Wanita, Jom Berubah!

Hello readers. Makin lama aku rasa kecewa dengan pemakaian hijabista kat dunia, specifically kat Malaysia tercinta ni. Pakai tudung tak labuh sampai dada, tu salah tapi kita doakan nanti dia berubah labuhkan lagi tudung sampai ikut syariat.

Tapi sekarang lagi dahsyat. Gaya turban (pakai baju turtle neck dengan turban). Sebenarnya aurat awak-awak terdedah ye. Ada pulak tren pakai tudung ala mak datin, yang nampak jambul/anak rambut. Pakai tudung jarang. Tak faham motif pakai tudung macam tu. Ada juga yang tudung labuh di depan, di belakang singkat dan Nampak leher/badan (bila pakai baju yang ada butang belakang tu). Sila hati-hati.

Tudung belakang perlu labuh selain untuk menjaga kulit dari terdedah, nak cover tali bra juga. Sebab ada je jenis kain baju yang menampakan tali bra. Bila tudung singkat, orang akan Nampak semuanya.

Ada juga trend pakai baju long sleeves tapi kainnya jarang. Lining hanya di bahagian badan. Bahagian tangan covered dengan kain jarang je. Aurat tak ditutup sempurna. Apetah lagi bila pakai lengan pendek/3 quarter sleeves tanpa inner.

Tapi zaman kini makin dahsyat. Pakai tudung Nampak okay dah kat atas (tudung n not turban), tiba2 pakai seluar/skirt senteng. Mungkin korang dah biasa tengok wanita pakai seluar/skirt senteng atas buku lali kan. Tapi sekarang ni trend pakai seluar/skirt bawah lutut. Aku tak tipu. Terkejut aku tengok.

Dah beberapa kali aku terserempak orang dengan trend macam ni. Atas Nampak okay bertudung, tiba2 nampak kaki terdedah dari bawah lutut ke bawah (bukan berstokin). Tolong la korang, aurat bukan untuk dibawak main. Ini bukan lawak. Jangan biar orang ketawakan kita.

Fesyen ada batas. Tolonglah buat orang hormat kita sebagai Islam. Biar orang hormat agama kita. Jangan biarkan kita menjadi hamba fesyen dan membuatkan orang bukan Islam dan syaitan tertawa dengan kita yang seolah-olah mempermainkan aurat.

Untuk artis, instafamous dan influencer, nak minta tolong korang promot cara berpakaian yang betul. Menutup aurat mengikut syariat. Korang boleh cakap korang bebas untuk pakai apa je sebab tu hidup korang. Tapi korang pon tahu yang korang banyak followers, even followers korang ni dah besar panjang, dorang masih terikut cara korang berpakaian.

Bila korang pakai baju jarang, inner spaghetti tapi bertudung, nanti ada orang ikut. Bila korang pakai tudung tunjuk anting-anting, dorang ikot. Bila korang pakai seluar senteng Nampak buku lali, dorang ikot. Maka tolonglah kita ubah sama-sama. Jangan disebabkan kita influencer hebat, pakai pakaian tak ikot syariat, orang tiru style kita, kita pon dapat saham dosa dia. Nauzubillah.

Kadang-kadang aku akui ada style yang Nampak comel, sebagai wanita aku ada rasa nak cuba gaya yang dirasakan trendy. Tapi bila fikirkan dosa yang dah sedia menggunung, tak sanggup rasanya untuk tambah lagi. Tambah-tambah bila bukan setakat dosa aku yang bertambah, dosa suami, ayah dan abang pon akan meningkat sama. Aku tak tak sanggup menjadi punca mereka terseksa di sana.

Untuk mak, ayah, suami dan abang. Semoga korang terus tabah dan sabar menasihati dan membimbing kami ke jalan yang benar. Terima kasih kerana sentiasa tegur bila tidak memakai stoking, tidak memakai sarung tangan, berbaju keta, tidak labuhkan tudung depan dan belakang, memakai baju jarang. Terima kasih sentiasa tegur sebab nak kita semua sama-sama ke syurga.

Terima kasih suami sebab menjaga saya agar tidak terikut trend semasa yang tidak mengikut syariat. Terima kasih sebab tak pernah suruh saya pakai baju trendy macam kawan-kawan awak atau isteri kawan awak yang Nampak comel dengan trend semasa. Terima kasih menjaga dan membantu saya mencari syurga.

Wahai wanita, kasihanilah ayah, suami, abang atau adik lelaki malahan atok kita. Mereka dah bimbing, nasihat dan ajar kita untuk memilih yang baik dan buruk, yang benar dan batil. Jangan balas kasih sayang mereka dengan menambah dosa mereka dan mengheret mereka ke neraka disebabkan keengganan kita menutup aurat dengan sempurna di dunia ini.

Kalau benar sayang keluarga kita, jom la berubah. Takpe panas sikit. Takpe tak bergaya up-to-date, asalkan kita tak balas kasih sayang dan pengorbanan mereka dengan dosa dan neraka. Jom la berubah. In syaa Allah kita boleh.

– Takot terikut trend semasa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *