1 Keluarga 10kg

Salam semua. Aku lelaki usia 27 tahun. Aku suka baca IIUM Confession sebab banyak cerita best yang boleh dijadikan pedoman, cam isu scam & sebagai nya.

Now, aku rasa sudah tibanya aku menulis untuk IIUM Confession.

Sebelum memulakan cerita, awal tahun ni berat aku dalam 85kg dan BMI aku dah nak masuk pagar obesiti, haha.

Dan dalam 2 tahun sebelum tu macam-macam cara aku cuba untuk mengurangkan berat badan.

Yang paling terbaik adalah makan dua kali sehari. Pagi makan heavy (nasi lemak / nasi goreng), tengah hari tak makan dan waktu malam aku makan nasi.

Snek ada makan biskut, minum minuman 3 in 1 dsb. Tapi dengan teknik ni pun berat makin naik perlahan-lahan dan aku jadi semakin tembam.

Bersenam pon takde effect. Frust gak dan masa tu aku pasrah je lah, sebab aku fikir, mungkin usia aku dah meningkat, so normal untuk jadi buncit dan muka mengembang, sebab kawan-kawan lain lebih kurang camtu gak.

Pada awal januari tahun ni (2023) ibu aku di diagnose menghadapi kencing manis jenis 2 (DM-2).

Disebabkan arwah atuk aku meninggal sebab komplikasi diabetes (potong jari, kulit jadi kering dan ada juga nanah, masalah buah pinggang dsb), ibu aku jadi semangat untuk mengawal paras gula supaya kualiti hidup dia lagi baik.

Aku pon join jumpa dietitian dan doktor yang merawat ibu aku (swasta) ada bagi pamplet susu diabetes suruh try dan bagi sample susu tersebut (brand dia start dengan ejaan “Gluc” dari company “Abb”).

Dari pamplet susu tu, baru aku tau susu tu digunakan sebagai makanan gantian (meal replacement) untuk mengekalan berat badan (rendah GI index – senang kawal gula) dan juga menurunkan berat badan.

Kat dalam pamplet tu disertakan gambarajah cadangan apa kena makan seharian.

Kat pamplet situ baru aku tersedar, walau aku makan 2 kali sehari, kuantiti aku makan dan juga kalori yang masuk sehari dalam badan aku lebih dari kuantiti untuk mengekalkan berat badan, haha.

Rupanya kita hidup dalam zaman terlebih makan rupanya.

Lepas dietitian ajar, baru aku tau rupa-rupanya, exercise ni takdelah bakar kalori banyak sangat.

Formula dia simple nak ingat, macam berat aku 85kg, kalau aku lari 1 km, aku cuma bakar 85 calori. Air minuman 3 in 1, 1 paket pon dah 200-300 calorie.

So nak kena lari 3-4km sehari untuk bakar 1 paket. Mustahil bagi aku kalau tiap-tiap hari nak lari.

Kat sini aku sedar, baik ubah permakanan dari bersenam kalau nak turun berat badan. Exercise penting, tapi untuk sihat dan fit. Bukan untuk turun berat badan.

Since ibu aku semangat, aku pon join semangat. Perubahan kitorang ambil adalah,

1. Tukar nasi rumah jadi nasi orang diabetes (yang herbaponik tu) dan kitorang makan 1 GENGGAM nasi sahaja waktu malam. Untuk elak lapar, kitorang perbanyakkan buah-buahan dan sayur.

2. Pagi atau tengah hari kami makan roti canai 1 keping / roti biasa 1 keping / mee segenggam / nasi segengam tapi BUKAN KEDUA-DUAnya.

Kalau pagi dah makan nasi /mee, tengah hari kami makan buah / kacang2 / yogurt / puasa je. Kalau tengah hari plan nak pi kenduri atau open house atau makan restoran, pagi tu kami makan yogurt / buah / kacang.

3. 3 in 1 minum tapi 2-3 kali seminggu. Perbanyak minuman yang 0 tanpa gula dan minum air kosong.

4. Kalau snek, dah tak makan kudap-kudap yang berasaskan karbohidrat. Kami makan kekacang atau buah atau sayur (yes, jadi haiwan herbivor).

So macam mana penerimaan bapak aku? Mula-mula hangin gak. Dia kata nasi rasa tawar dan kurang sedap/manis. Untuk mengekalkan keharmonian keluarga, awal-awal ibu aku selang-selikan nasi biasa dan herbaponik.

Dan lepas 1 bulan, baru total semua nya herbaponik hehe. Dan sampai sekarang bapak aku masih kekalkan diet dan kuantiti diet dia, cuma berkompromi dengan nasi.

Apa macam progress lepas buat perubahan?

Hari pertama (akhir Jan 23) : lapar tapi okay

Hari kedua : gastrik tengahhari. Terpaksa makan. Nasib timbul idea beli ubat gastric cecair warna pink tu. Sebab dia tahan setiap 4 jam, dalam pukul 10am, 2pm dan 5pm aku ambik.

So far okay untuk hilangkan gastrik aku. Ubat tu agak mahal sebotol, tapi sebab aku dah tak beli makan tengahhari, duit jadi jimat sebenarnya.

Hari ketiga hingga ke 1 bulan : aku perasan aku jadi lesu, penat dan otak jadi slow. Tak keruan sebab banyak masa bila tak yah makan tengahhari / makan simple. Nasib kawan sekerja bukan jenis tiap2 hari ajak makan luar*.

Disebabkan otak aku jadi slow dan lesu dan mood down, aku terfikir, betul ke aku leh tahan dengan perubahan diet ni? Tapi aku gagahkan juga sebab aku perasan berat ada menurun.

Gastrik masih ada, masih bergantung kepada ubat gastrik warna pink tu.

*Dan katakanlah tetiba tengahhari aku keluar makan dengan kawan, malam tu aku makan nasi separuh genggam.

Akhir satu bulan (akhir Feb 23) : hilang 3kg. Semangat aku. Ibu aku pula hilang 4kg.

Minggu ke enam : tiba-tiba lesu aku hilang. Minda jadi tenang. Dan mood dan tenaga jadi biasa.

Aku perasan bila kurang makan nasi, kurang rasa nak tido, lagi banyak masa untuk FOKUS buat benda. Orang dah start puji, macam mana badan jadi kecik. Time ni timbang dah hilang 8kg (77kg).

Akhir 2 bulan (akhir march 23) : aku risau pasal gastrik masa bulan puasa. Sebab takleh makan ubat pink tu waktu tengahhari. Tapi menariknya, sejak dari bulan puasa aku dah takde gastrik.

Pembacaan aku, rupanya makan banyak pon boleh trigger gastrik sebab bila dah selalu makan banyak, perut tu akan rembes siap-siap banyak jus acid pada waktu kebiasaan kita makan.

Bila kita dah start makan kurang, perut akan adjust dengan dengan rembes sikit acid, selepas beberapa minggu.

Bila asid dalam perut kurang, jadi semaking kurang atau takde gastrik. So perut kita ni kira bijak jugaklah dan akan adjust kuantiti asid berdasarkan pemakanan kita.

Pertengahan bulan puasa berat aku dah 74-75kg. BMI aku dah dalam range normal.

Akhir 3 bulan (April23) : berat badan maintain 74kg. Ibu aku 50kg.

Akhir 4 bulan (May 23) : berat maintain statik gak 74kg, walaupon diet sama je.

Ibu pon maintain 50kg, dan aku perasan bentuk badan dia sama macam arwah moyang yang duduk kampung dulu (yang diet dia banyak ulam-ulaman dan minum air kosong)

Sebab nawaitu aku nak sihat dan bukanlah nak turun badan jadi kurus kering, aku dah rasa happy dengan badan aku. Nak aim sampai 65kg tu takde lah sebab takde masa aku nak bersenam kaw-kaw dan berlaparan.

Aku jugak perasan kawan-kawan yang pi gym, bila dah tak pi gym 1 bulan, ada yang menurun (hilang muscle) dan ada jugak berat dia akan naik balik menuju ke sesuatu KG yang tertentu pastu stop.

Ada juga kawan-kawan yang tak bersenam apa, tapi kekal fit. Pelik. Point aku, badan kita ni secara naturalnya dia ada set berapa KG dia nak.

Environment yang extreme mungkin boleh pengaruh bentuk badan dan KG, tapi bila kira relek-relek balik, dia akan ‘pulang’ ke asal.

Sebab tu ada member kita makan lah apa sahaja, maintain kurus kering / fit.

Dan ada je yang lepas tak bersenam, mengembang dengan drastiknya walaupon dah control makan. Jadi jangan compare sangat berat dengan orang, fokus pada diri sendiri.

Lepas aku berjaya turun berat badan, aku terfikir gak, adakah sebab calorie deficit aku turun berat badan atau pemakanan tu sendiri yang mempengaruhi penurunan berat badan?

Macam aku dan ibu aku, aku rasa ada kait dengan calorie deficit sebab kitorang memang menurunkan kuantiti makanan seharian.

Tapi bapak aku tak. Dia makan macam biasa je cuma nasi je tukar jadi makan nasi hidroponik. Tapi tu pon dia dari 95kg (memang confirm kategori obesiti) sekarang jadi 83kg.

Tali pinggang dia pon dah kene tebuk lagi 1 lubang sebab size badan dah turun. Lepas turun berat badan bapak aku kata dia rasa lebih cergas dan lagi senang berkebun.

So kat sini aku percaya, apa kita makan tu penting dan tak semua calorie tu sama.

200 calorie dari minuman 3 in 1 tak sama dengan 200 calorie dari buah dan kekacang. Patutlah orang zaman dahulu badan-badan fit. Sebab diorang takde makan makanan yang diproses / simple sugar.

Apa feeling sekarang? Sekarang aku happy sebab rasa sihat. Actually bila kita rasa sihat dan tak ‘comel’, kita lagi confident rupanya haha. Gi mall pon aku perasan gadis-gadis banyak pandang aku berbanding time aku 85kg. So perempuan ni gatal jugak ek.

Sekarang, tak rindu benda manis. Nampak benda manis jadi takut pulak haha. Secara kesimpulan, dari pengalaman aku, apa aku belajar:

1. Kita hidup zaman banyak makan dan banyak gula. Sebab tu ramai orang sekarang ‘comel-comel’.

2. Nasi 1 genggam tu sihat dan normal dari segi calorie. Cuma zaman sekarang orang taruh nasi banyak2, nampak cam tak normal pulak makan nasi 1 genggam.

3. Apa kita makan mempengaruhi size badan, bukan total calorie semata-mata.

4. Turun berat badan ni adalah kesan positif, jangan jadikan aim. Sebab kita nak marathon, perubahan gaya hidup KEKAL. Bukan lepas turun 10kg makan macam biasa balik.

5. Bila kita makan kurang, kita rasa lagi relek dan mentally pon rasa better. Aku rasa ni kesan paling best. Cuma awal-awal tu mental ke laut sikit.

6. Awal2 berlapar dan mengawal nafsu tu tak best, lagi2 jenis makan untuk hilangkan boring. Tapi selepas 1-2 bulan, badan korang akan rasa terbiasa dan rasa lapar dan ‘kehendak’ nak makan tu akan pudar / jadi sedikit.

Pastikan korang ada backup plan / aktiviti apa nak buat time boring. (Motto di adalah : ramadhan puasa boleh, hari lain mesti boleh).

7. Kadang-kadang kita makan disebabkan pressure orang persekitaran (social eating). Kena terima budaya ni tapi kita kena flexible dan modify apa kita makan diluar social eating.

8. Kena tahan kena ejek / perli bila nak berubah diet.

Sekian. Harap post ni dapat memurnikan balik IIUM Confession. Dan selamat mencuba kalau korang rasa semangat nak adjust diet.

– Zam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *