Aslamualaikum
Moga kalian dalam rahmatnya.
Sejak akhir ni, aku terfikir sesuatu. Mungkin benda ni dah lama korang semua dah fikir. Aku ja yang baru nak fikir.
Aku fikir pasal..
"Apa akan jadi pada bangsa melayu?"
Apabila aku renung kembali kata2
"Hilang bahasa lenyaplah bangsa."
Sekarang ni, di mana pun, malah aku sendiri banyak dah guna bahasa inggeris dalam komunikasi, dn bercampur pula b. Melayu dgn bahsa inggeris.
Ya apa salahnya kan, kita kan kena belajar dan tingkatkan bahasa inggeris. Demi kerja, ilmu dan status. Dah masuk universiti kan, kena la pandai Bi. Baru nama pelajar universiti.
Di mana sahaja aku pergi, rata2 cakap bhasa inggeris, dalam media sosial pn sama jgk. Termasuk aku sekali.
Bagus la tu, semua dah maju. Untuk menunjukan orang melayu ni semua dah hebat, dah pandai.
Tapi aku perasan, lama-lama bahasa melayu ni dh tak jadi bahasa melayu. Seolah olah bhasa rojak yang campur bahasa inggeris tu la bahasa rasmi orang melayu sekarang. Susah dah nak jumpa orang yang cakap bahasa melayu sepenuhnya.
Pelajar dari luar negara pun cakap bahasa inggeris dengan kita. Sepatutnya diorang datang ke Malaysia diorang kena juga skit2 belajar bercakap melayu. Ni tak, kita sendiri terhegeh2 usaha cakap bahasa inggeris dgn diorg.
Macam mana org nak hormat bahasa kita kalau kita sendiri tak jaga?
Siapa nak jaga bhasa melayu ni?
Korang tak sayang ke pada bangsa melayu?
Aku bru sedar smua ni wei..aku rasa sdih. Bila ku renung kembali kata2 ni.
"Hilang bahasa lenyaplah bangsa."
– melayu
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit