Vision Board

Vision Board

Aku tertarik dengan perkongsian Kak Hajar dalam (https://iiumc.com/berubah-untuk-bahagia-2). Masa dia share post (https://iiumc.com/lovable-wife-vs-leavable-wife) tu, penerimaan orang kan bercampur baur.

Aku personally setuju dengan pendapat dia yang kita sendiri kena berubah jika kita nak bahagia. Tak kisah lah perubahan itu untuk terus bertahan dalam hubungan atau kembali solo. Tak kisah jugalah hubungan itu sesama suami isteri ke, mak anak ke, adik beradik ke, ipar duai ke.

Yang penting sayangi diri sendiri, cari bahagia sendiri. Kerana ibarat teko, apa yang dikeluarkan adalah apa yang dalam isi perutnya. Takkan dalam teko ada teh, tiba2 tuang keluar kopi, kan? Begitu juga kita, jika dalaman kita penuh kasih sayang, penuh kebahagiaan barulah kita mampu untuk keluarkan kasih sayang dan kebahagiaan untuk orang2 di sekeliling kita.

Rule of thumb : we can NEVER change other people. But we CAN CHANGE ourselves by changing our inner thoughts.

Tak kisah apa masalah anda : rezeki, jodoh, hubungan sesama manusia, konflik dalam diri, dsb. YOU have to find strength within yourselves. The hero is within you. Macam lagu Hero – Mariah Carey cakap tu betul sangat. Apa yang dah dikongsikan oleh confessor2 lain tentang baca Al-Quran, zikir, solat, Qiamullail, zakat, sedekah, etc, semua tu lagi bagus. Aku nak share tips pulak dari segi merealisasikan impian menggunakan Vision Board (VB).

Beberapa tahun lepas ada seorang sahabat aku ni bercerita dengan penuh semangat tentang VB dia. Dia tunjukkan buku yang dia lukis2 apa dia nak capai dalam masa setahun, 5 tahun, 10 tahun. Dia tunjukkan logo2 syarikat MNC yang dia nak approach untuk jual produk dia. Dia ceritakan gambar mana yang dia dah dapat dan kebetulan2 yang berlaku seperti apa yang dia tampal/lukis dalam VB dia.

Dia ni orangnya berbadan besar, cakap pun ada pelat sikit atau orang putih kata “lisp”. Dulu dia memang takde keberanian nak bercakap depan orang (public speaking), rasa inferior. Tapi kerana dia ada impian, dan nothing will stop her from achieving her dreams, sekarang dia dah jadi orang yang terkenal, banyak dah award dia menang, local & international recognition.

Masa mula2 aku dengar dia cerita dulu, masa tu dia baru je cuba2 untuk berubah. Kejayaan2 yang aku cerita kat atas ni pun belum berlaku. So aku macam percaya tak percaya. Iyyyeeee keee? (sila baca dengan nada sinis MatLutfi). Aku cuba lah buat juga tapi dengan hati tak berapa percaya. Setengah jalan, terbengkalai VB aku.

Few months passed. Aku dapat masuk satu kursus. Dalam kursus ni tup2 ada topik Law of Attraction : Change your inner thoughts and you will change your life. Trainer cerita punya cerita, aku dah nampak lah logiknya buat VB tu. Yet, still tak buat gak. (facepalm).

Kemudian aku masuk satu kursus lain. Dalam tu diceritakan dengan lebih mendalam – dan dikaitkan dengan Islam. Secara ringkasnya aku simpulkan bagaimana dengan membuat VB dapat membantu kita memberitahu Allah secara tepat apa sebenarnya yang kita mahukan sangat2 dalam hidup ni. Ini semua kerana OTAK kita yang Allah ciptakan sangat istimewa. (Masa ni aku dah buat sungguh2 dan alhamdulillah satu persatu jadi realiti.)

Otak kita ni sebenarnya tak tahu apa hati kita nak. Otak kita tak tahu bezakan baik dan buruk. Sebab tu orang tua2 marah anak cakap “anak bertuah”. Sebab kalau marah cakap “anak tak guna”, otak mak akan fikir “tak guna anak aku ni.” Otak anak akan fikir “aku ni anak tak guna.” Bila dah fikir yang negatif, akan melahirkan tindakan yang negatif baik dari pihak mak mahupun si anak. Begitu juga kalau asyik sebut positif, positif lah jadinya.

Di sinilah letak logiknya Allah kata “Aku mengikut sangkaan hambaKu.” Bila kita husnuzon setiap apa kedukaan yang berlaku pada kita tu ada hikmahNya, kita akan lebih mudah untuk berlapang dada dan teruskan berjuang sebab kita percaya mesti ada benda Allah nak bagi. Tak dapat kat dunia, Allah bagi kat akhirat besok.

Balik pada cerita otak, kenapa VB ni seeloknya letak gambar? OK semua cuba test ye. Kalau aku cakap tembikai, first thought yang datang dalam kepala otak korang apa? Gambar buah tembikai ke atau tulisan T.E.M.B.I.K.A.I.? Mestilah gambar buah tembikai kan?

Maksudnya, otak kita lebih cepat tangkap bila ada gambar. Jadi bila otak tengok kita dah tampal2 gambar banyak2 tu maka subconsciously, tindakan kita, kelakuan kita akan membawa kepada penterjemahan VB tersebut dalam kehidupan realiti. Jadi goal2 hidup kita, apa jua benda yang kita nak capai, our subconscious mind akan support tindakan kita.

Tips tambahan : nak kirim doa kat orang yang nak pergi Mekah pun senang. Cakap je : weh, kau tolong doakan depan Kaabah yang VB aku jadi realiti tahun ni. Takdelah orang tu penat berbuih2 mulut nak baca skrip kita. Kesian dia, doa untuk diri dia pun dah panjang lebar.

Selingan : Mentang2 bulan pose, jangan plak korang bayangkan air tembikai dikisar fresh2 pekat tanpa gula dengan ketulan2 ais yang menggiurkan ditambah pula dengan payung kecik comel terletak di bibir gelas tu. (Haha, abeh ar aku kena kecam ni!)

Ok sorry2. Next. Macam mana nak buat Vision Board?

1. Kumpulkan suratkhabar/majalah tak pakai, manila kad, gunting, gam, pen warna warni (kalau rajin).

2. Belek2 suratkhabar / majalah dan kalau nampak ada gambar yang berkenan tu potong & letak tepi dulu. Ulang sampai dah takde gambar nak potong.

3. Belek balik gambar yang dah dipotong. Fikir dalam2 “Why i want this picture?” “When i want this picture?” Ini adalah proses reasoning kepada otak agar otak percaya yang mencapai gol tersebut adalah sangat penting untuk kita.

4. Susun & gam gambar2 tersebut kat manila kad tadi. Tulis sikit nota tambahan jika perlu supaya beberapa bulan akan datang bila kita tengok balik kita masih ingat BIG WHY kita pilih gambar tu. Dan letakkan target bila nak capai.

5. Dah siap, tampal kat tempat yang kita senang nampak. Luangkan masa untuk tatap VB tu hari2 dan imagine apa perasaan kita kalau kita dah berjaya capai gol tersebut. Kalau nak bercakap dengan VB tu pun cakap jelah. Adakalanya kita perlukan affirmation untuk yakinkan subconscious mind kita.

6. Dalam doa kita sentiasa selitkan agar Allah kabulkan gol2 dlm VB kita. Jika Allah tak kabulkan sekali pun, semoga Allah gantikan dengan outcome yang lebih baik.

Seeloknya juga buat VB ni dengan anak2. Jadi mereka tahu apa mereka nak dalam hidup ni. Jadi dari kecil mereka dah ada halatuju mereka dan kita sebagai ibu bapa tinggal bagi galakan dan motivasi untuk mereka capai impian mereka. Kenapa perlu mula dari awal?

Pernah tak dengar keluhan graduan yang cakap : “Aku sebenarnya tak minat course Engineering tapi aku tak tau minat aku apa so belasah jela ambil jugak.” 2 tahun kemudian dia cakap tak boleh bawa course tu dan nak tukar course. Kan dah rugi masa, tenaga, wang ringgit mak bapak / ptptn, peluh keringat, air mata darah, perahan otak, dsb. Jadi, bantulah anak2 kita untuk discover impian & minat mereka seawal mungkin. Kerana hanya dengan minat & passion sahaja lah yang boleh membuatkan seseorang tu persevere dengan cabaran dalam mengejar cita2 mereka.

If you follow your heart, believe in your dreams, trust your inner guidance, take action, and persevere no matter what, you will eventually find yourself living a life far greater than you ever could have imagined.

– Jack Canfield.

Rasanya tu je lah kot yang boleh dikongsikan untuk VB ni. Kalau ada salah silap tatabahasa, ayat tak best, tunggang langgang, campur aduk aku minta maaf. Takde bakat seorang penulis. Hehe.. Lastly, aku share kan mesej orang kopipes. Jazakallah to unnamed author yang menulis bait2 yang sungguh indah & deep tahap nak sepak diri sendiri.

================================
Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing2.

Ada yang masih single. Ada yang nikah 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah. Ada yang dah nikah 10 tahun, tapi masih belum ada anak. Ada yang baru nikah bulan lepas, hari ni dah mengandung.

Ada yang grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap. Ada juga yang grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yang muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal. Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Zon masa kita semua tak sama…

Jadi tak perlu merasa kita ‘tertinggal’ hanya bila nampak orang lain lebih berjaya, masa kita belum sampai…

Obama retired masa umur dia 55, tapi Trump ‘bermula’ pada umur 70. Hanya zon masa mereka saja yang berbeza. Tapi sama2 dapat jadi Presiden.

Ada yang dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yang dah ada cucu di umur yang sama… Malah ada yang baru menimang cahaya mata pertama di umur yang sama…

Ada yang ‘depan’ dari kita… Tapi ada juga yang ‘belakang’ kita.

Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan.

ALLAH ada perancangan berbeza untuk kita semua.

Jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih…

Mereka bergerak dengan zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

You are not late.
You are not early.
You are just on time.
Jangan stress.
Keep going.. teruskan dengan apa yang dikerjakan.

Percayalah bahawa perancangan ALLAH jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.

Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh.

Difikiran nya siapa lah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapa kah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.

Ada orang, anaknya semua lelaki…..

Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti.

Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku???

Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga. Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing2.. siapalah yang nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia. Di tangan anak. Di tangan suami.

Walhal yang jaga kita itu ALLAH.

Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak2 ada di sisi menjaga.

ltulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak ALLAH.
Yakin,
Yakin,
Yakin.

Jangan runsingkan kerja ALLAH.
Runsingkan kerja kita yang asyik tak siap ni.

Jangan runsing belum ketemu jodoh.
Jangan bising masih belum ada zuriat.
Jangan sedih hanya kerana beranak sorang.
Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki.
Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jangan pertikaikan…
“eh nanti tua siapa nak jaga kau.”
Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti. Sempat ke kita tua?

Masa depan kita sentiasa dalam kekuasaan ALLAH.

Dan ALLAH itu Maha adil.

Setiap orang akan dapat apa yang ALLAH kata dia layak dapat. Kuatkan pergantungan kepada ALLAH, itu yang paling penting.

Pendek kata ALLAH ADA. Jangan takut.

ALLAH sebaik-baik perancang ALLAH sebaik-baik pelindung.

Hasbunallah wa ni’mal wakeel, ni’mal maula wa ni’man nasir.

– Just sharing (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit