Wad Psikiatri Perempuan PPUKM II

Untuk part I, (https://iiumc.com/wad-psikiatri-1j-perempuan-ppukm/).

Warning : This is gonna be a long boring post if you are not a person who promote Mental Health Awareness or you are someone who doesn’t believe in it at all. Read at your own risk.

Assalamualaikum dan hai. It’s me again, ML, my 4th confession if it is being published. Lama gap in between previous post dengan this one, there has been a lot of things going on. Really a lot.

And I’ve been delaying day to day basis for absolutely no concrete reasons at all. But now, I am watching Joker, and I started to feel what he felt. I feel connected.

But before we go further, I’d like to thank all of you who read my previous confessions and supported me. I valued and treasure each and every kind word you guys gave previously.

Ada seorang yang bertanya, whether or not the confession was fake. How I wish everything was fake, but unfortunately brother, it wasn’t and it in fact is very much true, happening to some of us, not just me.

Ada juga yang bertanya, apa punca sebenarnya yang jadi depression. To be honest, pandangan aku sendiri sebagai seorang yang melalui phase ni, it can be caused by numerous reasons.

PTSD, trauma, heartbreaks, betrayal, chemical imbalance, family history etc. Depends on one’s mind and body tolerance to how we accept things.

Aku takde jawapan tu. Kalau kau google sekalipun, lebih kurang sahaja. It revolves around the same circle.

Dan satu lagi soalan dari previous post, whether or not I am a Petronas staff. Fortunately, no. Bukan sebab Petronas tidak bagus, tapi aku sendiri tak yakin aku mampu cope dengan stress and pressure working there.

My acquaintance works there, and I know how stressful it could be and I too, know me very well, I wont be capable of handling it. I work at one of the 500 Fortunes Company, recently won few awards internationally.

My English is not as good, and I just keep learning day by day. Aku entertain international clients and the first language in office is English so I had to keep up with it too.

Maaf, panjang celoteh untuk menjawab soalan soalan dari post sebelumnya.

Jika masih kalian ingat, kisah aku sebelum ni aku dedikasikan untuk orang yang sedang berperang dengan sesuatu yang tidak kelihatan, dan tentang rawatan dan servis di PPUKM.

Aku sangkakan selepas episode tersebut, aku akan rasa lebih elok. Dengan support yang aku dapat. I’ve never been so wrong.

A lot of things have happened since the last confession. Aku diberikan pengecualian oleh HR untuk sambung MC disebabkan aku cuma diberikan 2 hari hospitalization leave sebelum sambung bekerja dan aku belum bersedia.

Kata mereka, pergi sahaja ke mana mana nearest GP and get an extension of MC if you cant do it, they can completely understand.

Jadi bermula tengah bulan 8, kehadiran aku lompang sana sini. Jujurnya, aku sangat risau hal tersebut akan mempengaruhi kerja aku dan company akan gunakan alasan tersebut untuk kick me out.

So I had a meeting session with global security team and HR team due to what had happened.

And I asked them, will this impact my reliability to work here, will company use this against me, and I was so thankful that the answer they gave me was,

“S****, we got this question a lot. And trust me, if we don’t want you here, we will not have this session. We are having this session because we want you here with us”.

Now aku on sabbatical leave before company’s medical team decide whether I can get a fully paid leave.

Our company ada policy whereby for prolong illness, we are given 6 months leave with full salary, now dalam proses untuk evaluation by the medical team. Let’s not even go there. Panjang pulak nantinya.

In between the time I have intermittent MC and present to work, I lost my mind a lot of time.

There was this one time bila aku tengah kerja and paused for a while, my mom walked into my room to get something, and I started talking with her, few short liners.

And I started crying. And it became a very sorrow weeping and I started screaming and stomping my feet on the floor.

My mother was very shocked, sebab dia tak pernah tengok aku seteruk tu. Kalau tanya aku kenapa, aku tak tau kenapa aku menangis. Atau mungkin masa tu aku tak nak tau.

Aku ping boss aku, minta sign off sekejap. Lepastu aku menangis teruk, mak aku ambilkan air yang ustaz buat, sapu muka, suruh aku minum, makin teruk aku menangis. Menangis yang menjerit sesungguh hati.

Bila dah bertenang, aku masuk kerja balik tapi 5 minit sahaja lepastu meltdown lagi.

Mak aku dah hilang arah, call ayah aku suruh balik cepat. Mak aku dah azankan aku, peluk kuat kuat, bila ayah aku sampai je rumah, keadaan dah reda. Few minutes lepastu, aku start meltdown lagi.

Jujurnya, aku tak tau. Aku ingat yang aku rasa terluka, hati aku rasa kosong. Banyak kali sangat hingga aku lost count. Aku tidur malam pun dikanan aku, mak, dikiri aku, ayah.

Aku pernah terjaga pukul 1 2 pagi menangis menjerit jerit, adik aku menangis sebab aku cakap tolonglah aku. Tolong aku, ambil pisau dan tikam aku, aku letih sangat sangat.

Dan adik aku menangis, katanya “kenapa jadi macamni, kalua along pergi, ** dah takde sesiapa. ** letak nyawa ** di depan, bukan nyawa along di depan, tolong jangan macam ni”.

Berkali kali, hingga aku letih. Sekarang, bukan langsung tiada rasa untuk menangis, tapi aku penat, aku pendam dalam dalam, tapi aku risau, if it is too compressed, it will go boooom again and aku akan end up di wad lagi.

Aku rasa betul betul hilang arah, aku attempted suicide twice dan aku tinggalkan surat sekiranya aku tak bangun lagi dan aku kunci pintu bilik. Aku kelar nadi aku tapi malangnya pisau tak cukup tajam, semua peralatan tajam yang lain dah disembunyikan.

Dan aku ambil 15 biji pil tidur supaya aku tak bangun. Dan beberapa jam lepastu, parents aku bukak pintu bilik, terkejut dengan apa yang jadi dan terus bawa ke hospital.

Hospital buat proses untuk clean balik apa dalam perut aku, dan ayah aku bawa ke hospital swasta, diorang refused to take my case and asked my father to bring me to GH.

My dad tak bawa, sebab dia taknak aku admit wad psikiatri lagi.

Aku makin lama makin rasa kosong. Makin hilang arah. Makin mati. Hidup, tapi cuma jasad. Bukan jiwa.

Sakit sangat rasanya. Sakit yang teramat. Dan ayah aku juga usahakan untuk berubat secara perubatan Islam.

Ustaz tersebut nun jauh di Timur sana, ayah aku drive juga. Dan waktu dia ubatkan aku, aku dengar ayat ayat ruqyah dengan rasa kosong, sekosongnya.

Ustaz tersebut tak sentuh aku, dia alihkan barang kotor (jika ada) ke telur yang baru dibeli dikedai. Selesai semuanya, ustaz tu suruh ayah aku pecahkan telur tu.

Termuntah muntah semua. Bau busuk, dan bila tengok, dalam tu ada rambut, tanah hitam oren, jarum, nanah, rumput. Busuk yang teramat. Bila ditanya siapa, ustaz tu kata takpelah tak perlu tau. Kita berubat sahaja.

Dan aku tengok ayah aku menangis bila ustaz tu kata sihir yang dihantar adalah untuk ayah aku, tapi sang penghantar tahu titik kelemahan ayah aku, aku. Maka aku terpalit sama.

Teresak esak dia menangis. Banyak lagi kisah kisah lain sewaktu berubat tapi bagi aku, itu Cuma tambahan kepada masalah mental yang sedia aku hadapi.

Satu hari, beberapa minggu lepas, aku lost control lagi. I came clean with my father, apa yang aku rasa terhadap dia dan mak aku. Betapa aku rasa aku dikhianati.

Dan aku mula persoalkan dan aku tanya ayah aku, Tuhan kata Dia uji hamba Nya sebab Dia tahu sang hamba mampu, tapi Dia dah lihat aku jatuh berkali kali, mana Tuhan? Kenapa Dia buang aku?

Ayah aku cukup terkejut sebab dia tak pernah tau selama ni aku banyak pendam rasa, terasa hati dengan mak ayah aku. Time tu, aku sedang makan, aku makan sambil lap air mata. Sikit pun aku tak rasa sedih, cuma air mata keluar macam paip.

Ayah aku tanya, tekad benarkah aku untuk mati, untuk tinggal dia? Aku jawab ye. Aku rasa kosong. Aku tak nampak apa lagi yang tinggal untuk aku. Ayah aku tanya, langsung takde ruang untuk dia kat hati aku ke?

Dia minta maaf untuk apa yang aku rasa, apa yang aku pendam tanpa luahkan selama bertahun tahun. Aku cuma jawab, entah. Aku bangun cuci tangan dan cakap yang aku nak tidur.

Dia ikut aku masuk bilik, dan minta izin untuk peluk aku. Dia minta maaf, dia cakap bila dia dah tua, dia nak aku jaga, dia taknak orang lain jaga. Dia minta aku untuk tak tinggalkan dia. Dan hari hari seterusnya dia akan call mak aku untuk check aku okay ke tak.

Dan cara percakapan, cara dia approach aku sangat berbeza. I see his effort to make things better for me, tapi bila hati kau dah rasa kosong, entah.

Mak aku? Cold war for few days. She didn’t take things well bila aku question tentang Tuhan. Bukan aku menolak Tuhan, tapi aku tanya, mana Tuhan bila aku jatuh tersembam berkali kali.

I draw a line and I stand firm on the line so I wont fall back to what broke me before and to protect me from being hurt again.

Dan kalau kalian ingat, aku sentiasa mention tentang psychiatrist aku yang aku jumpa since 2017, our last meeting 2 weeks ago, it didn’t go well. Aku hampir baling my cup of hot milo to him.

The vibe was tense and he told me the same. He felt a very weird vibe and he told me to alert him before I throw anything to him so he‘s at least prepared.

And he gave me an advice since I was and still having an active suicidal thought, “this may sound silly and directive, but just go ahead and cut your hands if it makes you feel better”.

Sebab dia tau bila aku kelar tangan, aku cuma melepaskan apa yang sudah padat terbuku di hati, bukan untuk mati. Seolah pressure cooker, kau release tekanan. Itu sahaja. And I know he was trying to distract me from the suicidal thought.

It’s tough, guys. It really is. Cousin yang selalu aku luahkan perasaan, dah jadi ibu. Masa dia banyak dengan anaknya. Aku takde tempat lain selain menulis di sini, menangis dan terus menangis.

Aku letih sangat sangat.

Aku tau, semua berterabur.

Tak tersusun seperti selalu.

Aku cuma nak bercerita.

Supaya nanti aku tak lupa

Yang aku pernah lalui waktu sengsara

Yang aku pernah terluka jiwa

Dan aku berpaut erat pada yang tiada

Untuk bangkit seperti sediakala

Tapi masih juga jatuh, langsung tak terdaya.

Aku tahu aku akan dikecam kerana persoalkan Tuhan,

tapi tolonglah, lagi sekali aku merayu, jangan.

Kami sudah cukup terbeban.

Aku cuma mencari jawapan.

Bukan ingin melawan arus yang ditetapkan.

Arus kami dan arus kalian berbeza ketetapan aliran.

Sudah penat rasanya berusaha nak jadi normal seperti kalian

Doakan aku teguh dan tidak berpaling dari Tuhan.

Terima kasih kerana membaca. Dan sekiranya yang baik baik sahaja datang dari komen kalian, terima kasih. Aku doakan yang sama. Yang mendoakan atau mengatakan sebaliknya, aku maafkan. Kerana kalian bukan di tempat kami.

– ML (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *