UPSR

UPSR

Assalamualaikum.

Baru-baru ni, keputusan peperiksaan UPSR dah pun keluar. Ada yang gembira dan ada yang sedih bila terima keputusan masing-masing. Tu normal.

Lepas tu, aku dapat tahu cikgu-cikgu sekolah tak dibenarkan untuk mengadakan sebarang majlis untuk meraikan hanya pelajar-pelajar yang dapat semua A. Perlu raikan semua calon sebab “segala usaha dilakukan murid dan guru perlu diraikan secara keseluruhannya, bukan secara terpilih atau berkumpulan”. Malah, kalau ada sekolah yang cuma meraikan pelajar 6A jugak, ibu bapa diberitahu untuk memaklumkan pada pejabat pendidikan daerah.

Mungkin ni respons ikhlas KPM pada permohonan bapa pelajar UPSR yang sedih anak dia tak dapat keputusan cemerlang baru-baru ni. Atau mungkin juga ni satu taktik reverse psychology oleh KPM untuk para ibu bapa pelajar UPSR. Entahlah.

Apa pun, ada tiga perkara yang aku nak ketengahkan kat sini.

1. Kalaulah ada anak kita yang dapat keputusan kurang memuaskan dalam UPSR (naudzubillah), why not ambil peluang ni untuk ajar anak kita yang ada masanya kita takkan dapat apa yang kita nak dalam hidup. Walau sekuat mana pun kita berusaha. Sebab apa? Sebab tu bukan rezeki kita. Mungkin rezeki kita ada pada tempat lain. Dan di balik setiap kejadian tu ada hikmahnya. Percayalah, Allah tu takkan menzalimi hamba Dia. Usaha kita tu akan di-reward-kan dengan sesuatu yang lebih baik untuk kita.
2. Sebelum UPSR, kita boleh push anak kita untuk usaha sebaik mungkin untuk UPSR. Tapi once result dah keluar, redha la. Anak dah usaha. Kita pun tahu. Jadi raikan usaha dia. Tunjukkan yang kita tetap bangga dengan dia. Beritahu dia yang akan ada peluang lain di masa hadapan. UPSR bukan matlamat akhir kita.
3. Kalau KPM nak minta sekolah untuk raikan semua calon UPSR, harap peruntukan yang diberi pada sekolah tu naik sikit la ye. Kesian tengok cikgu-cikgu nak rai semua anak murid terpaksa cari duit tambahan sendiri. Kalau tak rai, kesian pulak tengok anak murid habis sekolah rendah macam tu je.

P/s: Lepas ni untuk hari sukan tahunan, perlu beri pingat emas pada semua pelajar yang terlibat untuk pastikan takde yang sedih pula ke?

Sekian, maaf kalau ada salah silap.

– Kak Long

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments