Derma Iftar Masjid, Tapi Disalahgunakan

Hai, Assalamualaikum semua terbaca confession tentang salahguna dana masjid tu. Boleh baca confessionnya di sini, (https://iiumc.com/masjid-yang-disalahgunakan/). Hah sebenarnya aku pun nak cerita tentang benda yang lebih kurang sama.

Puasa dah nak dekat, biasa bulan puasa ramai orang sedekah duit kat masjid-masjid untuk buat majlis berbuka puasa. Aku salah seorang student postgrad yang susah, memang duit cukup makan je. Ptptn cuma bayar yuran tapi makan minum aku terpaksa kerja part time.

Bulan puasa memang aku pergi berbuka kat masjid je sebab aku tahu aku tak mampu nak beli makanan hari-hari. Lagipun aku tahu aku layak untuk dapat makan free di masjid kerana kondisi kewangan aku, status aku sebagai pelajar dan family aku sendiri pun memang orang susah.

Setiap hari aku rushing untuk pergi berbuka di masjid sebab aku kerja. Pukul 5pm – 7pm aku kerja jadi setiap hari aku memang rushing nak pergi masjid untuk berbuka. Yelah risau takut kerusi meja dah penuh dan makanan dah habis. Tu yang aku risau.

Ada 1 masjid ni, makanan berbuka dia memang mewah dan banyak. So aku memang selalu datang sini. Kadang-kadang aku selalu sampai lambat. Pukul 7.30 pm baru sampai kadang-kadang sebab traffic jammed, oh ye aku naik motor dari tempat jauh. Tempat aku kerja tu jauh sikit.

Kenapa masjid ni? Sebab dekat rumah aku. Pastu aku nampak makanan sini selalu tak habis. Masjid lain makanan sikit dan pernah aku pergi, aku tak dapat makan apa-apa langsung.

So masa sampai tu, azan pun dah berkumandang dan masing-masing dah makan malah ada yang dah siap makan. Aku boleh nampak dari jauh bungkusan makanan yang sangat banyak tak habis atas meja. Masa tu baru je orang nak pergi solat maghrib. Tapi ajk masjid masa ni dah siap siap ambil bungkusan tu dan masukkan dalam kereta diorang (diorang nak bawa balik).

Dalam masa yang sama, ada beberapa orang yang baru sampai masjid untuk berbuka, termasuk aku. So kiranya aku ni tak keseorangan la lambat sebab masih ramai orang lambat macam aku.

So aku pun pergi lah ke arah seorang pakcik ni, dia ajk masjid ni. Masa tu dia dah bungkus berapa banyak bungkus dah masuk kereta dia sampai kosong nasi atas meja. Dah takde.

Aku pun approach pakcik itu. “Pakcik ada lagi tak nasi berbuka? Saya baru sampai ni”.

Pakcik tu pun kerutkan dahi dan muka nampak reaksi marah. Mulut dia start mengomel pastu aku dengar dia cakap “hish dah la sampai lambat” . Dia pun buka plastik dalam kereta dia dan keluarkan 1 bungkus nasi lalu dihulur pada aku.

Pastu aku nampak ada banyak kuih muih yang tak habis pun pakcik tu angkut masuk kereta dia. Aku memang tak sempat pun makan kuih2 tu semua.

Takpelah aku dapat makan nasi pun dah bersyukur. Tapi aku nampak pakcik tu memang gigih angkut makanan masuk kereta dia. Bayangkan orang lain semua dah solat maghrib berjemaah tapi dia pulak pergi angkut makanan masuk kereta dia. Oh ya for your information makanan ni katering, so semuanya siap bungkus dalam polisterin.

Aku terdetik dalam hati, kenapa pakcik tu nak angkut masuk kereta dia makanan tak habis tu? Padahal lepas isyak ada moreh. Makanan moreh karang dah la sikit je. Orangnya ramai. Apa salahnya tinggalkan je nasi tak habis tu untuk moreh? Lagipun tu duit derma orang awam untuk orang awam, bukan untuk pakcik sorang.

Keesokannya dan hari-hari seterusnya pun sama. Aku selalu sampai lewat, bila orang dah gerak nak solat maghrib baru aku sampai. Macam biasa pakcik tu akan cepat-cepat nak angkut makanan masuk kereta dia. Tiap kali aku mintak nasi dia akan buat muka nak marah sebab aku ganggu dia kutip makanan masuk kereta haha. Mesti dia nak angkut bagi family dia makan ni. Kalau tak malam karang, mesti untuk sahur.

Ada satu hari tu, aku datang awal sikit dari biasa (tapi masih paling lambat sebab lepas aku datang, takde dah orang lain yang lambat lepas aku). Pastu aku sempat la berbuka kat masjid sama2 macam orang lain.

So haritu aku nampak banyak gila nasi lebih so aku ambil banyak nasi masa tu. Aku angkut nasi beberapa bungkus dan sorok kat bucu masjid. Pastu aku pun join solat jemaah sampai isyak.

After isyak aku tengok makanan moreh cuma mi goreng, dah tu sikit je bungkus. So ramai tak dapat makanan. Then aku bawak keluar bungkusan nasi yang aku sorok tadi dan aku pass kat orang2 yang tak dapat makanan moreh.

Tahu tak? Diorang semua makan nasi yang aku bagi tu sampai licin! Siap makan dengan aku lagi! Jadi sekarang aku wonder, kenapa pakcik tu nak kena angkut makanan berbuka tadi masuk kereta dia? Kenapa dia tak tinggal je atas meja sebab berlambak je orang nak makan after moreh.

Oh ya, actually pakcik ajk tadi tu terkejut tengok ada orang ramai makan nasi yang sama after moreh. Muka ni pelik semacam tengok. Mesti dia heran macam mana ada nasi terlepas dari masuk kereta dia. Haha. Tapi nasib dia tak nampak aku yang angkut nasi tu tadi haha.

So sejak haritu aku sense something dengan ajk masjid ni. Pakcik tu bapak ajk masjid ni jadi aku rasa dia agak tak amanah dalam pengurusan makanan masjid. Sepatutnya makanan tu untuk orang yang datang masjid, boleh dimakan untuk moreh kalau tak habis masa berbuka. Tapi pakcik ni gi angkut masuk kereta dia, aku agak dia bawak balik untuk anak bini dia.

Ni baru 1 akcik ajk masjid ni je aku nampak. Agak agak mesti ada banyak lagi penyalahgunaan kuasa yang kita tak nampak berlaku kat luar sana kan?

Oh kadang2 aku terfikir jugak, setiap kali nak derma kat masjid, aku terfikir. Adakah duit ni akan sampai kepada orang susah? Atau digunakan untuk pembinaan masjid? Atau hanya akan jadi duit gaji ajk masjid?

Sepatutnya duit derma langsung tak boleh jadi duit gaji ajk sebab ajk dapat elaun dari kerajaan negeri. Pakcik aku ajk masjid gak tapi dia dapat elaun rm300 dari kerajaan negeri, tapi dia memang buat kerja dan amanah. Takde pulak dia dapat duit gaji lain atau duit poket lain.

Korang rasa?

– Didi

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *