Yakin + Allah : Tenang

Assalamualaikum, hai. Tak banyak, tapi sikit nak kongsi apa yang aku rasa sekarang ni. First of all, aku nak kenalkan diri aku dulu. Seorang perempuan, 27 tahun. Belum jumpa jodoh lagi, tak pernah pun berkenalan dengan mana mana lelaki.

Tentang kerja, kerja biasa gaji cukup cukup makan, bukan dalam bidang, apply kerja berlambak, satu pun tak dapat. PTPTN lagi tak bayar, bagi mak ayah pun tak banyak, nak repair kereta pun tak cukup duit, nak vacation apatah lagi. Dan, masih duduk dengan mak ayah.

Kenapa aku cerita semua ni, sebab semua nya lead kepada satu perkara iaitu aku mula bersangka buruk dengan Allah. *Nauzubillah minzalik, tapi ya. Aku mula mempersoalkan setiap apa yang Allah bagi dekat aku. Kenapa laaaaa camni. Kenapa laa camtu. Apatah lagi bila aq tengok kawan-kawan yang lain, macam mudah je kehidupan diorang.

Aku jadi stress. Aku rasa semua pun pernah je ada rasa benda ni. Tapi, nowadays aku start ubah sesuatu benda tu jadi something positif, dengan berpasakkan (berpasak eh) keyakinan dengan Allah, aku jadi tenang. Sebab aku tau Allah dah tulis macam ni, sebab ini je yang aku mampu hadap pun, aku rasa tenang.

Aku bagi contoh satulah. Dah 27, tapi tak pernah bercinta. Called me any name, noobs or what so ever. Dulu memang aku macam mempersoalkan benda ni. Sedang sedap mempersoal mempertikai, Allah tunjuk indirectly melalui pengalaman kawan-kawan aku (pergh, mindfreak duh). Pastu aku sedar, Allah nak nasihatkan aku, supaya bersyukur, “Allah pelihara dari lelaki-lelaki tak elok.

Allah nak pelihara aku dari sakit hati sebab Allah tau aku tak kuat. (kena reject dengan cinta sebelah tangan pun tak move on- move, apatah lagi yang dua belah tangan)Yakin je, nanti one fine day, Allah bagi jugak jodoh tu. Sementara ni, chill je”. Dan ye, ketenangan tu datang.

Same goes dengan benda lain. Kerja tak ikut bidang belajar; mungkin ini yang terbaik buat masa ni. Allah bagi kita peluang belajar benda relax-relax dulu, sampai lah Allah bagi yang lain, bila betul-betul kita dah ready.

Allah bagi kita duduk dengan mak ayah, insteads of kerja jauh-jauh, duduk bandar, rumah sewa, macam-best-je-nak-berdikari; sebab Allah nak kasik peluang kita ada dengan mak ayah sementara diorang Allah bagi pinjam. Tak ke sikit punya happy bila balik rumah, tengok muka mak ayah, penat pun hilang terus (insert Alhadulillah here). And the thing goes on untuk setiap perkara, sekecil seremeh apa pun.

Aku bukan lah nak boasting rasa diri ni positif gile or suci or what so ever. Tapi, cuba korang try. Try put positivity dalam setiap perkara, dan YAKIN; Allah tahu apa kau tengah rasa, Allah dengar keluh kesah kau, Allah dengar doa kau; automatically kau akan rasa tenang tu. Kalau tak, takkan bila bersin pun, kita kena ucap ‘Alhamdulillah’ kan? Try lah, worth it, Insya Allah.

P/s : Aku punya pasak-kan positivity tu, sampai lately ni meter kereta aku rosak, so aku tak tahu minyak dah turun banyak mana- dalam masa yang sama kereta-kereta depan aku kemain slow bawaknya. Aku rasa Allah nak tolong aku jimat minyak, bawah 50 km/h je. Kemain slow, tapi hmmmm positif enough? Hahaha.

– SALMAH (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *