Ujian Bertukar Kebaikan

Assalamualaikum. Terima kasih buat admin sudi menyiarkan confession saya. Pertama sekali saya minta maaf sekiranya ada yang tak faham ayat yang digunakan, atau ada kata2 yang buat kalian terasa dan sebagainya.

Saya sebagai hamba Allah yang hina lagi fakir tidaklah terlalu bijak pandai dalam memberi tips tapi saya cuba kongsikan apa yang kita perlu praktikkan dalam kehidupan bila diuji.

Sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 155-157:

” … dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar,

(iaitu) orang yang apabila di timpa musibah, mereka berkata ‘inna lillahi wa’inna ilaihi rajiuun (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali).

Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”.

Dalam AlQuran sendiri Allah da sedia maklum memberitahu kita bahawa Dia akan uji setiap hambaNya untuk melihat sejauh mana ketaqwaan dan kesabaran kita dalam menghadapinya.

Mengapa Allah uji? Kalau Allah tidak mahu menguji, maka tak adalah Syurga dan Neraka itu yang membezakan hamba yang kufur dan yang taat.

Surah al-Baqarah ayat 214:

“.. ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang di alami) orang-orang terdahulu sebelum kamu.

Mereka di timpa kemelaratan, penderitaan dan di goncang (dengan pelbagai ujian) sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, ‘bilakah datang pertolongan Allah?’ ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat”.

Setiap dari kita diuji mengikut kemampuan masing-masing. Mula-mula diuji memang kita rasa lemah tak mampu nak hadapi begitu lah sebenarnya sifat manusia dan dari situlah juga Allah nak lihat sejauh mana kita mengubah ujian itu dengan kebaikan dan ketenangan jiwa.

Surah al-Baqarah ayat 286:

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.

(mereka berdo’a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami.

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahm4tilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”.

(Boleh amalkan doa ini setiap selepas solat Fardhu & solat Sunnat).

Jadi bagaimana kita ingin mengubah ujian ini dengan satu kebaikan?

Pertama: TARIK NAFAS, HEMBUS.

Bila diuji sentiasa sebut Innalillahi Wainna Ilaihi Rojiun. “Dari Allah kami datang kepada Allah kami kembali.”

Ingat, apa yang ada di sekeliling kita hanyalah pinjaman. Anytime Allah boleh ambilnya semula. Kita semua hamba Allah kita akan kembali kepada Allah bukan kepada makhluk, harta benda mahupun dunia.

Kedua: BERSANGKA BAIK KPD ALLAH

Bila Allah uji tidak lain tidak bukan Allah nak naikkn darjat kita, nak hapuskan dosa, nak pimpin kita kepadaNya. Tiada yang lebih baik dan bahagia melainkan Allah bawa kita kembali kepadaNya kerana di sisiNya sebaik-baik ketenangan dan kebahagiaan.

Hadis Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:”Allah s.w.t. berfirman:

Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku.

Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta.

Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak.” (H.R. Abu Hurairah)

Ketiga: BANYAKKAN SOLAT SUNNAH

Pertama sekali bila diuji, ambil wudhuk, solat Sunnat Taubat dulu. Sebenarnya Solat Sunnat Taubat ni kena lakukan sekerap yang mungkin bukan bila bermaksiat saja tapi kita disarankan buat Solat Sunnat ini kerana kita tak perasan dalam sehari ada dosa kecil kita telah buat.

Bayangkan kalau kita hari2 buat Solat Taubat? MasyaAllah.. Lagi Allah sayang, masalah pun takda, doa lagi mudah makbul.

Kedua, Solat Tahajjud. Solat Malam ni banyak fadhilat dia. Solat malam ni lebih kepada bersendirian dengan Allah.

Waktu yang sunyi sepi waktu terbaik menangis mengenang dosa, mengadu masalah kepada Allah, waktu yang sangat MUSTAJAB berdating dan bercinta dengan Allah. Selama hidup pernahkah kita luangkan masa bertafakur Ingat kebesaran Allah?

Solat Tahajjud boleh dilakukan sekitar jam 2/ 3/ 4 pagi. Jika terbabas, beberapa minit sebelum subuh pun boleh.

Ketiga, Solat Hajat itu adalah menyampaikan juga segala hajat kita kepada Allah. Hajat ingin mudahkan urusan, hajat ingin perkara yang baik-baik saja. Semoga Allah beri jalan keluar dari kesulitan yang dialami.

Keempat: BANYAKKAN BERSELAWAT.

Orang yang paling kedekut adalah orang yang tidak mahu berselawat ke atas Rasūlullāh SAW. Amalkan selawat 1000x dalam seharian. Setiap solat Fardhu amalkan 200x selawat. 5 fardhu da dapat 1000x selawat. Atau boleh kurangkan kepada 100x setiap solat fardhu. Lebih banyak lebih bagus.

Banyak fadhilat jika sering berselawat antaranya rezeki menjadi luas, dipermudahkan urusan hidup di dunia dan akhirat, diampunkan dosa, hidup jadi berkat, mudah menghadapi ujian, dikuatkan Iman, paling penting dapat Syafa’at Rasūlullāh SAW di akhirat.

“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).”

[HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]

Surah Al-Ahzab ayat 43:-

Dialah yang berselawat kepadamu (wahai “manusia) dan malaikat-Nya (dengan memohonkan keampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.”

Boleh juga amalkan Selawat Tafrijiyyah sebanyak 3 kali, 11 kali, atau 41 kali.

(Boleh buka YouTube dengar selawat ni. Lebih baik juga kalau save selawat ini dalam phone). Akhir zaman ni lebih baik kita banyakkan dengar selawat, zikir, bacaan AlQuran, ceramah, nasyid keTuhanan berbanding lagu2 lagha kerana muzik yang lagha itu lebih kepada mengeraskan hati.

Fadhilat Selawat Tafrijiyah.

Antara kebaikan pengamal selawat ini:-

1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.

2.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.

3.Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.

4.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai.

5.Dia dilindumgi daripada segala bencana dan malapetaka.

6.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.

7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.

8.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.

Kelima: PERGI MAJLIS ILMU/ DENGARKAN CERAMAH ILMU DI MEDIA SOSIAL

Di akhir zaman ini, kita lebih memerlukan ilmu akhirat berbanding ilmu dunia.

Tahukah kalian, dalam majlis ilmu itu penuh rahmat, malaikat bersama2 kita dalam majlis tersebut memohon keampunan kepada Allah untuk kita. Pergi majlis ilmu hati lebih tenang, kalau ada masalah pun kita akan dapat lalui dengan tenang dan sabar.

Keenam: BANYAKKAN MEMBACA ALQURAN

AlQuran itu adalah surat cinta dari Allah kepada kita. Segala jawapan yang kita cari semua ada dalam tu.

Selain membaca, adalah lebih baik juga kita tadabbur ayatnya sekali faham terjemahan dan penceritaan yang Allah ingin sampaikan kepada kita. InsyaAllah kita akan lebih mengenal Allah, lebih mencintai Allah berbanding makhluk yang tidak kekal untuk kita.

Ketujuh: BANYAKKAN SEDEKAH

Tidaklah sedekah itu mengurangi harta benda melainkan akan menghapuskan dosa, mencegah bala & kecelakaan, menambah rezeki, panjang umur dan dimudahkan urusan.

Surah Ar-Ra’d ayat 11:

Sesungguhnya Allah tidak akan “mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri.”

Lihat, dalam AlQuran Allah beritahu macam-macam cara untuk hadapi ujian. Kalau bukan kita yang ubah nasib kita, diri kita siapa lagi?

Kalau kita inginkan ketenangan siapa yang beri ketenangan? ALLAH. Kalau kita inginkan kebahagiaan siapa yang beri? ALLAH. Bukan manusia, bukan perdana menteri, bukan suami, bukan jiran.

Maka bila kita diberi apa2 ujian cepat2 kita cari Allah, tapi jangan pula lepas berjaya hadapi ujian kita tinggalkan Allah. Setiap dari kita adalah HERO & HEROIN dalam hidup ini. Kalau kita diuji, kita lah hero heroin tu, kita lah yang kena selamatkan diri dan keadaan yang sedang menimpa kita.

Ingin mendapatkan sesuatu kebaikan dari ujian yang menimpa, kita sendiri kena ubahnya menjadi yang terbaik. InsyaAllah selepas kita betul-betul BERTAQWA KEPADA ALLAH, ALLAH AKAN BERI JALAN KELUAR, BERI KEMUDAHAN SELEPAS KESULITAN.

Jangan persoalkan kenapa aku dah buat semua itu tapi tak dapat apa aku nak? Ini semua kerja Allah, Allah nak uji sejauh mana kita IKHLAS nak kembali kepada Allah bukan berubah sebab nk dapat apa yang kita nak.

Hidup ini sekejap cuma. Hari ini kita ada suami, kita ada anak, ada ibubapa esok lusa Allah tarik nikmat itu sama ada kerana kem4tian atau bercerai hidup.

Benarlah segala ada atas bumi ini tiada yang kekal melainkan Allah. Buat apa yang Allah & Rasūlullāh SAW suka dan sayang, yang datang nanti pasti kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Hanya TAQWA, SABAR & SYUKUR yang membawa kita kepada Allah & Rasūlullāh SAW. Jika kita pilih hadapi ujian ini dengan kufur nikmat, pergi kelab malam, mabukkan diri, pergi bvnvh diri itu ternyata kita telah gagal dan menjadikan ujian itu musibah.

Tapi jika kita hadapi ujian ini dengan TAQWA, SABAR & SYUKUR nescaya kita akan berjaya dunia akhirat dan ujian itu berubah menjadi KEBAIKAN untuk dirinya.

Kita semua boleh! Nak berjaya dan bahagia dunia akhirat perlu seribu daya, tak hendak akan ada bermacam alasan. Salam sayang untuk semua, ingat ujian, ingat Allah Sayang Kita.

– HelloKitty (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *