Selalu dengar orang cerita best2 pasal tips2 beli rumah kan? Cerita ini cerita tak best pula pasal beli rumah. Aku kongsikan cerita ini dengan harapan boleh diperpanjangkan kepada golongan muda yang berhasrat untuk beli rumah sebagai panduan untuk tidak mengulangi kesilapanku.
Aku kahwin awal umur 22. Masa tu rasa macam hidup dah lengkap. Ada suami, ada kerjaya, ada kereta, bakal menimang cahaya mata. Jadi aku sangkakan langkah seterusnya adalah membeli rumah. Satu hari aku ajak suami ke ekspo hartanah di MidValley. Kami pusing2 sampai satu booth ni seorang lelaki menghampiri dan mula cerita tentang promosi yang ditawarkan. Kami jadi tertarik sebab dapat baucer Courts Mammoth RM5k. Rumah teres 2 tingkat. Harga zaman tu RM188k. Lokasi di Rawang. Sedangkan kami tinggal di PJ, kerja di KL.
Pandai betul salesman tu mainkan emosi. Kami yang naif terus letak deposit RM300. Seminggu lepas tu baru kami tengok tapak. Aduhhh, terasa sungguh jauh dan jemnya walau mereka kata Rawang-KL dekat. Dijanjikan pula dengan LATAR yang bakal siap.
KESILAPAN PERTAMA : Tak tengok lokasi sebelum letak deposit dan tak kaji demand kawasan.
Ketika tu rumah tu masih dalam pembinaan. Dianggarkan lagi dua tahun baru siap. Masa pembinaan kan bayar sikit2 je dulu. Bila dah siap sepenuhnya, bayaran dianggarkan RM1300 gitu sebulan. Masa tu gaji kami suami isteri dalam RM3k. Aku jangkakan lagi 2 tahun, kerjaya aku akan meningkat dan boleh cover lah ansuran rumah.
KESILAPAN KEDUA : Membuat keputusan berdasarkan pendapatan akan datang.
Kami zero knowledge tentang hartanah. Salesman kata tak payah risau, kami handle semua A-Z. Jadi kami duduk sahaja tunggu arahan. Salesman masuk loan kat bank M***B.
KESILAPAN KETIGA : Tidak “shopping” rate bank terbaik. Nanti aku cerita kenapa.
Cawangan Seremban call aku cakap permohonan ditolak sebab pendapatan tak cukup. Lepas tu Cawangan Kelana Jaya call beritahu sebenarnya tak boleh lepas tapi kalau ada seorang lagi saudara yang boleh back up income (guarantor), jadi boleh teruskan. Hampir2 berputus asa, namun fikirkan taknak deposit RM300 hangus, kami pujuk2 mak suami.
Mak suami ibu tinggal, masih bekerja ketika itu. Mula2 berat, akhirnya dia setuju. Selepas masukkan nama dia, akhirnya loan lulus. Ironinya, loan ada nama dia tapi rumah tak ada nama dia. Kesian dia. (Bahayanya jadi guarantor).
KESILAPAN KEEMPAT : Gara2 taknak deposit yang sikit hangus lalu sanggup pikul hutang yang jauh lagi besar.
Bila loan lulus, kami pun sign surat2 tawaran semua dan akhirnya dapat baucar RM5k. Teruja ni nak pergi shopping. Rasa dapat spend RM5k tu macam hebat giler je . Sampai kat kedai, tengok gulp… overpriced pula barang2nya. Kiraan pula sebelum harga diskaun. Tak ada pilihan, baucar perlu digunakan. Kami pilih dengan terpaksa.
KESILAPAN KELIMA : Terpedaya dengan frills.
Tahun pertama lepas sign agreement, bayar dengan gigih. Murah lagi masatu tak sampai RM500. Komitmen kami tinggi. Kereta, kredit kad, kerja jauh, anak sorang, simpanan tak ada. Menumpang lagi rumah mak suami. Kusangka panas hingga ke petang, rupanya badai melanda di tengahari. Rumahtangga mula bermasalah. Suami ada orang ketiga. Katanya jangan halang hak dia, dia mampu. Walhal aku yang tanggung hampir semua.
Aku nekad berenti kerja ketika mengandung anak kedua. Oleh kerana suami banyak nak bayar dengan gaji yang kecil, dia mula tak bayar rumah. Ansuran pula semakin mahal kerana rumah hampir nak siap. Surat2 amaran, call2 dari bank semua kami abaikan. Pegawai credit control pujuk datang bincang. Mulanya kami datang berdua. Bincang2, pegawai kata bank kami ni prihatin, ditubuhkan untuk bantu bumiputra miliki hartanah. Anak syarikat agensi kerajaan. Kalau kami lelong rumah tu, dapat jual bawah RM100k. Banyak kamu hutang nanti, dengan nama kena blacklist. Cubalah untuk bayar juga.
Aku tak sampai hati heret mak mentua dalam masalah hutang kami. Aku usahakan untuk bayar juga. Pertemuan kedua dan seterusnya dengan bank suami dah tak ikut. Dia kata aku yang nak sangat rumah tu, jadi tanggunglah sendiri. Akhirnya kami selamat bercerai. Tiga tahun tak bayar ansuran rumah, aku mohon untuk buat restructuring. Bila baca surat tawaran restructure, aku rasa macam nak pitam. Dari principal RM170k, melompat jadi RM250k. RM80k interest untuk 3 tahun dimasukkan dalam principal loan!
Aku selidik2 kenapa mahal sangat. Rupanya late payment interest dia sangat mahal berbanding bank komersial! Allah.. rasa teraniaya sangat. Aku rasa ada hikmahnya bank2 komersial meski nampak kejam bagi max 3 bulan tak bayar terus lelong. Daripada bank ini, bila nampak kita ada potensi untuk maju dalam kerjaya, di sweet talk untuk hempuk interest yang maha hebat.
Masa tu baru aku tahu kenapa kawasan tu bank komersial taknak offer. Sebab kawasan tu dah bertahun2 janji akan di majukan tapi pembangunan amat2 slow. Dan kawasan tu juga banyak membankrapkan orang2 melayu (Berbalik pada kesilapan pertama). Yang paling aku nak menyirap bila pegawai bank kata “suami baru puan kerja kerajaan kan. Suruhlah dia buat personal loan 100k untuk settlekan tunggakan jadi kami takkan restructure.” Ewah2 kau sedapnya berkata2… aku dah serik taknak aniaya orang dengan hutang aku jadi akhirnya aku setuju untuk restructure.
KESILAPAN KEENAM : Tak bayar / lewat bayar ansuran. Sangat sangat rugi jika kena bayar late payment interest (LPI). Sejak tu, mana2 hutang aku, aku cuba untuk meet deadline & elakkan bayar LPI.
Rumah dah siap lama dah. Hanya lepas 5 tahun baru aku dapat kumpul duit untuk ambil kunci. Sebab aku ingatkan semua dah cover dalam loan. Rupanya ambil kunci pun kena bayar lagi pakai duit poket sendiri. Bila dah ambil kunci, ingatkan dah boleh duduk. Rupanya masih tak lengkap.
Hanya ada wiring sahaja. Lampu, kipas kena beli sendiri. Belum lagi deposit tnb, deposit syabas, cukai pintu. Dah pasang syabas, tak duduk pun tapi bil air sampai RM800. Rupanya ada paip pecah bawah tanah. Rumah keliling pun ada masalah yang sama sebab faktor tanah kawasan tersebut. Aduh duit lagi. Bodohnya sebab tak ambil tau risiko2 ini semua dulu.
KESILAPAN KETUJUH : Tidak bersedia dengan simpanan untuk cover unexpected costs.
Akhirnya semua dah siap dan boleh diduduki. Namun, life kami di PJ. Aku kerja PJ. Suami kerja Ampang. Tak mungkin suami aku nak pindah ke rawang dengan jarak perjalanan yang jauh untuk berulang. Maka kami cuba sewakan. Dapat seorang penyewa yang berpewatakan islamik. Happy dah masa tu. Walaupun sewa hanya cover 1/3 dari ansuran.
Baru minggu pertama, jiran sebelah call mengadu penyewa bela anjing. Aku tanya penyewa, katanya kesian tengok anjing liar tu jadi dia bagi makan pastu jadi manjalah pulak taktau macam mana nak halau. Kan islam suruh buat baik dengan haiwan. Aku pun ermmm.. cubalah pujuk sebab kawasan kejiranan melayu. Jiran2 tak selesa. Dia kata ok nanti dia halau anjing tu.
Baru nak tarik nafas. Bulan kedua jiran call lagi tanya ini rumah bujang ke kelamin? Bos bujang duduk dengan pekerja2 perempuannya, kataku . Jiran kata masalahnya selalu ada lelaki keluar masuk. Aduh.. pening lagi. Tanya penyewa, katanya lelaki2 tu suami pekerja2. Dan adalah lagi jawapan yang aku tak ingat. Sewa bulan ketiga pula dah mula liat. Aduh.. akhirnya slowtalk bagai, penyewa sudi keluar sebelum tamat agreement. Beberapa barang rumah tu yang aku sediakan pun turut dibawa jadikan harta. Aduh.. urut dada. Jangan terpedaya dengan pewatakan islamik. Boleh jadi penunggang agama.
Aku serik untuk cari penyewa. Siap pesan kat saudara yang pergi umrah untuk doakan dapat penyewa yang baik. Alhamdulillah doa dimakbulkan. Dapat suami isteri yang baik sangat2. Takde dah dapat call pelik2 dari jiran sebelah.
KESILAPAN KELAPAN : tak bersedia untuk hadapi perangai penyewa yang pelbagai ragam.
Kawasan tu dah mula naik. Aku recce2 harga dah cecah RM200k ke atas. Aku kalau boleh nak let go rumah tu cepat2. Sebab nama masih ada nama bekas suami. Aku nak take over atas namaku sorang, loan tak lepas. Walaupun aku dah mohon perintah mahkamah untuk isytiharkan rumah itu sebagai milikku sorang, dan bekas suami pun dah akui untuk lepaskan segala tuntutan atas rumah tu, ianya masih tak cukup kuat. Jika aku mati dulu, bila2 masa bekas suami boleh claim kata rumah tu dia punya. Aku agak jelah the worst that can happen.
Aku tanya soalan kat forum berapa agaknya harga market rumah tu sekarang. Ada satu ejen rumah approach aku offer untuk carikan buyer. Dia berjaya. Dia cek dengan kawan dia kerja bank katanya harga pasaran RM230k. Masatu hutang bank dah RM230k juga jadi aku terus setuju sign agreement.
Nak jadi drama, mula2 bekas suami taknak sign. Lawyer kata dia macam tarik tali, macam nak minta imbuhan. Tapi lepas kena saiko dengan lawyer, dia sign tanpa minta apa2. Sebab masih ada nama dia kan, jadi surat menyurat staff lawyer masih cc pada dia. Lepas dia maki2 staff lawyer dan atas nasihat aku, barulah mereka berhenti cc surat pada dia.
Sebenarnya sebelum ambil ejen tu aku ada inform penyewa yang aku nak jual. Dia kata dia nak sangat beli rumah tu, dia dah sayang tapi dia belum confirm jawatan jadi tak berani ambil risiko. Aku expect 3 bulan lepas sign s&p boleh settle lah kan. Deposit RM23k lepas tolak upah ejen RM7k, baki tu settlekan apabendatah lagi. Sampai tangan aku tak sampai RM5k.
Rupanya lawyer buyer sangat sangat sangat slow giler buat kerja. Lepas beberapa bulan, penyewa bagitau dia dah confirm jawatan, memandangkan aku nak jual maka dia pun dah beli rumah berdekatan. Aduh… hilang dah duit sewa aku pula. Penyewa kata dia pun boleh buat sebenarnya conveyancing. Klu aku sabar sikit tunggu dia confirm, sekarang ni mungkin dah settle dan boleh jimat duit ejen. Aduhhh rasa nak nangis dia cakap camtu.
KESILAPAN KESEMBILAN : Terburu2 pilih buyer.
Bila dia dah tak menyewa, aku dah terbeban tak dapat nak bayar instalment. Bila lawyer buyer dah siap buat kerja, bank aku pulak sangkut. Katanya tunggakan aku dah lebih dari duit yang bank buyer nak bayar. Aku kena settlekan RM20k+ kalau nak smooth.
Terus terang aku cakap, 12 tahun aku kerja makan gaji, simpanan, epf, semua habis, kosong untuk settlekan rumah ni. Bergolok bergadai lah orang kata. Untuk memiliki rumah yang tak pernah aku duduk. Selama itulah aku menyewa pula rumah lain. Lagilah tak boleh menyimpan. Akhirnya pegawai kata cuba tulis surat rayuan. Aku tulis. Siap tunjukkan bukti2 simpanan, epf yang kosong.
Masa ni aku dah full time bisnes. Jadi lampirkan sekali laporan akaun pengurusan yang cukup2 untuk cover bisnes dan hidup kami anak beranak. Lagi sekali, aku kirim doa pada kawan yang nak pergi umrah. Solat hajat berkali2. Agar pengurusan bank setuju untuk terima rayuan aku. Alhamdulillah akhirnya mereka setuju. Menangis masa tu syukur sangat2 akhirnya Allah bebaskan aku dari bebanan hutang yang mencengkam jiwa. Selesai semua urusan, baki akhir sampai kat tangan aku seribu lebih.
KESILAPAN KESEPULUH : tak bayar ansuran selepas sign s&p jual rumah.
Rumah tu rumah pertama dan aku jual dah lebih 5 tahun. Tak lama lepas proses jual beli selesai, dapat surat dari LHDN mengatakan aku tak kena cukai hartanah. Syukur alhamdulillah selesai jua akhirnya. Sekarang confirm dah takda harta2 yang terikat dengan bekas suami melainkan anak aku 2 orang. Hingga sekarang aku hanya mampu tengok harga hartanah yang makin melambung2. Nak pergi kursus hartanah pun tak ada hati. EPF dah takde. Simpanan habis. Fokus aku sekarang nak bagi pendidikan islamik terbaik untuk anak2. Agar mereka boleh menjadi saham akhirat aku.
Dah sepuluh tahun aku kahwin dengan suami kedua. Selama tu kami hanya menyewa. Baru2 ni rumah yang kami dah sewa untuk 7 tahun, owner nak naikkan harga lagi. Kalini harga tu aku rasa ridiculous sangat. Tak berbaloi dengan kondisi rumah tu. Jadi kami dalam proses pindah ke rumah lain. Masa kemas2 tu suami tanya bila kita nak beli rumah? (Sebenarnya suami dah tak larat berpindah randah).
Aku hanya senyum kelat. Impian tu tetap ada. Tipulah tak ada kan. Tapi aku tahu kalau kami mampu bayar muka sekalipun, kami tak mampu bayar ansuran rumah dalam keadaan kewangan kami sekarang. Aku tak sanggup lagi bermasam muka suami isteri hanya kerana tekanan wang.
Macam isu anak juga, janganlah tanya kawan2 kita kenapa menyewa? Kenapa tak beli rumah? Sapa lah yang suka menyewa kan. Sapa lah yang taknak rumah sendiri kan. Soalan2 kita tu boleh melukakan hati kawan2. Kita tak tahu kekangan2 yang mereka hadapi. Dalam keadaan sekarang ni sewa jauh lagi murah dari beli sendiri. Jika beli rumah untuk disewakan pun, belum tentu dapat cover duit ansuran. Melainkan tempat2 tertentu dan situasi2 tertentu.
Doakan kami sekeluarga boleh miliki rumah sendiri ya. Kami berkenan betul dengan kawasan kami duduk sekarang. Semoga tercapai impian untuk miliki rumah kawasan sini. Semoga impian kawan2 di iiumc juga Allah kabulkan. Semoga tak ada yang mengulang kesilapanku lagi. Oh ya, sifu2 hartanah jika nak mention kisah aku ni, sila bagi kredit kepada iiumc ya. Haha.
– Ana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit