Graduan Berhutang

Hutang PTPTN bukan lagi beban pada aku. Bukan sebab aku dah habis bayar, tapi sebab aku diwariskan dengan hutang-hutang lainnya.

Mana datang hutang-hutang ni?

Aku rasa terpanggil untuk berada di sini. Bukan sebab beban, tapi lebih kepada peringatan bersama.

Ayah dulunya kontraktor hebat. Duit main bagi-bagi je kalau ada sedara mara nak hutang. Tapi diorg mana pernah ingat nak bayar. Kazen aku masuk U, merengek nak laptop, ayah belikan. Kiranya memang tak berkiralah. Tapi interms of family needs, ayah sangatlah kedekut. Dia lebihkan sedara mara dari keluarga sendiri. Alasannya, sebab dah terhutamg budi. Masa bujang, tumpang rumah sedara mara. Kontraktor ni, time ada job, banyak dulu Time tak de tu, memang berbulan jugak la tak berduit. Ye la, dulu run kerja tak de syarikat. Main terkam job2 jiran, kenalan, sedara mara. Ayah tak de sijil. Cuma harapkan skill je.

Masalah ayah aku yang kedua, saaaaaangat liat bayar hutang like loan rumah, bil air, cukai pintu dan lain-lain.

Dan masalah ayah yang sebenar-benarnya, dia tak ada simpanan langsung! kecuali KWSP.

———

Sebabkan aku dah hafal sangat dengan perangai ayah, selama 4 tahun aku belajar, sesen pun aku tak pernah minta. Dan ayah tak pernah pun bankin. Tanya khabar duit aku pun tak.

Mak je yg rajin tanya. Tapi aku tipu dia kata banyak lagi. Sebab aku da nekad tak nak kacau duit diorang. Adik-adik yg sekolah banyak lagi. Diorang lebih perlu. Dan aku bergraduat dengan penuh bangga sebab aku tak pakai duit mak ayah. Hebat tau rasa dia. Korang patut cuba.

————–

Aku graduated Jun lepas dan Alhamdulillah sekarang sedang menjalanlan on the job training dengan allowance 1.5k.

Elok je aku dapat allowance, ayah pas kat aku satu resit bil cukai pintu yang berjumlah 7k.

“Ayah da tak kerja. Simpanan pun tak ada. Along tolong bayarkan sikit-sikit ye. Along je la yg ayah boleh harap.”

Aku tak banyak songeh, sebab aku rasa apalah sangat permintaan tu. Bayar 200 ke 300 tiap bulan, tak terasa la kot. Niat nak ringankan beban. Ok. Habis part tu.

Elok je aku dapat allowance kedua, ada partner ayah masa kerja dulu gegar pintu rumah sebab ayah tak bayar kerugian bersama berjumlah 8k.

Allah….. tak terluah rasa dia macam mana.

Memandangkan ayah da tak larat nak bekerja, dan tak ada sebarang simpanan. Ayah janji nak bayar secara ansuran. Sejak tu ayah termenung je dua tiga hari. Aku da tak tahan tengok. Dan aku taknak dia tertekan…. Tapi, sekarang, siapa yang nak bayar hutang-hutang tu semua???? aku lah selaku anak sulung. Aku rasa ini tanggungjawab aku.

“Ini baru hutang-hutang yg besar long. Ada banyak lagi hutang kecik-kecik”

Tak pa la yah. Mungkin ini nasib along. Mak pulak mengeluh memgungkit kisah dulu-dulu. Mana taknya. Selama ni Mak cuma dapat duit belanja dapur je. Sebab ayah selalu kata nak bayar cukai la. nak bayar itu la, ini lah, ada sedara nak pinjam la, banyak la lagi komitmen yang tak jelas komitmen apa. Dan mak tak banyak bising. Tapi sekarang…. hurm

Mana semua pegi sedara mara? Illek poci! Masa kitorang ada duit berkerumun. Bila ayah da tak kerja, jangankan nak bertanya khabar, raya nak ziarah pun tak de. Yang peliknya semua yg selalu minta tolong dulu, semua tak nampak muka.

Aku paksa-rela mengorbankan selera aku. masa remaja aku. Sebenarnya aku tak kesah sangat bawak bekal hari-hari. Tapi kwn tempat kerja selalu perli. Kata aku berkira bab makan la…. aku kedekutlah… aku banyak duit sebab gaji aku tak terusik dan banyak lagi. Pedih jugak la. Tapi, takkanlah aku nak cerita hal aku yg tak seberapa ni kan?

Kawan pulak, aku mula hilang diorg semua. Sebab aku tak boleh nak join lepak sana sini, wayang itu ini, cuba makanan viral merata-rata. Aku faham, diorang mesti letih nak ajak. Tak boleh nak salahkan diorang juga.

Hidup aku pergi kerja, balik kerja. 30hb pagi masuk dalam akaun 1.5k. Bayar loan rumah, bayar hutang cukai, bayar hutang partner ayah. Bayar PTPTN.Malam check akaun, baki RM170.

Esoknya, withdraw Rm 150. RM 50 bagi kat mak dg ayah. Lagi 50 untuk minyak motor. Dan aku akan menunggu sehingga hujung bulan tiba.

Memandangkan ayah dah tak mampu kerja, mak yang dulunya dilarang bekerja, sekarang perlu juga mencari rezeki. Alhamdulillah mak bekerja sebagai cleaner di sebuah syarikat korporat dengan gaji 1k. Cukup untuk tampung makan minum kami sekeluarga dan sekolah 5 adik-adik.

Baru je ni aku pinjam fon ayah. Ada SMS masuk “sy da bankin 500 bang. jangan lama sangat tau. sy pun tak de duit” Allahhhhhhh. Hutang lagi ke ni? Tak serik-serik ke? Mudah-mudahan tekaan aku silap.

Pesanan aku pada korang semua
1. Doakan aku dapat kerja. Biar senang sikit aku langsaikan segala hutang piutang ni
2. Buatlah simpanan masa umur muda. Sikit-sikit pun jadilah. Jangan menyesal dihari tua
3. Tolong dahulukan komitmen berbanding kehendak.
4. Jangan rahasiakan hutang dari pasangan.
5. Jangan pening baca confession aku. Sebab aku pun tengah pening ni.

– Cik Bunga

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit