Assalam & Hai buat warga IIUMC. Aku harap confession aku dapat approval admin untuk di publish. Thanks admin.
Aku tak tahu nama samaran apa aku patut letak so aku kenalkan diri aku as anak dara tua yang tak kawen-kawen lagi hingga ke saat confession ini ditulis. But I’m totally fine with it. I’m happy with my life, I travel a lot, got career, money etc. Aku bukan nak bragging tapi aku nak cakap, aku ok aku tak kawen lagi di kala umur dah nak masuk 35 tahun sebab rezeki aku bukan dekat jodoh tapi dekat benda lain. Sikit pon aku tak salahkan takdir sebab aku dah lepas fasa meroyan-royan nak kawen. I have tried everything for my jodoh. Ada ustazah suggest buat solat malam 40 malam berturut-turut dan doa mintak jodoh. Bukan setakat 40 malam. Bertahun aku consistent amalkan solat malam (kecuali waktu aku uzur) tapi jodoh aku tak jugak sampai. Ada ustaz suggest aku buat 12 rakaat solat hajat 3 malam berturut-turut. InsyaaAllah lepas tu akan diberi petunjuk katanya. Jangan kata 3 malam. Seminggu aku konsisten buat solat hajat 12 rakaat tu. Still, jangan kata batang hidung, bulu ketiak dia tu pon aku tak nampak. Aku redha sebab bagi aku itu urusan Allah. Aku hanya mampu berusaha mencari, berdoa dan bertawakal. Kesimpulannya, aku MEMANG OK jodoh tak sampai lagi. Dah nama pun andartu, kalau balik kampung, makcik pakcik aku akan bertanya, ‘bila nak kawen?’, SERIOUSLY, aku MEMANG OK je kalau dorang tanya. Aku akan jawab akhir tahun ni, InsyaaAllah. Dah almost 8 tahun jugak aku guna jawapan yang sama tu. Aku jawab siap senyum-senyum. Serius aku tak terasa hati makcik pakcik atau sape-sape yang tanya bila aku nak kawen. Bagi aku itu hak dorang, dan menjawab soalan ‘bila nak kawen?’ tu takkan buat maruah aku hilang. So just answer nicely even though u might get irritated.
Tapi yang buat aku sangat tak ok, bila orang kaitkan status single andartu aku ni dengan life dorang. Sebagai contoh, antara ayat-ayat yang boleh buat aku hilang cool:
1. Untunglah kau boleh travel merata-rata. Single lagi senanglah. Aku dah kawin ni susah, banyak kena fikir. Cost tinggi bla bla.
2. Jealous la kau boleh beli beg Coach ni. Kau single lagi takpe la nak beli apa-apa pon. Aku ni nak beli pape, kena pikir anak and suami.
3. Senang jadik single macam kau kan. Takyah fikir banyak. Nak balek lewat malam pun xpe, Macam aku ni susah. Dah jadi mak and wife ni banyak kena jaga.
Dan many more yang mengguris giler hati aku. Susah sangat ke nak stop ayat ‘single takyah fikir’, ‘single tu mudah’ etc? Kalau kau rasa best jadi single, kenapa kau kawen? Apa orang single ni takde tanggungjawab ke? Yes, kitorang takde anak suami macam kau tapi kitorang ada mak bapak. Aku nak tanya yang dah kawen bahagia till jannah yang suka buat ayat-ayat mcm kat atas tu, dah brape juta korang bagi dkt parent korang? Dah berapa byk tempat dalam dan luar negara korang bwk parent korang travel? Dalam setahun berapa ratus kali korang balek rumah parent korang? Think wisely before korang yang dah bahagia till jannah ni nak judge single ladies out there. Korang tak tau apa yang kitorang dah lalui, apa yang kitorang dah usaha, apa yang kitorang dah buat dengan duit-duit kitorang, etc. Kitorang takkan upload status bahagia forever till jannah macam korang. Husband bagi coklat pon dah kecoh 1 dunia, etc. Kalau aku dan single ladies out there upload status ‘ harini aku dah solat malam 20 rakaat untuk jodoh aku so harap-harap esok jumpalah’, aku rasa 99.99% warga FB akan kecam kitorang ni riak takbur bagai.To married ladies out there, aku takde masalah korang dah kawen dan bahagia till jannah dengan jodoh korang sbb bg aku rezeki korang kawen awal. Good for you. Takdelah hadap masalah sorang-sorang macam aku. But please, sebelum nak bercakap tu, be sensitive for us. Jangan compare dan cakap kitorang yang tak kawen ni lebih untung, tak banyak kena fikir, duit lagi banyak, takyah fikir anak etc. It really hurts.
Another thing that really hurts me when some of my friends up status like sebab dia jaga solat, berzikir selalu, so jodoh awal. Hello? Macam aku ni tak jaga solat ke?Aku tak suka zikir ke? Laki kau tak solat langsung kot tapi boleh pulak umur 24thn dah kawen dengan kau. Why do u need to relate with ibadah dengan Allah & jodoh? Like I stated before, korang takkan penah tau apa yg setiap manusia ni dah buat untuk dapatkan redha Allah. Aku tau korang takde niat nak mengguris tapi cerdik sket boleh? Bila korang dah kawen, doesn’t mean kawan-kawan keliling dah tak wujud dalam hidup korang. Sebab tu ikut sedap je nak cakap. Jangan ada problem dengan laki, baru nampak kewujudan kawan-kawan kau. Bila kitorang yang tak kawen ni get emotional of what u have said, korang cakap sebab tak kawen tu yang emo tak pasal. Dah tu orang yang tak kawen ni takde hati dan perasaan ke?
Thanks admin kalau sudi publish luahan hati aku. Thanks pada readers yang take note pasal luahan aku. Aku tak marah, cuma nak remind je korang jangan jadik kurang bijak macam contoh aku sebut tu. Ada pepatah sebut, kalau kita tau apa yang seseorang tu sedang alami, boleh jadi kita tak sanggup berada kat tempat dia. So stop comparing my single life with your married life. Tak kelakar pun. Tak semua yang buat statement single lagi mudah but still aku minta maaf andai ada yang tersinggung. Assalam.
– Unmarried Lady
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit