Ukur Baju di Badan Sendiri

Salam admin, terima kasih sekiranya confession ini diterima. Sebenarnya aku nak confess hal yang berlaku didalam keluarga mertua aku. Tahun ni masuk 8 tahun aku berkahwin dan sudah jadi sebahagian daripada keluarga ni.

Aku punya mertua yang bagi pandangan aku cukup baik dan sayangkan anak-anak sehinggakan kadang-kadang aku rasa terjerat diri mereka sendiri. Aku sememangnya tidak mempunyai masalah hubungan dengan keluarga mertua aku. Hubungan kami sesama cukup baik. Aku mempunyai ipar duai yang ramai. Suami aku anak lelaki tunggal dan yang lain semuanya adik beradik perempuan.

Apa yang aku nak luahkan di sini adalah keluarga mertua aku ni bukan lah dalam golongan orang berada. Kedua Mertua aku sudah tidak bekerja dan mengaharapankan wang pencen kerajaan sahaja. Tapi agaknya sudah menjadi budaya dalam keluarga ini untuk orang nampak mereka seperti orang yang berada. Sangup berhutang sana – sini untuk kelihatan mewah. Anak – anak ada yang bekerja dan tidak bekerja kesemuanya masih lagi dalam tangunggan mertua.

Kadang – kadang mertua juga ada merungut tentang bebanan hutang yang ditanggung disebabkan oleh anak – anak. Di tambah pula terpaksa menjaga kesemua cucu yang masih kecil tanpa menerima apa – apa bayaran. Bayangkan umur sudah mencecah hampir 60 tahun. Apa yang mampu aku lakukan? Sekadar mendengar?

Lagi 3 bulan Kenduri Kahwin Kakak Ipar aku akan berlangsung. Ya jodoh dia agak lambat. Pada pandangan aku lebih baik adakan kenduri yang ala kadar mengikut kemampuannya yang tidak bekerja itu. Perancangan untuk mengadakan kenduri telah pun dilakukan yang mana kebanyakannya semuanya diletakkan dibahu mertua aku.

Kenduri kahwin yang bagi aku agak “grand” berbanding kenduri kahwin biasa. Terikut – ikut dengan orang sekeliling. Penyewaan dewan, Katering, Pelamin, baju pengantin, DJ, Photographer, Door Gift, Cabutan Bertuah, Kompang, Barang hantaran dan lain –lain. Berapa sangat lah wang hantaran yang diberikan pihak lelaki? Ya.. bila di congak balik jumlah keseluruhan hampir memcecah RM30K.

Aku dan suami juga turut kena tempias keluarkan belanja meringankan bebanan mertua. Ya suami aku bersetuju untuk membuat pinjaman dengan pihak bank sebanyak RM20k selepas pujukan Mertua dengan jaminan mereka akan melangsaikan installment bulanan itu nanti. Jaminan yang mana satu yang nak dipengang sedangkan mereka sendiri tidak mempunyai pekerjaan tetap. Apa yang mampu aku lakukan? Sekadar melihat?

Nak menegur, nak bersuara takut ada yang bermasam muka. Cakap orang betul, biarlah ukur baju di Badan sendiri. Jangan kita nak nampak senang, nak nampak mewah, nak puaskan nafsu sendiri, orang lain jadi mangsa.

Yang Benar,

Menantu / Kakak Ipar / Adik Iparmu.

– Anisz

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *