Untung Kalau Rupa Itu Hensem

Ini berkenaan dengan untungnya kau kalau ada rupa yang handsome, kacak, tampan, segak dan serba kecukupan pakej di mata manusia.

Handsome tu memang subjektif bagi setiap orang. Penilaian seorang tu kacak memang berbeza.

Tapi of course kalau kau kacak budi pekerti, bertambah nilai kau sebagai seorang yang disenangi ramai.

Kisah pertama, aku ada seorang kawan rapat lelaki. Jambu lah orangnya, handsome sangat, macam biasa lah, orang handsome ni, peminat ramai.

Memang ramai nak kenal dia, nak nombor telefon dia, nak instagram, facebook dia bagai.

Dan aku pun sampai pernah kena fitnah ada relation dengan dia. Padahal takde pun. Sebab aku selesa berkawan dengan dia kerana dia seorang yang kelakar dan boleh masuk satu kepala.

Tapi, satu yang aku tak berkenan, dia gunakan rupa dan ayat manis dia tu nak mengayat perempuan. Pasang perempuan keliling pinggang dan termasuk maknyah pun ada.

Aku tak tahu macam mana perempuan boleh cair padahal tahu dia berperangai buaya! Of course lah sebab rupa.

Mungkin sebab dia pandai sweet talk, jadi ramai yang jatuh hati. Aku dah penat nasihat pun tak jalan, so aku abaikan saja. Dia masih bff aku tapi perangai dia sumpah annoying.

Kisah seterusnya, mengenai abang aku, orangnya kacak. Ala ala Putera Mateen Brunei. Sumpah, ramai dah cakap ada iras.

Jangan kecam. Orang yang cakap ye. Tengoklah adik nya yang cantik ni. Hahaha.. kidding. Orangnya memang tampan, peminat macam biasalah, memang ramai, but you know what? He is g@y !

Dia seorang homo dan benda ni aku baru tahu yang dia ada anak ikan atau kekasih gelap lelaki dan diorang dah berhubungan lebih 3 tahun dah.

Terkejut aku bila aku terbaca whatsApp web dia dan berdialog luc4h dan dah beberapa kali check in hotel sebelum covid lagi.

Aku masih belum berani bertanya direct sebab buat masa ni aku hanya observe kelakuan dia. Nampak normal, kawan kawan dia normal.

Awek pun pernah ada. Adakah dia bisexual secara discreet? One day aku akan bersemuka pasal tu, not now cause I’m not ready yet.

Ini hanya secebis saja kisah yang buat aku triggered tapi kesimpulan dia sama,

Untunglah orang yang ada rupa, kacak, handsome, kau buat apa pun, kau jadi buaya ke, kau seorang homo ke, kau tak payah berusaha lebih pun, orang masih suka, masih layan, masih angau. Tak paham aku.

Rupa tu memang lesen untuk seseorang tu buat apa saja yang dia nak ke? Jadi buaya? Jadi g@y? Jadi b*doh? Memang overall tak semua macam tu, tak juga yang hodoh tak de rupa tu semua tak bagus.

Cuma aku sangat terkesan bila kat sekeliling aku, nampak macam rupa tu tiket untuk kau buat sesuka hati ikut nafsu sampai dalam hati aku sekarang,

Nampak yang kacak lalu saja, aku terus datang negative impression padahal dia tak bersalah pun.

Ada yang kacak aku nampak kat luar pernah senyum dengan aku, aku jeling pulak macam bajet cantik sangat. Haha.

Aku pun ada saja tengok di tiktok, instagram dan sosial media lain, adalah dua tiga orang instafamous yang ada pakej rupa yang mampu buat ramai angau termasuk aku. Hahaha.

Tapi bila aku tengok content yang mereka buat dalam sosial media tu memang tak berguna ataupun tak ada isi. Hanya untuk buang masa saja.

Kita yang dah berusia ni memang mampu untuk berfikir, tapi untuk generasi muda yang baru nak up, mereka mungkin tak dapat berfikir yang itu hanyalah membuang masa saja.

Maaf ye semua, ini hanya luahan hati aku saja sini. Doakan yang baik baik. Terima kasih sebab membaca luahan aku ni.

– Aku Ghisau (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *