Untuk Yang Depress

Assalamualaikum. Aku Anne. Berumur 26 tahun. Aku terpanggil utk menulis kat sini bila ada terbaca pasal 1 confession pasal depression. Confessor tegaskan supaya bagi semangat pada org yang depressed bukan sindiran / condemn.

Aku bukan lah penghidap depression. Aku tak nak klassifikasi kan kes aku sebagai depression sebab aku tak pernah pergi jumpa doktor untuk clarity condition aku waktu tu.

Tapi aku dalam kesedihan yang teramat sangat. Aku mulakan kisah ni dengan background aku. Aku bekerja di syarikat swasta dan memegang jawatan yang agak tinggi walaupun di usia muda. Dah ada kereta dan rumah sendiri. Hidup aku di kelilingi kawan sekerja yang sangat sangat supportive. Kawan kawan baik aku jugak adalah kekuatan aku. Hidup aku memang indah start dari mula bekerja. Pendek kata aku dah macam macam ada walaupun baru 3 tahun lebih bekerja.

Sampailah satu hari, tengah tengah kesibukan kerja di office, aku dapat message dari seorang kawan. Maklumkan pada aku, boyfriend aku dah bertunang dengan orang lain. Masa tu menggeletar satu tubuh badan aku. Aku terus blank. Tak tau apa nak respons. Aku perasan akhir akhir ni dia memang jarang message aku. Tapi aku tak hiraukan sangat sebab masing2 sibuk bekerja. Sebab masing2 ada cita2. Dan kami fokus untuk kahwin dalam masa setahun lagi.

Aku pergi ke tandas menangis. Dalam hati aku kuat nak message dia mintak kesahihan. Tapi aku fikir lebih baik aku tunggu lepas kerja. So aku boleh fokus untuk message dia instead of waktu bekerja nanti kalau2 kena attend apa apa isu di production , lagi susah.

Balik je rumah, aku tunaikan dulu solat asar, maghrib dan isya. Memang rutin kami, selepas selesai isya barulah akan mula tanya khabar masing2. Aku memang tinggal seorang diri, sejak beli rumah aku lebih prefer tinggal seorang di apartment ni, kononnya nanti dah nak kawin senang. Tak perlu nak mintak housemate pindah ke apa.

Aku mulakan message seperti biasa. Tanya pasal kerja haritu. Ok ke, harini busy tak. Sampai lah satu masa, aku screenshots message dari kawan aku pasal dia dah bertunang tu. Aku tak tulis apa apa. Aku cuma hantar screenshoot tu sahaja. Aku cuma nak tengok respons dia. Satu saja jawapan dia “awak.. sorry..” waktu tu juga aku menangis kuat. Bergema satu rumah. Hanya Allah yang tau perasaan aku waktu tu. Aku terus campak henfon aku atas sejadah.

Segalanya indah sebelum tu. Aku seorang yang berjaya, miliki semua yang orang impikan. Jawatan, rumah, kereta, kawan, boyfriend. Tapi aku salah, tak semua akan kekal milik aku.

Hidup aku totally berubah mula dari malam tu. Aku bangun pagi esoknya aku terasa macam mimpi. Menangis aku waktu tahajjud (tahajjud memang rutin aku setiap hari), aku menangis even waktu drive nak pergi keje. Sebelum turun kereta aku mula kesat air mata. Sampai muka nampak okay baru masuk office.

Sampai je office aku terus tarik kawan baik aku pegi ke meeting room. Aku tak dapat nak cakap apa apa cuma menangis. Kawan aku peluk aku dan tanya kenapa. Sebaris sahaja ayat aku “dia dah bertunang dengan orang lain..”. Mengucap panjang kawan baik aku. Dia tau sejauh mana hubungan kami berdua. Ya, kami jarang berjumpa sebab masing masing memang kejar kerjaya. Tapi masih sentiasa bertanya khabar, masih ada rasa sayang.

Mula dari saat itu. Aku jarang boleh fokus kerja. Kadang kadang tengah2 waktu kerja aku lari ke tandas, menangis. Tengah tengah meeting pun boleh menangis tiba tiba. Kadang balik je kerja, masuk je kereta aku menangis sampai menjerit jerit. Tapi, Alhamdulillah semua tu tetap tak ubah rutin rutin aku sebelum ni. Solat solat sunat aku tetap buat macam biasa (dhuha dan tahajjud memang aku tak pernah tinggal). Tapi bila perasaan sedih datang aku jadi tak boleh lawan. Even waktu tengah makan, tengah jalan pun aku boleh menangis.

Setiap kali solat aku berdoa moga Allah beri aku kekuatan. Tapi berminggu minggu aku tetap sama. Kerja aku mula tak fokus. Tapi subordinates aku tak perasan perubahan aku, sebab aku pandai sembunyikan riak muka. Cuma kawan kawan rapat yang tahu kondisi aku. Kalau aku terlalu tak boleh fokus nak kerja aku mintak subordinates aku yang pergi meeting. Bila rasa sedih datang aku laju laju pegi tandas. Nangis puas puas. Lepas okay sikit baru basuh muka, pegi masuk office kerja macam biasa. Kadang kadang sehari sampai 4 5 kali macam tu rutin aku. Balik rumah menangis lagi. Aku dah cuba, dah cuba untuk kuat tapi gagal lagi, gagal lagi.

Aku tau aku tak boleh terus hidup macam ni. Aku cuba banyak benda untuk berubah. Tapi tak berjaya. Rasa sedih tu datang berterusan. Sampai pernah aku menangis kuat “Ya Allah, sampai bila ni Ya Allah. Sampai bila aku nak jadi macam ni Ya Allah. Dah sebulan macam ni. Tolong aku Ya Allah. Bantu aku Ya Allah. Kembalikan aku yang dulu Ya Allah.. tolong Ya Allah..”

Masa tu makan pakai aku langsung aku tak endah. Aku pulak tinggal seorang, so memang kucar kacir sangat rumah pun. Kadang aku cuma terjelepuk di ruang tamu berjam jam, tanpa buat apa apa. Ada beberapa kawan baik yang selalu keep in touch dengan aku. Beri kekuatan. Bagi semangat. Tapi aku tetap macam tu. Aku tak boleh nk lawan kesedihan tu.

Aku mula ambil pendekatan untuk busy kan diri. Aku pergi ke kelas macam macam lah apa yang ada. Tapi result still sama. Dalam kelas tu pun aku tiba tiba boleh menangis. Aku siap join dropship, semata mata nak komunikasi dengan orang ramai untuk lupakan apa yang jadi, tapi masih tak berkesan.
Aku makin hilang fokus pada diri.

Sampailah satu hari, di facebook aku nampak iklan seorang motivator ni. Aku terpanggil untuk bukak page tu. Mungkin tu lah bantuan dari Allah untuk aku. Aku mula mula macam taknak sangat join page tu, tapi aku fikir aku memang perlu buat apa sahaja untuk berubah. Untuk move on. Jadi aku mula follow page tu. Dari situ aku mula beli buku buku, dvd, join kelas motivasi tu. Untuk beberapa hari pertama, aku rasa biasa. Sama je kehidupan aku. Macam tulah jugak. Sampai lah beberapa hari lepas tu aku makin dapat impak dia. Aku terus terusan buat latihan yang coach tu bagi.

Dan Alhamdulillah, tepat 3 bulan lepas tarikh aku dapat tau dia bertunang tu, tulah hari aku dapat kekuatan sepenuhnya. Hari yang akhirnya dah takde tangisan lagi keluar dari mata aku. Ya Allah, banyak sangat rezeki dan nikmat yang Allah beri pada aku, tapi aku masih lagi fokus dengan apa yang Allah tarik dari aku. Aku mula berubah dari situ. Aku jadi Anne yang baru. Aku jadi orang yang lebih kuat, lebih sayangkan diri. Aku mula fokus dengan apa yang aku ada.

Selama ni bila orang selalu bagi jawapan kepada depression “dekatkan diri dengan Allah, banyakkan baca alQuran..” ya, tu bukanlah salah. Tapi kena ada ikhtiar. Alhamdulillah sepanjang 3 bulan tu memang aku solat seperti biasa, baca alquran seperti biasa, tapi kekuatan untuk bangkit tu, aku kena cari.

Orang boleh cakap “jangan fokus pada kesedihan. Lupakan semua tu, move on..” ya, memang semua yang hadapi depression nak move on, takde siapa yang sanggup nak hadapi depression sampai bila bila. Tapi masalahnya takde ilmu. Macam mana nak move on? Macam mana nak ada kekuatan untuk lupakan kesedihan. Itu perkara yang ramai orang tak tau.

Baru baru ni aku ada jumpa seorang kawan rapat. Dia tanya khabar aku. Sebab dia tau apa yang berlaku. Aku cakap Alhamdulillah. Aku dah okay lepas 3 bulan baru dapat move on. Tau apa jawapan dia, kenapa lamanya nak move on?anggap je takde jodoh, anggap dia tu macam kawan sekarang. Allahu. Kalau waktu tu aku masih dalam kesedihan, apa yang aku akan rasa? Tapi aku maafkan dia, bagi aku dia taktau. Aku ambik semua dari sudut positif.

Janganlah sesekali condemn orang dalam depression walaupun punca dia tu bagi korang sangat sangat simple. Contohnya, kalau seseorang kematian kucing pn jadi depression, jangan korang sampai cakap, “kucing je pun..” kita mungkin tak tau bertapa penting nya kucing tu dalam hidup orang tu. Kita tak tau apa ada dalam hati orang tu, apa yang dia rasa. Sebab tu Allah uji kita manusia tak sama. Ikut kemampuan. Ada orang bagi dia masalah aku kecik je, tapi bagi aku setakat tu lah ujian dari Allah yang mampu aku hadap. Allah sendiri tau setakat tu je kemampuan aku. Ada orang sampai tahap bercerai, sebab itu kempuan dia untuk di uji Allah. Maka janganlah kita sesekali nak judge orang lain yang dalam depression ni. Sebab diorang perlukan sokongan.

Aku pernah sekali pegi seminar motivator tu. MasyaAllah hampir seribu participants dan majority nya pernah dan sedang mengalami depression. Bertapa ramainya yang sedang mengalami depression ni. Dan ini bukan perkara main main. Ada yang pernah nak gantung diri, sembelih anak, dera anak.. semua disebabkam depression.

Ramai yang luahkan masalah depression dekat iium confession ni. Dan setiap dari mereka tu perlukan sokongan. Satu ayat yang keluar dari kita boleh jadi kekuatan untuk mereka bangkit dan boleh jadi punca mereka untuk hilang rasa untuk hidup. Jangan rasa menyampah untuk dengar kisah kisah depression sebab mereka pun tak mintak untuk hadapi tu semua. Kalau tak suka, berdiam diri lebih baik.

Betul bak kata confessor tu. Ada pesakit yang depression ni nampak macam tak ada masalah apa apa. Sama macam aku (walaupun aku bukan kategori depression), semua nampak aku normal kt tempat kerja, tapi aku sahaja tau apa dalam hati aku. Berkali kali lari ke tandas untuk menangis. Tak mampu nak melangkah pegi kerja. Tapi aku tetap terpaksa buat semua tu. Jadi, ambik berat bila kawan korang start bercakap pasal masalah yang dia hadapi kemungkinan tu bukanlah perkara kecil sebenarnya untuk dia.

Dan berdoalah moga kita di jauhkan dari penyakit itu.

Hikmah dari apa yang berlaku pada aku, kini aku jadi seorang yang lebih suka mendengar dari melemparkan kata kata. Sebab kata kata kita kadang tanpa sedar sebenarnya senjata tajam yang makin mengguriskan orang lain. Aku jadi pendengar yang lebih baik. Di office pun subordinates aku lebih senang dengan aku sekarang, sebab aku jadi makin tenang, makin lembut bila bercakap. Alhamdulillah. Memang setiap sesuatu tu berlaku dengan hikmahnya.

Aku pun sentiasa doa kan semua orang sekarang. Kunci untuk kebahagiaan, doa kan untuk kebahagiaan orang lain, nanti kebahagiaan untuk kita automatik akan datang. Aku jugak doakan ex aku dengan tunang dia moga terus kekal hingga ke syurga. Janganlah perempuan itu juga di sakiti. Lepas apa yang aku rasa, aku berdoa moga tiada seorang perempuan pun rasa di sakiti seperti aku.

Untuk mereka yang menghadapi depression, carilah kekuatan dari pelbagai sudut. InsyaAllah jalan itu ada. Jangan mengalah. Ingatlah Allah.

Moga kita semua terus jadi insan insan yang menjadi kekuatan untuk orang lain. InsyaAllah.

– Anne

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *