Assalamualaikum. Harap semua pembaca sihat dan dimudahkan semua urusan. Sebelum tu terima kasih admin kalau approve confession kali ni.
Aku cuma nak tanya semua pembaca perlu atau tidak guru yang mengajar membaca al quran dan iqra’ ni mengenakan bayaran bulanan pada orang yang belajar mengaji?
Cerita yang sebenarnya macam ni aku ada makcik yang mengajar mengaji. Kebanyakan budak-budak sekolah yang datang mengaji. Kiranya makcik aku ni menyara hidup dia dengan mengajar budak-budak mengaji al quran dan iqra’.
Bayaran yuran mengaji yang makcik aku letak ialah RM10 – RM20 untuk iqra’ dan Al-quran. Pada pendapat pembaca semua mahal atau murah? Bagi aku tersangat la murah sebab kat KL. Lagipun dah nak masuk tahun 2020 kan.
Tapi masih ibu bapa yang hantar anak mengaji tu susah sangat nak bayar yuran bulanan mengaji. Contoh la kan yang bulan januari patut bayar masa hujung bulan tapi tak berbayar lagi sampai dah lagi seminggu nak masuk hujung bulan february baru bayar.
Bila minta bayaran untuk bulan february pulak budak-budak ni cakap, “mak cakap dah bayar dah hari tu”. Macam dah burn la 1 bulan.
Kadang-kadang kesian jugak makcik aku ni bila dia minta duit mengaji esoknya budak tu terus tak datang mengaji dah. Lepas 2-3 bulan baru datang mengaji balik. Tapi tetap tak bayar jugak sebab katanya dah 3 bulan tak datang jadi kenapa kena bayar.
Tapi alhamdulillah masih ada jugak ibu bapa yang rajin sedekah. Contoh anak dia 2 orang mengaji iqra’ jadi patutnya bayar RM20 la setiap bulan. Tapi bayar lebih kat makcik aku dalam RM40. Ada yang RM50. Alhamdulillah semoga murah rezeki diaorang.
Tapi yang aku perasan la kan ibu bapa yang bayar on time yuran, sedekah selalu ni kebanyakan anak diaorang jenis terang hati. Ajar sikit quran terus faham dan senang dapat ilmu. Mungkin berkat dari sedekah ibu bapa tu menyebabkan anak dia mudah dapat ilmu.
Yang minta beratus kali duit yuran tapi mengelak bayar tu kebanyakan anak diaorang bila mengaji tu jenis yang macam susah nak faham. Ajar bacaan panjang pendek pun masih bermasalah. Macam ilmu tu susah nak lekat sangat.
Kadang-kadang takut orang fikir, ‘Alah ajar orang baca al-quran pun tak ikhlas. Mengajar kerana Allah ke kerana duit?’. Aduhai…. Mentality ni tak betul. Ingat orang ajar mengaji ni tak guna duit dalam kehidupan seharian ke.
Hantar anak pegi tuisyen mampu bayar tapi bayar anak mengaji tak boleh bayar sedangkan tau membaca al-quran tu lebih penting. Sebagai mak ayah tak kan la tak rasa gembira tengok anak dah boleh mengaji al-quran kan?
Pengajaran dia ialah bila kau hantar anak kau mengaji kau kene bayar la bayaran bulanan yang kau dah setuju. Ini aku tengok selagi tak boleh kau cuba tak nak bayar je.
Jangan aniaya orang lain. Kalau ada masalah duit tak mampu bayar boleh bagitau dulu kan. Kesian la jugak kat orang yang menyampai ilmu ni. Diaorang pun nak guna duit jugak untuk kehidupan.
Semoga Allah murah kan rezeki diaorang supaya boleh bayar yuran mengaji dan semoga yang kerap bersedakah pada makcik aku tu dimudahkan semua urusan dalam kehidupan diorang. Aamiin..
– Jee (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit