Assalamualaikum everyone. Aku mulakan cerita terus ya. Aku anak bongsu dari 5 adik-beradik. Sulung abang dan bawah abang semua adik perempuan yang cantik. Ceh hahaha untuk pengetahuan kalian, adik beradik aku bersaiz normal maksudnya tak kurus tapi body figure cantik since sekolah rendah lagi. Mak aku sangat jaga pemakanan kami sebab dia nak lagi-lagi anak perempuan dia awet muda sampai ke tua macam dia. Tapi bukan aku. Masa tadika, badan aku naik mendadak. Gemuk dan amatlah berbeza dengan kakak-kakak aku. Oleh yang demikian, keluarga aku panggil aku “Bulat”.
Nak tahu, mak aku masa sekolah selalu cakap dia pelik macam mana aku boleh gemuk. Pemakanan sama saja dia jaga anak-anak dia. Mak aku sampai ambil cuti panjang setahun sebab nak tengok apa faktor badan aku gemuk, dia kata nanti penyakit macam-macam aku boleh kena. Abang dengan ayah aku tak kisah, dorang lah yang suka melayan aku, buat lawak kat aku, belanja aku makan benda aku suka. Korang tahu kenapa? Sebab aku selalu ada masalah saiz baju. Mak aku selalu shopping kat mall yang ada standard size. Which is untuk kakak-kakak aku. Bila ayah dan abang aku ikut, dorang bawalah aku jalan tempat lain, sebab kalau tak, aku termenung sajalah tunggu mak aku.
Kakak-kakak aku memang rapat sesama dorang. Because? Dorang saiz sama, kira tukar-tukar baju tu benda paling exciting dorang buat. Bincang pasal nak pergi event ni pakai dress apa, makeup macam mana. Aku teringin nak join tapi dorang selalu tak endahkan aku. Pernah kakak kedua aku kata, “Bulat, kau fikir betul-betul pasal badan kau ni. Kitorang ni at least tak pandai belajar, badan boleh buat kerja modelling dah tebal poket. Sorry lah but gemuk kau ni tak ada masa depan.”
Terpinga juga aku dengar. Masa tu aku dungu sikit, aku fikir banyak pasal apa kakak aku kata. Masa tingkatan 2, berat aku dah cecah 80kg. Gemuk memang gemuk. Tak boleh jadi, aku google pil kurus yang ada jual. Aku beli semua jenis. Ingat lagi, dia pos kat rumah kawan aku sebab aku tak nak keluarga aku tahu. Kalau kakak-kakak aku tahu, kena gelaklah aku. Bila tengok 7 botol bermacam jenis pil kurus, aku buat kerja gila. Setiap 2 jam aku makan 2 biji untuk sejenis. Seminggu- 2 minggu buat macam tu, aku pening teruk dan sakit perut ya amat. Aku pengsan banyak kali tapi setiap kali mak ayah aku nak bawa pergi check up, aku buat-buat elok. Panjang cerita aku recover. Tapi alhamdulillah semuanya okay but, aku tetap obes.
Lepas tu aku terus tak fikir nak kurus dah. Aku mula fokus pada pelajaran aku lebih. Sebab aku nak buktikan “GEMUK MASIH ADA MASA DEPAN”. Korang tahu, kat dinding bilik aku tampal kata-kata kakak aku. Setiap kali aku rasa mengantuk nak belajar, terus aku lempang pipi dan sambung belajar. Sampai lah SPM, alhamdulillah aku dapat top student. Tapi ni belum cukup lagi kan?
Anyway, kalau korang tertanya-tanya, aku tak ada kena buli ke di sekolah? Jawapannya, tidak. Aku sendiri terkejut tapi aku sangat bersyukur. Pernah kawan baik aku datang rumah untuk sleepover dan study, mak aku boleh tanya, “Korang ni betul ke sayang bulat? Aunty minta maaflah kalau bulat ni selalu buat malu you alls.” Parah parah! Memalukan sangat ke gemuk ni?
Ayah aku kata, mak aku tak benci aku. Tapi dia benci Bulat. Dia sampai aku SPM tak boleh terima yang dia ada anak obes. Dia takut dia ada terkenen orang obes mana-mana. Aduh mak! Korang mesti pelik kan kenapa sampai macam ni? Sebab keluarga aku semua saiz NORMAL. Cantik, body figure nya ramai puji. Bila sampai aku? Punah!
Seterusnya aku terus sambung belajar. Aku duduk jauh dari keluarga. Bukan merajuk cuma dah biasa berdikari. Lepas aku berjaya habiskan Degree dalam kaunseling keluarga dan kanak-kanak, aku terus bekerja sebagai cikgu kaunseling kat sekolah rendah. Sungguh, saban hari aku memeluk anak-anak aku kat sekolah yang menangis bila cerita masalah dorang. Banyaknya tentang keluarga. Aku cukup faham. Andai aku tak mampu untuk menyelesaikan masalah dorang, aku harap dorang mengerti aku tetap ada disisi.
Disebabkan sekolah kekurangan guru bahasa Melayu, aku diserap menjadi cikgu bahasa Melayu. Nak tahu satu peristiwa? Rupanya tempat aku mengajar anak sepupu aku juga belajar kat situ. Dia boleh jerit panggil aku depan murid lain, “Acu bulat!!”. Ternganga murid-murid aku. Hahaha sejak dari tu, budak kelas yang aku mengajar akan panggil aku, “Cikgu Bulat.” Aku terima dan rasa bahagia.
Disebabkan pengalaman aku sakit teruk masa mencekik pil pelangsing tu, aku mula paksa diri aku untuk jadi sangat positif. Tak kira keadaan apa aku tetap nak senyum. Kawan baik aku sendiri tak pernah tengok aku menangis. Kat rumah, apa kakak-kakak dan mak aku kata, aku biarkan saja macam angin lalu. Aku perasan aku terlalu sibukkan diri. Haha oleh sebab itu, tanpa aku sedar, baju aku terlalu longgar dan saiz badan aku dari 3XL cut off to M or small L. Masa aku belajar juga, aku ada seorang kawan sport. Jadi dia ajar aku pemakanan sihat dan senaman ringkas. Itulah jadi tabiat aku sampai sekarang.
Alhamdulillah juga, disebabkan anak murid aku selesa belajar dengan aku dan dalam kalangan mereka ada yang susah. Aku ambil keputusan buat “Kelas Malam Cikgu Bulat” kat halaman rumah aku. Rumah keluarga i mean haha. Aku ajar subjek asas dan dalam 2/3 hari seminggu. Aku cuba konsisten. Walaupun buat secara percuma, aku harap hati aku sentiasa ikhlas untuk berbakti sebagai cikgu bulat. Biar anak murid aku berjaya walau apa pun background mereka.
Dulu, aku tak pernah terlintas soal kahwin. Sebab aku rasa aku tak layak dan tak ada sesiapa pernah suka atau akan suka aku. Sampailah aku kenal dengan seorang ni yang bakal aku nikahi lagi 2 bulan. Dia adalah anak kepada kawan mak aku. Kenal masa aku tengah proses kurus secara alami ceh. Dia terkejut sebab rupanya aku lah Bulat yang selalu duduk diam je bila ada tetamu datang dulu.
Maaf kerana cerita aku terlalu panjang. Aku tak sangka usaha aku selama ni bertitik tolak dari hinaan kakak aku. Alhamdulillah sekarang semua dah pulih dan baik. Mungkin sebab aku dah sama saiz? Haha. Aku harap, walau macam mana pun keadaan kalian, sentiasalah positif dan bergantung padaNya.
– Bulat
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit