyak buang masa sambal geleng2 kepala. So sekarang ni awak cakap, awak nak ubat apa.

Keluar saja bilik doktor tu aku tak dapat bendung dah air mata aku, aku pergi satu kerusi tersorok tutup muka & nangis puas2 sambil tunggu nurse bagi kad aku balik.

Masa tu aku dah rasa nak terjun saja dari bangunan hospital tu, mujur kawan aku yang drop kan aku kat hospital call aku. Tanya aku dah siap ke belum.

Dia tak teman aku sebab tak dapat parking masa tu. Selalu aku naik grab saja tapi ada hari dia free dia tolong hantar. Dia tak faham sangat pasal sakit ni tapi dia okay saja kalau kebetulan dia free dia boleh tolong hantar aku.

Memang salah aku tak konsisten makan ubat, tapi kalau korang tau azabnya nak bertahan dengan side effect ubat2 tu, dengan ko sorang2 hadap semua ni. Aku dah cuba yang aku mampu. Memang menangis bila kenang balik.

Seterusnya aku kena jumpa therapist/ kaunselor/ doktor psikologi. Aku letak doktor E.

1st time okay dia nak berkenalan, tanya pasal life aku, tapi aku menyampah bila dia pun ulang pasal aku ni sakit ni sebab masalah keluarga. Aku sampai rasa berdendam dengan doktor A tu kenapa dia tulis history aku tak betul.

Kali ni aku cakap balik since kaunselor ni macam nak tau in details so aku cerita la ni bukan punca utama,

Aku pun tak tau kenapa doktor tu tulis macam tu, ada banyak sebab lain dan yang paling utama trigger aku apa, aku pun cerita panjang lebar kat dia. Legalah sikit sebab aku rasa aku dah betulkan persepsi salah tu.

Next appointment dengan dia aku tertunggu2 sangat sebab aku rasa dia jelah yang betul2 faham masalah aku, aku dah cerita dari A-Z.

Appointment seterusnya berjarak jauh jugak sebab banyak patient lain ke apa aku pun tak tau. Dalam setengah jam lebih aku tunggu dia dari waktu appointment sebenar, tapi aku sabar saja sebab macam aku cakap tadi, aku tertunggu2 nak jumpa.

Bila masuk bilik tu kecewa sangat aku bila doktor E ni macam tak prepare. Dia tanya aku, haritu masalah pasal apa ye… lama dah kan kita tak jumpa ramai sangat patient saya pun lupa yang mana satu…….

Walaupun dia jujur… sesungguhnya kejujuran dia menghancurkan hati aku sehancur-hancurnya.

Aku lajukan cerita, aku dapat appointment dengan pakar pulak. Masa ni pun aku mengharap semoga ada sinar baru sebab at this point aku dah 90% putus asa dengan rawatan hospital.

Awal2 aku dah down sebab aku dapat appointment belah petang, doktor pakar ni aku nampak dia sampai terkocoh2.

Masa session dengan aku, dia mengantuk & memang dah nak terlelap! Dia kata nak keluar kejap sambil dia suruh aku fikir jawapan2 soalan dia.

Aku syak dia pergi tandas nak segarkan badan. Masuk balik bilik dia tanya okay dah ada jawapan belum. Entahlah. Aku betul2 rasa dahlah aku tak nak susahkan dia dah.

Sampai tersengguk2 dia nak dengar masalah aku. Takpelah. Masa ni aku memang dah cakap kat diri aku, enough… inilah yang terakhir. Dan sejak tu aku dah tak jejak hospital tu. Aku betul2 trauma!

Mungkin aku expect tinggi sangat kat doktor2 ni… aku takde niat eh nak rendah2kan dorang sebab aku tau dorang kerja penat.

Cuma aku nak cakap jugak, kalau ada yang tak nak pergi rawatan kat hospital tu, janganlah terus condemn.. sebab mungkin dorang ada trauma macam aku jugak.

So apa jadi kat aku sekarang, aku pun tak tau, aku masih belum baik, aku doa Allah tunjukkan aku jalan dan temukan aku dengan perawat yang betul.

Kenapa aku tak pergi hospital lain, aku bukan kat Lembah Klang, kat tempat aku ni ada satu saja hospital kerajaan yang ada bahagian psikiatri itupun dengan rumah aku 45minit ke sejam nak sampai. Nak ke sawsta aku takde banyak duit.

Sekian luahan aku. Walaupun nampak macam takde manfaat, mungkin sedikit sebanyak dapat bagi gambaran kenapa sesetengah orang tak nak jumpa doktor. Mungkin dorang ada trauma macam aku,

– Jijoe (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *