You’re Not There When I Walked My Day, Then Why Should I?

Says Lord Byron : “ If I don’t write to empty my mind, I go mad. “
So be warned, this is a long post.

Let me start. I am one of the person yg Allah bg peluang utk dekat dengan orang2 yg baik selepas SPM di negeri C. Along the journey, I met many people from many places. Terlalu ramai org, dan bermacam-macam ragam. Seronok. From there kita dpt tahu yg dunia ni ada banyak jenis org. Dan setiap org ada ceritanya masing2. Some stories are good, some are bad, some were devastating, dan ada jgk yg sgt bertuah la senang cakap. Tapi, walau macam mana lama pon seseorang tu kita kenal dia, kita tak kan pernah kenal dia dgn erti yg sebenarnya selagi kita tak tahu kisah family dia. Upbringing dia. Environment dia. Pembentukan sifat2 yg ada pada dia sgt2 dipengaruhi oleh keadaan sekeliling yg dah mingle around her jauh lbh lama drpd kita kenal dia. Setuju tak? Or actually korang dah taaruf semua ukht/akh korang sampai lebam?

So cerita aku start macam ni. Bila aku first time masuk ke satu kolej A dekat negeri C yg baik2 sungguh masyarakat nya, it was my first time ever to be away from my hometown. First time belajar berdikari, first time discover tempat baru, first time rasa bebas dan gembira. Tak homesick pon sebab aku bukan jenis family people, aku suka lepak dgn kawan daripada family (walaupon dekat zaman sekolah aku takde la selalu lepak dengan kawan pon). Bila dekat sana, aku dapat buat banyak benda baru yg ajar aku jadi independent. Dengan room mates yg perangai sekepala, I really had so much fun back then. Sampai satu masa ni, Allah campakkan rasa sedar kt dalam diri ni, ‘cukup-cukup lah tu asyik bersuka ria dgn orang-orang yg tak bantu kau ingat Allah pon, pegi la cari benda yg betul utk isi kekosongan dalam hati tu’.

Since tu lah, aku join halaqah. Aku rasa sangat contented. Ya Allah, aku rasa bahagia sangat. Haha. Semua benda rasa manis. Baik ukhuwah nya, baik ujian yg dtg nya, baik nikmat yg Allah beri. It gives so much meaning to me, sbb tu aku tak lepaskan nikmat ni. Sbb Allah has given so many things to me, there’s no room for me to say no to this path. Semua orang dalam halaqah aku tu aku rasa mereka lah family aku yg sebenar, dan kakak yang selalu share dalam halaqah kami tu adalah mak ayah kami. Setiap hari yg aku lalui, mesti ada mereka dalam setiap masa, dan aku temui cinta dan keluarga yg baru. Until then, Allah knows what’s best for me, He gives me another blessings that I am still discovering the hikmah in His plan. So then I was transferred to another college due to some reasons.

Definitely everything was absolutely new to me. Kawan2 baru, classmates baru, tempat baru. Kalau dulu2 dlm novel2 yg aku suka baca, remaja2 ni selalu ada krisis kalau pegi tempat baru sbb susah nak dapat geng baru and rindu geng lama. Susah nak adapt. Cliche. Tapi utk aku, alhamdulillah Allah mudahkan saja, sbb masa tu lapang hati utk terima aturan Allah pd diri sendiri. Ujian akan jadi manis bilamana kita serahkan pengaturan Allah pd setiap saat dalam kehidupan kita. Takde lah berat otak nak fikir dan persoalkan tentang semua benda. Tapi iya lah, nama pon manusia. Ada je kekurangan nya dekat mana2.

People said that aku ni susah nak di approach. Nak buat member. Maybe sebab aku pendiam dan susah nak senyum dan bukan orang pertama yg akan memulakan sesuatu conversation. Ermmm yg ni mmg paling susah la nak ubah. Masih mencuba utk berubah. So aku rasa aku bergaul je dengan mereka, tp aku tak jumpa hati aku dekat sini. I lose myself here, aku rasa orang lain tak faham aku, mungkin sebab mereka tak kenal aku dari awal. Yg dulu perangai aku macam mana sampailah Allah selamatkan aku utk dkt dgn orang2 yg mengingatkan aku pd Dia. While they have ‘their clans’. And I feel alone even I live with them. Rasa macam dalam lagu Fynn Jamal, titled ‘Tahu’ : bagaimana engkau hidup sunyi, di riuh engkau berdiri. Lebih kurang lah lirik dia. Dah lupa. Haha.

Bila aku rasa susah nak bergaul dengan orang lain, aku start duduk sorang2. It’s like building myself in a capsule that I closed for anyone else. So orang lain pon malas nak layan aku sebab rasa aku ni asyik dengan emosi sendiri. Sembang kata taaruf sampai lebam tp takda pon yg berusaha utk kenal aku secara deep, dengan background family aku, apa history aku dekat kolej sebelum ni. Sedih la, sebab it makes me ponder where’s the value of taaruf yg kita sembang2kan?

Aku rasa aku ni orang yg pendiam sebab I believe, one of the biggest contributing factor is, it’s in the bloodline. Salah satu dr parents aku memang sangat pendiam, even kami adik beradik jarang dapat bersembang dengan dia. Aku memang tak pernah la faham bila ada yg post dekat Instagram dengan caption; my father is my hero or my mother is my queen. Tak faham emm. Pastu walaupon aku anak perempuan bongsu dan biasa la orang cakap manja. Tapi aku tak pernah rasa macam tu, sebab aku membesar sorang2. Aku rasa sunyi sebab waktu aku membesar, adik-beradik atas aku semua dah duduk asrama or universiti. Aku tak rasa la kasih sayang daripada abang dan kakak. And my dad jenis yg panas baran. Cepat marah. Pernah satu masa tu, dia marah baling2 gelas kaca dekat dalam almari, habis pecah ke lantai. Masa tu aku takut sangat, aku dengan ummi menyorok dekat dalam bilik sebab takut kene baling. Masa tu aku baru tadika atau tahap bawah sekolah rendah. Walaupon takut, tapi aku ingat la masa tu my dad mengamuk sebab tension bila fikir banyak duit nak kena pakai utk bayar yuran kakak2 dekat universiti. So he got so stressed because of that. Panas baran dia tu, daripada aku darjah satu, sampai la tingkatan tiga, kalau lambat bersiap pegi sekolah, hari-hari kena panggil lembab lah. Lemban lah (sama je maksud dengan lembab). Lepas tu akan acah2 gerak motor, buat kita rasa kene tinggal dan tak dapat pegi sekolah sebab takda orang nak hantar. Everyday i faced the same words, for years, at the every beginning of the day.. just imagine what a little girl would feel..

Adik beradik pulak, ada yg perlekehkan aku. Tapi biasalah adik beradik memang suka macam tu kan, cumanya mungkin aku tak boleh nak terima joke yg mereka buat sebab kami tak membesar sama2. You are not there when I walked my day, how would there be love to you? Yg paling aku struggle sampai lah sekarag, my eldest sibling. Dia jenis yg panas baran. Bila bercakap tu, setiap ayat yg dia keluarkan akan makin tinggi pitching dia. Aku selalu rasa kena marah dengan dia even pada benda kecil. Rasa kene perlekeh sebab tak tahu sesuatu. Selalu kena gelak dengan dia pd benda2 yg aku buat, yg dia rasa nonsense. Dan pada setiap perkara, dia memang tak nak mengalah. Yelah, sebab dia anak sulung kan. Memang noted je anak sulung ni memang kita tak boleh nak bangkang. Walaupon aku bercakap pasal benda yg betul, atau at least pada benda yg aku cakap dari hati, takda ruang utk aku luahkan. Dia akan selalu cantas apa yg aku cakap. Too bad, I usually stutter when I speak. Sape je tak down bila kene bash, with facts that kau just nak bagitahu apa yg kau rasa, or actually you are speaking the truth, but EVERYTIME you did it, you FAILED, because you cannot speak clearly?

At first, aku rasa down. Selalu menangis sebab sedih. Budak sekolah lagi time tu. Memang la nangis. Tapi bila makin besar, aku jadi numb dengan situasi ni. Slowly, those feelings builds a thing called ego in me. Yes I could not deny this, dan aku struggle utk buang ego dalam diri aku. Datang la apa saja ayat dari mulut dia, semua melantun balik, takda satu pon yg masuk dalam telinga aku. Sebab hati dah rasa numb dengan semua benda2 bingit yg masuk dalam telinga aku. And sampai sekarang benda tu buat aku rasa stress dan susah nak terima sesuatu nasihat drpd orang lain kalau cara menyampaikan nasihat tu dengan cara marah2, sindiran, anything lah yg kasar. I cannot accept it.

Have you ever thought that a girl aged 8 years old would have a thought of suicidal, out of this things that had happened to her? Fortunately I didn’t cut my wrist or run at the front of a speeding truck.

After all these things that happen, and after Allah has given me the chance to understand islam in its true meaning, I forced myself to look from the other side of these stories. Mencari hikmah di sebalik semua nya dan yg paling penting, not to repeat the same thing to any other people out there. Aku start melihat masalah sosial yg berlaku di sekeliling aku, faktor terbesar nya adalah daripada upbringing seseorang. Ada seorang yg aku kenal, direct je cerita dekat aku yg dia tak sabar nk habes belajar dan kahwin cepat2 dengan boyfriend dia yg dah lama bersama since darjah lima, sbb itu sumber kebahagiaan dia dan dia tak jumpa kasih sayang drpd mak ayah dia. And ada seorang lagi yg dia makin seronok buat benda2 jahat setiap kali lps kene marah dgn ayah dia, supaya dia blh rasa puas utk sakitkan hati ayah dia, only because ayah dia dah sakitkan hati dia for a long time since he was a kid. Semua sbb sifat panas baran.

Aku bukan psychologist yg layak utk cakap psl benda ni, tp based on experience sendiri, aku merayu lah dekat semua orang especially those parents out there. Selain drpd pendidikan, perlindungan, makanan dan duit yg cukup, tolong lah jaga kesihatan emosi anak-anak. Tolonglah didik emosi anak2 dgn baik. Itu tak bermakna manjakan mereka, tapi cukuplah dengan bg mereka rasa belong to us. Belong to the family, to mom and dad. Aku risau sgt tgk anak2 buah aku, dorang sikit2 kene marah, kene tengking, padahal kita blh nasihat dgn cara yg lebih baik. Ada yg bila dorang saja2 datang nak bermanja2 atau pon tunjuk something yg dorang berjaya buat, mak ayahnya sibuk main fone and just say “hmm ok.” tanpa pandang sikit pon dekat budak umur 4 tahun tu. Yes, mgkin budak tu tak faham apa2 masa tu. Tapi kalau dah banyak kali jadi, apa dia akan rasa? Aku taknak orang lain jadi macam aku. And please lah, never laugh or mad at a strange idea from a kid. Jangan kecam idea dia sbb kita boleh matikan keinginan dia utk berfikir dan dia akan takut utk buat benda baru dan takut jadi orang pertama yg buat sesuatu. Sbb aku rasa benda yg sama bila parents pernah marah aku bila aku dengan abang makan telur goreng dgn susu pekat manis, dan kena gelak dgn kakak aku bila aku try nak decorate sayur hijau goreng (sawi kot) yg aku masak utk dia with sliced tomato on top of it. Sampai sekarang aku tak suka masak bersama2 dgn orang lain, aku takut kene kecam. And memang aku tak suka lah masak smpi sekarang.

Until now I still struggle. Struggle nak menghadap lecturer yg memang jenis cakap sampai bingit telinga. Jenis sindir kalau belajar tak faham2 atau tak siap buat soalan dia. Struggle dengan group mates yg expect kita utk jadi matang, while dia tak faham kenapa aku senang terasa bila selalu direct dengan aku. Kenapa aku cepat down. Kenapa aku kurang bercakap. Sebab kalau bercakap mmg selalu kena bash. So what is the point of me talking? Moga aku boleh tahan lagi dgn semua ni, sebelum aku jadi numb again. And people out there, be alert if anyone in your surrounding has experienced this. Please, don’t let them feel down. Please support them with what they need, semampu yg kita boleh. Dan yg paling penting, do some research WHY they be like that.

And above all, before I write this, I knew it semua perasaan dan ujian yg datang ini takkan meninggalkan kebaikan pd diri sendiri melainkan semua perasaan ini dibalikkan pada Allah.

5:05 PM
9/10/2017

– Zarith

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit