Yakinlah pada doa

Hi semua. Hari ni aku nak cerita kisah hidup aku yang lebih kurang macam drama tv. Aku berkahwin pada usia yang muda, masa tu aku tengah study lagi. Aku kenal bekas suami aku kat internet. Kami jarang jumpa sebab dia kerja jauh. Sebelum kahwin, aku dah mula tahu perangai dia siket-siket, aku nak putus tapi ayah aku tak bagi, dia kata nanti dah kahwin ok lah tu. Ex aku pun taknak lepaskan aku. Maybe ayah aku pun excited nak dapat menantu, so aku pun kahwin. Mula2 aku taknak anak sebab aku nak habiskan study,tapi perangai ex aku masa tu teruk sangat,baru seminggu kahwin dah cari perempuan lain,aku tidur dalam bilik,dia kat luar chatting dgn perempuan lain dan mintak tengok body parts dieorang. Satu benda yang aku bersyukur, apa pun yang ex aku buat belakang aku, sekejap je Allah tunjuk pada aku. Dia pun pelik tapi tu lah hakikatnya. Jadi aku pun decide untuk pregnant demi untuk mengubah dia. Tapi aku silap, dia makin teruk, salah siket je mengamuk, tak salah pun mengamuk, dia yang salah pun dia mengamuk.

Perjalanan pregnancy aku sangat menyedihkan, kena marah, pukul, takda makanan kat rumah, aku buang air besar berdarah, cirit birit, muntah semua aku tanggung sendiri. Aku pergi klinik sendiri dan kemudian masuk kelas seolah takda apa yang berlaku. Oh ya, aku suka pergi kelas sebab aku rasa macam dalam dunia lain sebab dunia perkahwinan aku sangat menyakitkan. Jadi walaupun aku sakit, malamnya kena pukul, esoknya aku pergi kelas mcm biasa, drive sendiri. Lepas anak pertama lahir, perangai ex aku macam tu je, kejap elok, lepas seminggu datang gila dia. Pendek kata seminggu sekali mesti gaduh dan macam2 aku kena.

Lepas tu ex aku suruh aku pregnant lagi, dia janji macam2, dia kata nak jaga aku dan nak tebus salah dia. Aku percaya dan mengandung lagi, tapi aku silap lagi. Dia makin teruk, makin tak boleh ditegur. Macam2 lagi aku kena, pernah aku kena spray dengan gas pemedih yang kita spray kat perompak tu, benda tu aku dapat free gift dari kawan yang pergi training apa ntah, so masa gaduh tu, ex aku capai dan spray kat aku, macam nak mati aku terbatuk dan sesak nafas, masa tu perut dan besar juga. Tu belum lagi masa berpantang aku kena, sampai bentan dibuatnya, aku demam panas, lepas berjam2 tunggu dia, dia tidur je, mak aku panggil2 pun tak bangun, dah lewat petang baru aku pergi klinik. Aku masa tu dah redha klau aku mati sbb nurse suruh pergi awal2 pagi tu sbb demam panas utk ibu berpantang boleh bawa kepada kematian, tapi dia buat taktau je.

Macam biasa, setiap kali dia buat salah, lepas tu dia minta maaf, aku terima dan kemudian dia buat lagi. Macam tu jelah selalunya sampai lah lepas habis pantang anak kedua, aku dah berani pergi mahkamah, dia merayu2. dan ayah paksa aku terima dia balik. Oh ya, setiap kali kami gaduh, walaupun dia salah, ayah aku back up dia, aku pun taktau lah kenapa ayah aku sayang sangat kat dia tu. kadang-kadang aku dipukul disebabkan dia, dan dia akan dera emosi aku, “tak malu ke dah besar pun kena pukul mcm tu”. so setiap kali gaduh, dia akan ugut nk bgtau ayah aku supaya dia menang dan aku tak tanya apa2 utk kesalahan yg dia buat. emosi dan fizikal aku didera dgn sgt teruk.

lepas terpaksa terima dia, aku decide sambung master supaya aku dapat pergi kelas dan masuk ke dunia lain dan jarang masa dengan dia. tapi dia masih sama, so aku file untuk kali kedua. dia merayu lagi, ayah paksa lagi dan aku terima lagi. fuh susah betul, ada juga aku fikir nak bunuh diri dan anak2 aku sbb aku betul2 tak tahan. dia bangga ada back up besar lah kononnya. aku sabar, doa je yg aku mampu. Sampai lah pada satu hari, dia menggangu adik perempuan aku, dia type msg lucah kat hp adik aku.

Mesti korang tertanya2 macam mana dia boleh dapat hp adik aku kan? sebenarnya mula2 kahwin je kami duduk sendiri, lepas setahun hidup terseksa, aku ckp aku nak duduk dgn mak ayah aku dgn alasan supaya anak aku terjaga, tapi sebenarnya aku tak tahan duduk berdua dgn dia, sbb aku rasa nyawa aku terancam. Tapi rupanya depan mak ayah aku pun dia sama je, siap boleh ajak ayah aku benci aku sekali. Ok pasal tadi tu, aku taktau pun yang dia type msg lucah kat hp adik aku, aku tau pun lepas adik aku mengadu kat mak ayah aku sebab dia tak tahan. Mula2 dia pun tak faham macam mana msg2 tu ada dalam hp dia sbb dia tak type pun, lama2 dia tau tu ex aku sebab ex aku siap call rumah dan mintak ckp dgn dia dan ckp balik msg lucah yg kat phone tu, kdg2 dia suruh adik aku masuk bilik dan ckp anak aku sepahkan bilik tp bilik tak sepah pun, bila adik aku tak layan, dia tumpahkan air atas katil adik aku, adik aku marah dia, dia buat2 mengamuk dan mengadu kat ayah aku sampai ayah aku hampir lempang adik aku. Aku sedih sebab adik aku tu tak pernah kena pukul, kalau aku takpe, aku dah biasa.

Sebenarnya banyak lagi perkara pelik yang dia buat kat rumah sbb dia keje tak tentu masa, aku plak office hour, tu yang aku taktau, tapi ada masa aku perasan kelainan, dia mcm gelisah bila aku duduk borak dgn adik aku, dia kejap2 masuk bilik adik aku dgn alasan cari mainan anak lah apa lah. Mak ayah aku pun rupanya banyak perasan benda pelik yang dia buat kat rumah.

So bila adik aku dah tak tahan, dia mengadu kat mak ayah aku dan dieorang bgtau aku. Akhirnya ayah aku izinkan aku file semula. Aku masa tu kecewa sangat2 kecewa, tak sangka dan macam2 lagi. Tapi mungkin itu adalah satu jalan yang Allah bagi utk aku. Aku file, mula2 dia marah2 dan maki2 aku tapi dia tak berani balik. Lepas tu dia merayu2 pulak tapi aku tak layan dah.

Akhirnya dia lafazkan selepas beberapa kali dia tak hadir. Akhirnya dia kalah. Akhirnya aku menang. Masa tu aku rasa macam mimpi. Sekarang hidup aku bahagia sangat, walaupun duit gaji aku cukup2 je utk aku dan anak2 tapi aku dah tak nangis macam dulu. Sekarang pun ramai puji muka aku berseri2 tapi aku takda buat apa pun. Mak aku cakap maybe sebab dulu aku tanggung macam2 masalah, hidup dalam serabut, sekarang hidup aku gembira tanpa dia.

Apa yang berlaku ni, aku redha, aku tak salahkan diri aku yang berkahwin di usia yang muda, aku tak salahkan perkahwinan itu. In fact kalau ada jodoh yang baik, aku ok je kalau nak kahwin lagi sebab yang salah dulu tu ex aku, tak semestinya semua lelaki kat luar tu macam ex aku.

Thanks korang baca panjang2, apa pun satu je aku nak pesan, kalau kau rasa kau hopeless, takda sapa nak pertahan kan kau, kau return back to Allah. Allah jelah yang boleh bantu kau. Yang penting kau kena yakin dan jangan putus doa.

– superwoman

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit