Wahai Lelaki

Salam,
Mohon sgt cerita saya disiarkan agar kaum lelaki sedar. Kes semakin kronik disebabkan tiada kesedaran oleh kaum lelaki zaman sekarang.

Kerja rumah semestinya kaum wanita punya hal, itu dah diajar oleh orang dulu kala lagi. Tapi zaman sekarang konsep tu dah tak valid. Sebab kenapa? Dulu konsep tu digunakan sebab seorang wanita itu merupakan suri rumah tangga sepenuh masa. Tidak bekerja berkongsi zahir untuk mencari rezeki.

Zaman sekarang, kebanyak kan suami isteri bekerjaya. Disebabkan ekonomi dan setengah si isteri sanggup berkorban berkongsi zahir untuk mencari rezeki bagi meringankan beban si suami. Dengan itu secara automatiknya isteri berkongsi duit perbelanjaan bersama, tapi adakah suami berkongsi kerja di rumah bersama? Dalam 10 pasangan , sy pasti tak sampai separuh pon suami sanggup berkongsi kerja di rumah bersama isteri.

Senario yang diberi contoh agar kaum lelaki lebih faham:
Ali dan Aminah berkahwin dan dikurniakan seorang anak, kini berumur 2 tahun. Mereka bekerja sebagai pegawai di sebuah syarikat. Working hours Isnin – Jumaat, 8pagi -5ptg.

Rutin harian bagi Aminah ialah : Rutin harian bagi Ali ialah :
-Siapkan makanan suami dan anak – Tunggu makanan dihidangkan
– Siapkan pakaian suami dan anak – Pakai baju yang siap digosok rapi
– Kemas rumah – Menonton tv, baca surat khabar, tengok social media
– Basuh, Sidai, Lipat baju – Baju digunakan longgok di tepi katil
– Jaga baby – Sumbat puting bila baby nangis

Duit dikongsi oleh Aminah ialah : Duit yang wajib dibayar oleh Ali ialah :
– Bil elektrik : RM150 – Sewa rumah : RM700
– Bil Air : RM30 – Kereta : RM500
– Barang dapur : RM300 – Minyak : RM300
– Barang baby : RM300

Bila Aminah penat pasti die akan membebel, diungkitnya kenapa tak berkerjasama seperti mana dia sanggup berkerjasama berkongsi rezeki. Tercetusnya pergaduhan kerana sang suami mengunakan kuasa veto nya ‘BAHAWASANYA AKU IALAH SUAMI’. Isteri kene dengar kata suami. Terdiam Aminah dibucu katil sambil menyusukan baby mereka. Aminah tanpa berkata apa apa, kembali kepada rutin harian nya sambil makan hati yang sangat mendalam sambil tercetusnya kata kata kecil di hati seperti :
” Aku pon kongsi duit, kau tu? ”
” Kenapa la nasib aku mcm ni, tak mcm si Ramlah. Najib rajin tolong bini die”
” Aku nekad, bulan depan tak nak kongsi duit”
” Baik jadi suri rumah sepenuh masa”
” Ada anak laki, aku nak didik die supaya tau buat kerja pmpan. Kalau tak jgn kawin”
” Baik laaaaaaa aku jaga baby sndri, ada laki pon sama je”

Jika Ali masih bertegas untuk mengunakan kuasa VETO nya, semestinya pergaduhan akan sentiasa tercetus. Dan menjadikan rumah tangga mereke retak dan diakhiri dengan perceraian.
* ini cuma contoh yang tragik jika tidak diambil iktibar, nampak kecik sahaja kes nya. Tapi wahai lelaki sila ambil serius dengan kedaan ini.

So, kat sini saya sebagai wakil isteri yang berkejaya menyeru wahai suami yang dicintai hingga ke Jannah! Kami tidak meminta lebih, kami tau tanggungjawab isteri di mana. Tapi mohon untuk ringgan kan kerja si isteri di rumah seperti mana kami meringgankan tanggungjawab anda sebagai si suami untuk mecari rezeki keluarga.

Sebagai contoh wahai suami, ini salah satu cara untuk meringgankan beban isterimu. Agar seorang isteri tidak murung, makan hati, kuat bebel, kekedang suka terungkit ialah seperti :
1) At least bangun pagi, tolong kemas katil dan bukak tingkap
2) At least baju kotor letak di bakul baju kotor
3) At least tlg basuh dan sidai baju
4) At least tlg basuh pinggan selepas makan
5) At least cawan yang digunakan tlg basuh sendiri, dan nampak pinggan kotor di sink sambil sambil tlg basuh kan agar dapur tak kan kotor
6) At least lepas tengok tv, kusyen tlgrapikan
7) At least surat khabar yang dibaca tak perlu tinggalkan di tengah alam. Tlg lipat kan letak atas meja
8) At least seminggu sekali tlg basuh kan toilet
9) At least tlg vacum and mop seminggu sekali
10) At least tlg amik baju dalam almari jangan sepahkan
11) At least tlg jenguk isteri bila masak sengsorang kat dapo. Jgn la berdugong dpn tv je
And anak tolong la jaga sama sama. Mungkin isteri siap kan makanan, suami mandi kan baby. Lagi pon time tu la nak bonding dgn baby kita. Nanti baby menangis nak cari mama die je, papa yang sentap anak sndri tak nak dengan papa nye. Dah kau yang pemalas nak jaga anak, buat anak pandai.

Wahai isteri, mintak la tolong suami dengan baik. Dengan nada yang baik. And sila gunakan perkataan ini ‘ TOLONG’ the most powerfull perkataan. Suami bukan jahil sgt, dieorg akan tlg kalau korang mintak tlg bebaik. Cecuba mcm ni ‘ sayang TOLONG, please tiap pagi bukak langsir dan kemas katil ye’

Wahai suami, isteri mu penat. Mohon bagi pertolongan kpd mereka. Tak mintak masak kan nasi beryani tiap hari pon, teman isteri potong bawang masa memasak pon dah memadai. Cuba tanya mcm ni ‘sayang nak abang TOLONG apa apa?’ siap sedia la, akan ada list pertolongan yang diperlukan dan jangan risau, isteri tak kan sampai hati mntk tlg kesemuanya. Mungkin 2 dari 5 pertolongan diperlukan nya.

Saya harap tulisan sy ini memberi impak kepada semua. Dalam perkahwinan, kita perlukan kerjasama. U need me, i need you. Sesama la kita menajaga hubungan suami isteri bersama ya semua. Masa kawin pon mintak tlg suami suapkan makan kan? Tak kannn la time tu je suami nak tlg.

Sy tak menangkan kaum wanita, tak salahkan kaum lelaki. Ini cuma sebahgian contoh yang boleh sy beri. Setiap org senario berbeza, jadi korang adjsut ikot situasi memasing ya?

Sy doakan rumah tangga kita semua kekal hingga ke Jannah. Bg sesiapa yang belum dikurniakan zuriat, sy doakan anda semua dipermudahkan. Bg sesiapa yang belum bertemu jodoh, sy doakan dipermudahkan juga.

Dengan itu, sy memohon maaf jika ada kesilapan dalam penulisan. Dulu BM sy fail, tapi harap ada point yang korang dapat. hehe. Terime kasih semua.

Salam

– seorang isteri berkerjaya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit