Unik Tetapi Dibenci

Nama saya Suri (bukan nama sebenar). Saya seorang suri rumah dan punyai 4 orang anak dan bakal menimbang cahaya mata ke 5.

Diharap cerita saya ini tidaklah mengaibkan sesiapa tetapi hanya satu sesi luahan dari saya seperti cerita-cerita yang ada yang kita boleh ambil jadikan pengajaran.

Saya telah berkahwin hampir 12 tahun dan suami hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Alhamdulillah walaupun hidup dengan diuji ujian ekonomi rumah tangga tetapi suami diberi rezeki mampu sediakan rumah sewa tempat berteduh kami sekeluarga sejak mula kahwin lagi.

Jadi saya tidak lalui episod seperti orang lain yang terpaksa tinggal serumah dengan mertua.

Suami dan saya datang dari negeri yang berbeza dan punyai budaya negeri yang berbeza tetapi perbezaan ini membuat kami punyai persamaan.

Saya punyai watak yang unik iaitu suka berangan dan suka menulis cerita.

Jika sebelum zaman “watsap”, saya gemar menulis cerita yang terlintas di fikiran atau apa-apa sahaja perasaan yang terbuku di hati di atas kertas. Itulah cara saya mengawal stress iaitu dengan cara mengarang cerita realiti menjadi fantasi.

Apabila melihat zaman watsap status orang kongsikan pelbagai ragam, jadi saya pun tidak ketinggalan untuk berkongsi idea fantasi saya di status dalam bentuk cerita dan pandangan saya sendiri di status.

Inilah permulaan kisah pelik yang dibenci saya ingin mulakan. Saya akui saya punyai watak yang unik dan pelik tetapi jadi dibenci orang terutama keluarga sendiri kerana salah faham.

Ini kerana saya suka mereka cerita di status, dan apabila keluarga saya terbaca, mereka berpendapat saya suka bercerita aib orang dan berharap orang memuji diri sendiri.

Sudah banyak kali saya terangkan pada ahli keluarga yang saya seorang yang suka berdrama dan menulis skrip, cuma kerana saya ini hanyalah orang biasa dan tidak bekerja dalam bidang media, jadi penulisan saya hanya setakat ada di status.

Disebabkan cerita penulisan di status saya menyebabkan hubungan suami saya dengan adik beradiknya jadi sepi. Hal ini terjadi kerana saya alami tekanan apabila adik ipar lelaki saya tinggal bersama-sama saya.

Pada mulanya hal ini tidak jadi masalah kerana suami saya beri cadangan untuk ajak adiknya tinggal bersama supaya adiknya mampu jadi orang yang rajin bekerja, kerana semasa di kampung adiknya dilihat malas bekerja, jadi dipelawa datang ke sini untuk bekerja.

Saya seorang yang menghormati pendapat suami lalu setuju tanpa berfikir panjang. Setahun berlalu aku masih terasa ok dan tidak timbul apa-apa masalah.

Tahun ke 2 aku disahkan mengandung anak ke 4.. Disini emosi aku mula terganggu dan aku mula rasa tidak selesa. Aku terasa sesuatu tidak kena dengan kehidupan aku.

Setelah lama berlalu barulah aku sedar yang aku sebenarnya sedang melakukan dosa apabila tinggal bersama-sama adik ipar lelaki ku. Aku tersedar yang aku punyai aurat bukan muhrim dalam rumahku.

Aku jadi gelisah memikirkan yang selama ni rupanya aku berdosa apabila aku tidak bertudung dihadapan adik iparku.

Aku cuba untuk bercerita dengan suami tetapi aku tidak tahu nak mula dari mana dan aku tahu jika aku suarakan hal ini suamiku pasti dalam situasi tersepit.

Kerana hakikatnya aku bukan seorang perempuan yang alim yang memakai tudung labuh jika keluar rumah. Aku hanyalah perempuan biasa yang hanya memakai tudung apabila keluar rumah sahaja. Nak bertudung jaga aurat 24 jam itu tidaklah. Belum cukup alim kata orang.

Kerana alami tekanan dengan anak-anak kecil yang sedang membesar dan sentiasa melihat perlakuan kita sebagai contoh mereka, aku rasa terkongkong dalam rumah sendiri. Jadi aku pun luah di status dengan harapan suami baca dan boleh faham sedikit keadaan ku.

Tetapi orang lelaki bukan suka nak membaca ayat panjang-panjang ni, jadi kesudahan nya orang lain yang baca, orang lain yang salah faham. Aku teruk dikecam.

Suamiku juga terkena tempias kecaman itu, sehingga buat suamiku lebih selesa mendiamkan diri dari terus berlawan kecaman orang.

Pada mulanya aku alami kemurungan juga kerana keluarga tidak memahami tekanan yang aku lalui, malah mengecam ku kerana membuka aib keluarga.

Disini aku belajar beza niat dan matlamat untuk penulisan status. Inilah aku katakan kepada diriku, aku seorang yang unik tapi mudah dibenci orang kerana aku tidak gunakan status seperti orang lain..

Aku niat untuk gunakan ruang status sebagai medan dakwahku dengan caraku tersendiri. Ikutnya setiap kata-kataku di penulisan status ku, aku amat teliti dan menapis ayat ku agar tidak menjadi aib mana-mana pihak.

Tetapi oleh kerana pengaruh negatif status yang masyarakat guna untuk menonjolkan diri, orang jadi menganggap aku juga begitu iaitu guna status untuk dipuji dan membuka aib.

Disini aku ingin memohon kepada masyarakat terutama keluargaku sendiri agar dapatlah menerima kekurangan ku yang unik ini dan janganlah anggap cerita yang aku tulis sebagai membuka aib..

Aku hanyalah orang biasa tetapi suka mencipta fantasi demi mengejar kehidupan yang seimbang dari segi emosi dan fizikal.

– Suri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *