Tully: Realiti Ibu dan Isteri Dalam Fiksyen

Assalamualaikum semua. Nak share tentang movie yang aku tengok kat Fox Movie semalam dengan husband aku. Tajuk cerita tu Tully. Teraju utama Charlize Theron. Aku cuba ringkaskan cerita tu. Sorry la bukan review Endgame. Hahahahaha. Endgame compleks sangat nak cerita via confession.

Cerita ni tentang satu keluarga ni. Mak dia nama Marlo. Ayah nama Drew. 2 anak perempuan dan sorang anak lelaki. Permulaan cerita ni Marlo mengandungkan Mia anak bongsu dia. Anak ni tak dirancang sebab anak lelaki dia Jonah ada masalah pembelajaran. Doktor tak dapat tentukan masalah apa.

Sebelum Marlo beranak, adik dia Craig nak bagi hadiah beranak kat dia. Hadiah tu Craig akan bayar pengasuh malam untuk Marlo. Craig tak nak Marlo kena major deppresion macam lepas dia beranakkan Jonah. Marlo tolak sebab dia ni surirumah tipikal yang sangat tak suka ada ‘orang luar’ dalam rumah dia.

Lepas beranakan Mia hidup Marlo sama la macam mana mak2 lain yang ada anak kecik. Mana nak bangun susukan anak. Tukar lampin. Tambah pulak nak uruskan anak dia yang 2 ketul tu. Dia nampak tak terurus. Masak pun ala kadar.

Drew pulak sejenis laki yang macam takde fungsi. Balik kerja, makan, teman anak buat homework, naik atas main game. Satu hari Marlo tak tahan dah. Dia cuba panggil pengasuh yang Craig offer. Nama pengasuh tu Tully.

Tully datang pukul 10.30mlm sampai 6.30pagi esok nya. Dia akan uruskan Mia waktu malam kecuali bab menyusu. Dia akan hantar Mia ke Marlo. Takde siapa pun dalam family ni kecuali Marlo yang pernah jumpa Tully sebab timing dia datang tu Drew dah naik atas main game pastu anak2 dia dah tidur.

Sejak Tully datang Marlo dah sangat lega. Malam2 Tully akan buat kerja rumah. Dia akan kemas rumah. Buat cupcakes. Jaga Mia. Borak dengan Marlo. Marlo pun dah makin happy. Boleh masak sedap2. Selalu senyum. Dah mula bersenam dan melawa. Sampai satu hari ni Tully ajak Marlo keluar berjimba malam. Dia kata Mia sekarang tak bangun malam.

Sebab dah lama tak berjimba Marlo pun ikut. Dah mabuk semua masa nak balik Marlo kemalangan. Drew terkejut beruk dekat hospital. Dan doktor bagitau Marlo ada masalah mental dan kurang tidur yang melampau. Rupanya Tully tu hanyalah bayangan Marlo sebab dia terlampau stress. Malam2 yg buat semua benda tu adalah Marlo bukan Tully.

Baru la Drew sedar yang isteri dia tu keletihan melampau dan tertekan. Drew mula nak tolong bini dia sebab dia sayang bini dia. Dan nak bini dia sihat dan bahagia. Dalam kes Marlo ni, dia sangat beruntung sebab Drew boleh berubah. Ramai lelaki egoistik yang langsung tak peduli pun rintihan isteri dia.

Cerita ni memang buka mata aku luas2. Aku adalah seorang mak yang bekerja di pejabat. Ada waktu bekerja tertentu. Aku akan cuba sediakan makanan yang berkhasiat tiap hari untuk keluarga kecil aku. Paling koman pun satu lauk utama. Satu sayur dan nasi. Atau pasta dan salad.

Dalam seminggu sekali dua je makan luar. Aku selalu skeptikal dekat orang yang asyik makan luar. Aku geleng kepala bila nampak orang suap anak dia yang baru menganjak 7 bulan bubur mcD. Aku sombong yang aku mampu sediakan bubur air tangan aku sendiri. Anak aku ke taska dengan bekal setiap hari.

Rumah aku topnotch dan aku pasti bersih serba serbi. Pinggan dalam sinki takde. Botol susu anak berkilat aku basuh hari-hari. Toilet pun celah2 tiles tu aku gosok dengan berus gigi lama. Aku judgemental dekat mereka yang rumah bersepah berkerak. Puting susu anak berkerak dan sebagainya. Dan tak faham situasi mereka yang tak dapat berikan yang terbaik pada pandangan mata aku.

Bila aku tengok Tully aku sedar. Mereka ni adalah Marlo dan suami mereka Drew. Langsung tak ambil kisah. Sejak kahwin aku jarang pegang penyapu mop. Baju pun dah lama aku tak basuh dan sidai.

Malam2 aku tak perlu kisahkan dapur sebab selepas aku masuk bilik suami aku akan kedapur dan kemas dapur, kemas mainan anak semua. Dia memang jenis lelaki yang pembersih. Setiap malam aku akan tidur dulu dengan anak sebelum dia. Tak macam Marlo yang berperang dibawah uruskan rumah dan Drew berperang dengan zombie di atas.

Kisah Drew dengan Marlo ni aku percaya bukan kisah terpencil. Drew Malaysia mungkin main PUBG bukannya game zombie.

Aku harap semua ibu2 diluar sana yang mempersuamikan lelaki macam Drew dapat berkomunikasi dan minta bantuan suami. Kalau suami pemalas juga tolongla minta duit ekstra untuk panggil pembantu rumah part time. Jangan la sampai tahap jadi macam Marlo. Memakan diri sendiri.

Dan bila ada bantuan kita boleh beri ekstra kepada keluarga. Kalau makan bukan sekadar makan. Tapi makanan yang sihat dan berkhasiat. Ibu pun akan lebih tenang untuk uruskan anak yang tengah tantrum. Dan juga kebersihan rumah boleh dititik beratkan.

Bila anak tu selalu selsema batuk. Tolong la tengok rumah kita tu. Bawah sofa dan katil berhabuk tak. Tilam dan bantal jemur ke tidak. Filter aircond atau kipas bersih ke. Pasang 10 air purifier pun kalau kita sendiri pengotor tak jalan juga. Benda2 ni semua memang tak akan dapat buat sendiri tanpa korbankan waktu rehat.

Dan yang mana terpaksa jugak urus sendiri atas sebab suami buta hati, tugasan suami atau single mother dan sebagainya saya doakan Allah berikan kekuatan untuk anda semua. Dan semoga Allah turunkan bantuan yang selayaknya anda terima.

Saya harap lelaki yang macam Drew dan tak reti nak berubah ni akan pupus dimuka bumi. Barulah aman dunia ni.

Selamat Hari Ibu kepada semua ummi, mama, ibu, mummy dan mak.

– Darcy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *