Untuk Cinta Jarak Jauh

Pagi tadi ketika saya hantar suami ke airport, dengan pandangan sayu suami cakap macam ni. “entah bila pulak kita nak jumpa kan”

Saya cuba kuatkan hati tak nak menangis depan dia. Walaupun hampir2 airmata ni jatuh. Dengan pandangan kosong saya melihat dia masuk ke gate.

Lambaian dia saya sambut dengan senyuman sayu.

Tahun ni tahun ke 2 kami berumahtangga. Rasanya 3 bulan saja kami hidup sebumbung selepas berkahwin.

Rezeki berkahwin kot, suami dapat tawaran kerajaan. Tawaran yang dah lama dia nanti2kan.

Tu memang cita2 dia. Tapi dugaannya suami ditempatkan di sarawak. Sebuah pedalaman yang sangat2 dalam di daerah miri.

Ibarat nak pergi ke pekan beli barang pun makan masa hampir 2 jam. Setiap kali suami nak datang ke semenanjung, ibarat 2 hari tu habis dalam perjalanaan saja.

Perlu tukar 2 flight satu hal, nak ke airport miri ambil masa dekat 5 jam.

Line telefon sana memang sangat2 rare la kalau dapat cakap 5 minit pun dengan dia. Wasap mesej pun kalau hari ni send, esok pun belum tentu 2 tick.

Sungguhnya saya sangat rindu dan risaukan dia walaupun saya selalu pura2 kuat depan dia. Sebab saya tahu suami saya jenis hati lembut. Lain dari saya yang hati keras.

Tahun ni 2 kali saja saya berjumpa dia. Suami paling2 pun boleh ambik cuti seminggu saja. Lebih dari tu tak akan lulus. Tu pun perlu cari penganti kalau nak cuti.

Sebab kawasan pedalam staff kurang. Penganti susah jugak nak dapat. Perlu request dari tempat lain. Kata suami di tempat dia 2 orang ja yang ada termasuk dia.

Kali ni dia dapat cuti 6 hari, tapi sebetul2nya 3 hari saja saya dapat bersama dia. Faktor masa, perjalanan, jadual flight menyebabkan dia perlu balik awal.

Lepas ni dia pun tak tahu bila dapat jumpa saya lagi. Macam dia cakap semalam, tahun ni tak sampai 10 hari pun dia jumpa keluarga. Saya hanya diam saja. Senyum tawar.

Cuma bila jauh dengan suami, buatkan saya sedar betapa saya sayang sangat kat dia. Saya selalu risaukan keselamatan dia.

Kita selalunya nak la orang yang kita sayang ni di depan mata. Tapi ini ujian untuk kami.

Dan saya pasti ramai lagi mungkin nasib sama macam kami. Baru2 ni mak mertua tanya, saya belum ada apa2 isi ke.

Ye la dah 2 tahun kahwin. Entah la, saya hanya diam. Nak jawab apa. Dia sepatutnya lagi tahu anak dia pun jarang2 balik. Tak sepatutnya dia tanya soalan macam tu.

Macam kali ni balik, saya uzur pulak. Saya kesian dekat suami tak mampu lunaskan kehendak dia. Tapi semua ni bukan pilihan saya.

Dia memilih kerjaya berbanding cinta. Saya hormat ja keputusan dia. Saya sentiasa sokong ja. Lagipun gov susah dapat dan menjamin masa depan katanya.

Cuma itu la, akhirnya dia pun sedar hubungan jarak jauh ni bukan mudah seperti yang kita bayang.

Let say apa2 kecemasan pun bukan senang untuk balik. Kalau saya pregnant macam mana. Saya nak dia ada. Kalau dah ada anak, anak pun mungkin tak kenal bapak.

Jujurnya saya tak kuat tanpa suami di sisi sebagaimana wanita lain. Cumanya saya sentiasa berlakon kuat sebab tak nak dia down atau susah hati saat kami jarang2 jumpa.

Saya sebolehnya nak habiskan masa happy2 ja dengan dia. Sebab saya kenal hati dia macam mana. Dia jenis sangat sensitive. Saya tak nak dia dilanda rasa bersalah.

Walaupun dia selalu bagi kata2 dia sentiasa buat pertukaran. Tapi saya tahu benda tu tak semudah yang di sangka. Orang semua nak keluar dari situ, siapa la yang willing nak masuk.

Lagipun suami pun masih baru sangat berkhidmat. Mustahil apa yang dia harap tu berlaku.

Saya banyak kali cakap saya nak pindah ikut dia.. Tapi dia tak nak.. Dia kata susah kat sini. Kemudahan tak lengkap.

Dia tak nak saya susah lagipun dia kata saya dah kerja bagus kat sini. Dan macam2 lagi la ayat dia.

Ni saya cuma tahu dia dah sampai airport. Perjalanaan seterusnya ni saya tak pasti dia selamat sampai ke tak. Sebab line pun selalu jadi kekangan kami berhubung.

Hanya doa saja mengiringi dia setiap masa. Macam dia selalu cakap, zaman2 dulu lagi susah. Orang kerja askar polis. Tinggalkan keluarga sangat lama.

Tapi masih relevant ke tahun 80an dengan tahun 2024 ni? Entah la. Saya malas nak argue apa2 dengan dia.

Sepatutnya dia lagi tahu apa saya sedang alami kat sini sekarang ni. Tapi kerana dia syurga saya, saya sentiasa cuba taat setia pada dia.

Cumanya, saya berharap la dia lembut hati izinkan saya datang tingal dengan dia kat sana. Saya tak kisah nak tinggalkan kerja tingalkan semua untuk dia, cuma dia yang tak nak terima.

Sejujurnya, saya harapkan kata2 semangat dari pembaca. Sebab saya betul2 down sangat hari ni.

Ada ke pasangan macam kami dalam ni? Saya sangat hargai nasihat dari kalian. Terima kasih.

– Lara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Assallamualaikum Adik, Apakata adik try buat 1st trip and stay utk beberapa waktu,andaikan ada kesesuaian adalah lebih baik stay bersama.Diawal perkahwinan adalah waktu penting utk hidup bersama bagi melalui proses saling mengenal dan ianya dapat menbantu mengelakkan sebarang kemungkinan buruk bila saling berjauhan.Terkadang mmg kena paksa suami bawa kita dik,kita isteri terkadang mudah menurut kehendak suami sedangkan berada disisi bersama sama itu baik malah mendidik dia lebih bertanggungjwp.

    Hidup dimana pun asalkan ada perhubungan pasti ada jalannya,Sebagaimana masyarakat disana terus berkembang sehingga terbuka peluang utk suami mendapatkan pekerjaan.Adik,tempatnya isteri disisi suami dan usahakan pujuk suami bawa sekali.

    satunya utk kebaikan bersama dan selebihnya utk kebaikan dia juga dan hubungan kalian berdua.PJJ ni amatlah menduga dik..bukan seperti zaman Rasulullaj SAW berjauhan demi berperang utk Agama mindanya utk Syahid maka para isteri telah bersedia utk menjadi balu bila bila masa..tetapi situasi adik ni…Andai benar suami disebelah borneo…ikutlah dik..temani dia disana dan adik mulakan usaha lain andai itu saja pilihan yg ada andai adik memutuskan utk mengikut suami bersama.

    Biar susah biar payah asalkan berada disisi bersama kerana musim ini pasti menjadi kenangan manis suatu masa nanti..In shaa Allah..

    Pujuk atau paksa suami utk bawa adik sekali…apa jadi pun jika mahu kekal bersama…usahakan ye..Semoga berjaya dan bahagia dik,minta pada Allah Taala kemudahan terbaik utk berada disisi suami selalu yea..In shaa Allah

  2. dengar ceramah ust azhar idrus.. berdosa boleh jatuh syirik kalau kita fikir kerja dgn gov/gaji bulanan ni menjamin masa depan.. wallahualam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *