Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran

Assalamualaikum semua. Saya tak nak celoteh panjang. Cuma ingin berkongsi sedikit kisah hidup.

Cuma terdetik untuk berkongsi sebab saya tengok trend isteri minta cerai terutama golongan muda sekarang ini seolah normal. Jangan menyesal dikemudian hari.

Saya R, berusia 36 tahun. Saya sudah berkahwin dan ini merupakan perkahwinan kedua saya.

Perkahwinan pertama saya dikurniakan seorang cahaya mata perempuan sekarang sudah berusia 4 tahun dan dijaga oleh bekas suami dan perkahwinan sekarang saya juga dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Apa yang menyebabkan perceraian saya dengan suami pertama, disebabkan oleh sikap tidak sabar, harta, jealous dengan rakan dan faktor keluarga saya dan bekas suami juga.

Saya dan Ex bekerja government dan kami bermula sebagai pegawai gred 41. Pejabat kami di putrajaya berdekatan sahaja hanya berbeza precint lebih kurang 10 minit. Pergi kerja bersama, lunch bersama, ambil anak dari playschool bersama cukup bahagia pada awalnya.

Tetapi saya akui ada sesuatu yang saya rasa tidak cukup, bila saya tengok social media kawan bercuti luar negara, ada rumah sendiri, ada kereta yang best, saya rasa jealous. Kenapa saya tidak dapat semua ini.

Untuk pengetahuan semua, Ex saya merupakan anak tunggal dan menanggung ayahnya yang sudah uzur di kampung sepenuhnya. Jadi kewangan Ex tidak begitu stabil, tetapi sewa rumah, makan minum, sakit, pakaian dan bercuti semua ditanggung oleh Ex.

Ex juga seorang yang sangat rajin, makan minum anak saya diam yang masak, kemas rumah, basuh kereta, mandikan anak, tolong bancuh susu, basuh botol susu semua hamper 95% dibuat oleh Ex.

Cuma, semakin hari saya rasa semakin dingin, benci dengan bapa mertua,

Dan menyalahkan Ex kerana saya rasa saya tidak dapat semua yang kawan kawan saya ada yang saya lihat di social media seperti rumah sendiri yang cantik, bercuti, kereta yang best disebabkan dia terlalu mementingkan ayahnya.

Kami sering bergaduh dan saya senang triggered oleh apa apa yang Ex salah sikit. Masa ayah Ex sakit dia nak tolong hantar ke klinik pun saya marah.

Ye saya tahu saya jahat. Tapi perangai ketika itu susah untuk dikawal saya desak suami untuk ceraikan saya. Famili saya pun sedikit menghasut dengan katakan Ex tidak patut buat begitu begini, famili akan support lepas berpisah dan macam macam lagi.

Tak lama lepas itu kami berpisah, saya setuju untuk serahkan hak penjagaan kepada Ex kerana saya akui saya tidak begitu pandai menjaga anak. Saya berjumpa dengan suami sekarang (bahasakan sebagai Z) ketika reunion Uni dan dari situ bercinta dan berkahwin.

Pada mula rasa bahagia sebab Z ini dari keluarga yang berada, ada rumah sendiri, kereta continental dan segala yang idamkan sebelum ini.

Tetapi ‘bahagia’ itu tidak lama kerana Z ini sangat lah pemalas, langsung tidak membantu didapur, pegang vakum pun tidak pernah, bangun tidur lambat, baju seluar habis kerja bersepah dilantai.

Keadaan makin tertekan bila kami dikurniakan anak. Si Z hanya dating main sekejap dengan anak bila anak berak, kencing atau menangis terus pass kepada saya. Tidak pernah sekalipun Z tukarkan lampin anak.

Pada ketika ini saya mula teringat betapa mudahnya saya ketika saya bersama Ex dulu. Saya hanya perlu focus kepada diri sahaja. Yang lain semua dia uruskan.

Saya rasa ingin minta cerai kerana tidak tahan dengan Z tapi memikirkan sudah bercerai sebelum ini, perasaan malu itu jadi penghalang.

Jadi kepada adik adik baru kahwin setahun, dua sabarlah jika diuji. Jangan menyesal dikemudian hari.

– Puan R (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. semua benda ko nk banyak cekadak ko. lepas ni cerai cari yg lain. pattern yg sama sah2 ko yg masalah. nasihat utk laki2 luar sana, kalau jumpa spesis mcmni. reject serta merta!

  2. Lain kali pandang menunduk. Jangan pandang melangit. Rezeki kerja dengan Gred P&P bersyukur lah berbanding orang berpendapatan rendah lagi banyak kekurangan dan keinginan yang hanya disimpan di dalam hati. Kata kuncinya bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Jangan kufur nikmat.

  3. Awak..manusia ni mana ada yg sempurna! Sempurna tu letak pada nabi je..aduhaiii peringatan keras utk sy ni sbb sy pon cerewet serba tak kena dgn suami rasa nak bercerai jugak tp let say dapat org baru belum tentu membahagiakan sebaik suami yg ada ni.
    Tt hidup la dgn penyesalan seumur hidup tt good luck!
    Reminder utk adik2 takda manusia sempurna..in marriage, we complete each other we cover our flaws vice versa. Buat pilihan terbaik mengikut aturan islam.insyaAllah.

  4. Jangan samakan mistake anda dengan pengalaman perkahwinan yang lain. Penyesalan awak adalah pengajaran awak, bukan orang lain. Dont project on others. Others could be dealing with domestic violence, suami penagih dadah atau torturing mental, kahwin cerai. Yes, your mistake is mild. its your lesson

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *