What ‘Risk’ Do You Prefer

Assalamu’alaykum dan salam sejahtera. Saya nak share tentang pengalaman match making. Alhamdulillah pernah ada pengalaman match making sama ada secara offline atau online. Sejujurnya mencari jodoh ni memang betul rahsia Allah. Tak ada formula yang tepat nak cari jodoh yang kita idamkan. Hanya ada pada kita adalah usaha dan doa. Ada satu tips dari Allah yang tak pernah berubah iaitu 1 criteria out of 3 criterion is deen.Plus akhlak yang baik. Ok,tak nak bersyarah pula di sini, tetapi nak kongsi tentang ragam memilih jodoh. Berikut adalah ragam yang ada:

1) Nak cari pasangan yang ada rumah,kerja tetap,satu negeri. Lepas tu nak yang matang (tak nak yang manja-manja, suka merajuk,bergaduh tentang perkara remeh dll). Ok, calon yang ssuai untuk kriteria macam ni adalah pasangan duda atau janda. Sama ada duda atau janda,bermadu , yang tiada anak atau sudah ada anak. Maka perlu bersedia menjadi ayah/ibu segera.

2) Nak pasangan yang sedap mata memandang, tinggi,muka ala-ala korean atau kulit cerah. Usia sebaya/muda 2-3 tahun atau gap umur tak lebih daripada 5 tahun. Ciri-ciri macam ni sesuai untuk mereka yang baru habis sekolah,graduate dari universiti. Pada masa yang sama tengah struggle kumpul duit,cari kerja. Biasanya si perempuan sukar ada peluang nk jadi suri rumah. Kena terima kenyataan akan ada ramai peminat tak diundang sebab calon masih muda+berwajah tampan/cantik.

3) Calon mesti baik agamanya, ada kerja stabil,ada rumah dan mampu bimbing keluarga (klau mahu cari calon suami). Ssuai untuk orang yang boleh terima wanita atau lelaki yang umur 40-an ke atas atau duda/janda. Biasanya golongan macam ni dah ada yang punya pada usia 20-35 tahun. Susah nak cari yang sama negeri. Biasanya isteri kena ikut suami (sebab calon dah ada kerja tetap). Suami yang sibuk dengan kerja-kerja dakwah dan Islam (biasanya macam tu). Jadi perlu beri sokongan penuh kepada suami, join aktiviti2 keagamaan suami. Jika wanita lebih solehah daripada calon lelaki maka calon lelaki perlu tingkatkan lagi,lebihkan usaha belajar ilmu agama,hukum haram perkahwinan dalam Islam supaya tak kantoi menjadi imam dengan keluarga mertua, isteri dan anak-anak.

4) Calon perlu berdikari,ada kerja sendiri,berpendidikan tinggi. Ssuai untuk mereka yang boleh terima calon yg berumur 35 tahun dan ke atas. Kalau yang ada master dan Phd pun belum tentu ada kerja tetap lagi. Biasanya mula membina kerjaya umur 30 tahun dan ke atas. Tidak pasti sama ada mereka boleh tolerate dengan Wang hantaran yang ‘murah’.

5) Calon berharta,usia dalam lingkungan 20-25 tahun. Biasanya orang macam ni calonnya anak-anak orang kaya. Biasanya ssuai untuk orang yang kaya juga sebab jarang anak-anak orang kaya even ibu ayah,adik-beradik (jika ada) mereka nak bersuami/beristerikan/bermenatukan orang kurang berada dari mereka. Kalau ada biasanya dalam depress yang tinggi lebih-lebih lagi topic perbuatan tentang hartanah,naik pangkat, melancong ke luar negara dll.

6) Calon bukan bangsa Melayu. Biasanya calon ini adalah foreigner atau muallaf. Persiapkan diri untuk membimbing mereka mengenal Allah dan mengamalkan ajaran Islam. Jika tidak kita akan dipertanggung jawabkan dengan lebih berat jika pasangan kembali kepada agama asal atau tidak belajar agama disebabkan kita tidak membimbingnya atau tidak membawanya ke kelas agama. Persiapkan diri tinggal di negara orang (mungkin 3,5,10 tahun ke atas tinggal di sana), belajar bahasa, budaya pasangan.

7) Orang yang bagus agamanya, muda (bawah 30 tahun), matang, ada pekerjaan stabil. Biasanya calon orang kampung, tidak di kawasan bandar,mungkin kerja dan gajinya lebih rendah dari anda (jika cari calon suami) dan jarang ada pendidikan sampai master,Phd.

Ada yang cukup semua tetapi gaji rendah sahaja,perlu tinggal di rumah mertua. Ada yang cukup semuanya tetapi tidak kacak atau cantik, ada yang hampir semuanya ada tetapi ilmu kurang dari kita. Ada yang hampir semua ada,tetapi gap umur 10 tahun lebih tua….atau si dia cacat,si dia belum ada rumah sendiri,si dia kerja kampung sahaja, si dia tidak pandai memasak, ibu bapa kita tak setuju,ibu bapa si dia tak setuju.

Pendek kata,tiada yang sempurna. Jika kita nak sempurna, mknanya kita belum lagi matang dan bersedia untuk berumah tangga. Mungkin kita sudah ada calonnya tetapi belum tentu calon tersebut fikir kita adalah orang yang layak menjadi pasangan kita.

Kadang-kadang kita mula belajar tentang realiti apabila usia dah masuk masuk 35 ke atas tetapi masih berhasrat nak kahwin..barulah tolak ansur tentang rupa,pekerjaan,negeri,umur…
Ada yang sanggup tunggu pasangan idaman sampai cecah usia 40-an. Apa2 pun jangan jadikn orang lain sebagai penyebab belum kahwin, teruskan usaha, bersabar dengan kehendak diri sendiri untuk terus mencari orang yang diidamkan dan jangan lupa jadikan syariat Allah sebagai pilihan utama dalam tips memilih dan menjadi pasangan yang soleh dan solehah.

Saya bukan bermksud nak kecam, mendedahkan aib,kelemahan tetapi mahu beritahu susahnya menjadikan jodoh untuk orang lain,bermacam-macam ragam. Ianya satu tanda bahawa jodoh itu rahsia Allah.Belajar menerima kkurangan material dan fizikal daripada bertolak ansur dengan kkurangan spiritual dan moral.

– ex-match maker

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit