Assalamualaikum & Selamat sejahtera. Hai jugak. Tengok tajuk mesti dah agak nak cerita pasal perempuan, kan? Saya terpanggil untuk menulis entri sebegini bila melihat ramai remaja-remaja perempuan sekarang cepat sangat menaruh perasaan pada seorang lelaki. Berdasarkan pengalaman sendiri, saya harap ia boleh menjadi pengajaran kepada kaum hawa lain khususnya yang remaja, yang meletakkan relationship goals dalam list untuk dicapai dan yang selalu berharap hardcore crush korang one day akan jadi milik korang.
Saya dulu pun mempunyai perasaan sebegitu. Bahkan, hubungan saya mungkin lebih complicated. Saya jatuh hati dengan kawan baik sendiri. Masakan tidak, hampir 10 tahun perkenalan dari tingkatan 1. Mungkin ada benarnya orang cakap, lelaki dan perempuan tak boleh berkawan baik. Tapi sis taklah percaya benda ni 100%. Boleh jadi ia kebetulan biasalah kalau berkawan berlainan jantina ni. Tapi kalau perangai macam lelaki, memang selesanya berkawan dengan lelaki tanpa ada perasaan.
Kami membesar sama-sama. Hampir setiap hari berjumpa. Nama pun member baik, kan? Tapi bila makin besar ni, sis mula dengan crush pada dia. Tapi sis ni jenis pendam. Crush ni boleh tahan lagi. Tapi bila dah nakin besar, maybe dia pun terdidik dan memahami maksud “tanggung jawab”, maka dia jadi seorang lelaki yang baik. Sis tak nafikan. Disebabkan kebaikan itu, maka sis jatuh hati dengan dia. So, korang yang ada crush ni mesti fahamkan macamana rasanya berbunga-bunga bila orang yang kita suka layan kita. Lama-lama sis keliru dengan layanan baik dan rasa suka. Apa sis buat? Benda-benda cliché je.
Sis selalu contact dia. Kalau ada apa-apa masalah, sis akan minta pandangan dia. Sis minta tolong dari dia. Kiranya hampir segenap aktiviti seharian sis mesti ada yang sis kongsikan dengan dia. Disebabkan layanan itu, ada kawan-kawan sis yang perasan dan kawan-kawan tu mainkan peranan yang dia juga ada perasaan pada sis macam mana yang sis rasa pada dia.
Berapa lama sis crush dengan dia? Since 2008. Berapa lama sis ada feeling dengan dia? Since 2014. 2014-2016. Lama kan?
Lama-lama sis terfikir, apa yang lama sangat nak luahkan kalau betul ada perasaan? Sis sabar lagi. Sebab kawan-kawan sis kata, maybe dia belum bersedia. Okey. Mungkin dia letak sis dalam list “wife material” untuk future dia, kata kawan sis lagi. Okeyy. Masa tu sis percaya. Tapi, geng hawa sekalian, seorang lelaki yang ada perasaan dengan awak memang selalunya akan approach awak. Itu fakta penting yang harus dipegang utuh. Tak perlu pun awak susah-susah nak contact dia untuk raih perhatian dia. Dia yang datang cari awak.
Tapi kalau tak ada tu, walaupun awak dah buat macam-macam, bersedia untuk menerima kenyataan bahawa awak berada di alam friendzone. Perlu diketahui, seorang lelaki kalau dia baik dengan awak selalu, memang dia seorang rakan yang baik. Ramai hawa termasuk sis dulu salah faham pasal ni. Hanya lelaki yang serius dengan perasaan dia akan approach awak. Pernah dengar cerita yang lelaki dan perempuan sama-sama suka tapi tak kesampaian nak luahkan perasaan tu? Tak banyak yang berlaku. Seorang lelaki waimah dia dah pernah kenalkan awak dengan keluarga dia sekali pun belum tentu awak pilihan tetap dia. Kita nak kena tahu kita ni bakal yang direstui ke tak. Kalau hubungan dah sejauh itu, mudah-mudahan kita calon yang mendapat restu.
Girls, sis nak pesan dekat sini, hiduplah di alam realiti bukan fantasi yang kita cipta sendiri. Bina identiti dan kematangan diri supaya tak nampak lemah dengan kewujudan mainan cinta lelaki. Jangan bila dah kecewa baru nak cakap, lelaki semua sama sedangkan kita yang culas dan tak berjaga-jaga. Tak payahlah main posting-posting quotes cinta yang tak kesampaian tu, dia bukannya baca pun. Kalau dia like status kita ke apa, jangan cepat perasan. Barang kali dia “terlike” nak unlike balik nanti takut kena menyumpah kot. Kita sebagai perempuan ni wajarnya beringatlah supaya tak letakkan expectation yang tinggi sebab kadang-kadang sesuatu benda terjadi tanpa expectation langsung.
Sampai sekarang dia tak tahu pun sis ada perasaan dengan dia. Sampailah rasa ni pun dah terkubur. Al-fatihah.
Apa-apa pun, sis doakan readers yang baca confession sis ni memperoleh takdir yang baik-baik belaka. Doakan takdir jodoh sis juga melalui urusan mudah.
Ingat satu benda ni; perempuan, jangan cepat perasan.
– Cik Cahaya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit