Tuntutan Kewangan Harta Arwah

Assalamualaikum semua. Baru2 ni, berlaku kematian dalam ahli keluarga. Saya nak share, proses2 menuntut harta arwah. Saya share mana yang saya tau sahaja, betulkan kalau saya silap..

Jika berlaku kematian dalam ahli keluarga. Kite perlukan duit ya untuk urusan jenazah. Mandikan, van jenazah, kubur. Sekurang2nya kene bersedia RM1,500.00 dalam tangan. Harga untuk urusan jenazah, berbeza2 ikut tempat. Belum lagi, majlis untuk tahlil..

Sebelum daftar sijil kematian di JPN, saya syorkan, waris buat pengeluaran wang di bank dulu. keluarkan semua wang arwah di bank. Ni untuk mengelakkan pihak bank bekukan akaun bank setelah pendaftaran kematian di buat. Kalau akaun dah kene beku, mungkin proses tuntutan akan makan masa yang lama.

Penting bagi pasangan masing2, atau anak2 untuk tau no pin bank akaun mak ayah yang dah tua. ID dan password untuk akaun bank online jugak. Mana2 yang tak tau, boleh ambil tau dari sekarang.

Sebelum daftar kematian kat JPN, jangan lupa potostet IC arwah dulu. Untuk kenangan… Nanti JPN ambil IC arwah dan akan lupuskan..

1. KWSP

Bantuan kematian – RM2,500.00. Dengan syarat, arwah meninggal sebelum umur 60tahun. Lepas umur 60 tahun, tak dapat. Walaupun arwah masih bekerja.

Sila buat penama untuk EPF ya. Ini untuk memudahkan urusan tuntutan wang jika ahli meninggal. Proses nak buat penama ni mudah je, sila ke KWSP berdekatan dan mereka akan bantu. Isi form secara online dan submit kat kaunter.

Jika dah ade penama, waris boleh tuntut wang tersebut dengan mudah. Dalam masa sebulan wang akan dikreditkan dalam bank waris. tapi akan dibayar ikot had amaun, takkan bayar lumpsum. Bawa dokumen2 yang diperlukan, Sijil Kematian, IC, Sijil Nikah, Surat Beranak, Pengesahan No Akaun Bank.

2. Perkeso

Bantuan kematian – RM1,500.00 (kepada yang layak). Jika ahli meninggal sebelum umur 60 tahun, waris berhak dapat pencen penakat. Yang ni kene tanya pihak perkeso untuk maklumat lanjut.

3. Tabung Haji

Tabung Haji takde khairat kematian ya. Tapi boleh buat penama awal2. Bila nak tuntut pun mudah jika dah ade penama. Nanti wang akan dimasukkan ke dalam akaun tabung haji penama dalam masa 2 bulan.

4. ASB

Khairat Kematian – Bergantung kepada jumlah simpanan. Tapi kalau tuntut di kaunter, dia akan bagi RM200 cash dulu. Selebihnya, pihak ASB akan tentukan, tengok jumlah simpanan.

Simpanan ASB boleh buat hibah. Saya syorkan semua yang ada simpanan ASB buat hibah.. Mudah urusan tuntutan duit ASB. Jika arwah ade buat hibah, bila penama buat tuntutan, akan dapat duit tersebut selepas 21 hari. Mudah sangat, tak perlu melalui proses amanah raya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan hibah, boleh ke ASB terdekat. Yuran pendaftaran RM180. Dan akan dikenakan yuran tahunan sebanyak RM10 sehingga ahli meninggal.

Semasa tuntutan, pihak asb akan kene kan yuran tuntutan mengikut jumlah simpanan. Tapi percentage nya rendah, bawah 1.5%. Kalau takde hibah, mungkin kene lalu amanah raya dan buat surat kuasa.

Apa yang saya baca, penama adalah pemegang amanah dan duit tu kene bahagikan secara faraid. Adakah ini bermaksud adik beradik arwah berhak atas harta arwah? (mak dan ayah sudah meninggal) Bagaimana pula dengan isteri/anak2 yang ditinggalkan?

Tapi kalau hibah, adalah hak mutlak penama tersebut. Betulkan saya kalau silap.

Saya banyak dengar cerita, antaranya.. Duit peninggalan simati dibahagikan ke mak bapak dan adik beradik. Isteri hanya dapat sedikit. Dan arwah ada meninggalkan hutang. Anak2 masih kecil.

Kesian dengar cerita macam ni. Ditambah pula, isteri si mati tersebut tidak bekerja, tiada sumber pendapatan. Wajar ke adik beradik arwah ambil duit tersebut? Sedangkan arwah ada meninggalkan isteri dan anak2 yang masih kecil.. Bincangkan.

– Hakim (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *