Aku ada masa 10 minit sahaja untuk bernafas sebelum menyambung routine harian aku sebagai seorang ibu yang bekerja. Lagi 10 minit, aku akan ambil anak-anak aku di sekolah tadika swasta.
To be honest, aku dah terlampau burn out dengan segala hal-hal duniawi aku.
Aku ada suami yang sangat baik, tapi dia bekerja overseas, jadi aku yang menjaga anak-anak aku, pagi aku siapkan, aku rushing pergi kerja dan rushing ambil anak aku semula selepas bekerja, dan aku melayan kerenah anak-anak aku pada malam hari.
Aku tak ada support family sistem yang boleh menolong. Aku terlampau burn out dan aku selalu termarah anak-anak aku. Aku langsung tak berniat untuk marah mereka tapi aku sendiri terlampau burn out.
Memang ada orang lain bagi cadangan supaya aku me time la apa la, tapi rasa burn out ini masih tak hilang. Masih ada. Aku penat but i must not give up.
Jadi tak tau lah sebenarnya berapa lama lagi aku boleh bertahan. Lagi 7 minutes, aku akan berjumpa dengan kesayangan aku 2 orang tu.
Bila mereka panggil aku mommy aku gembira tapi deep down aku masih rasa hollow, masih burn out, tiada siapa dah yang akan bertanya aku okay ke? Lydia kau okay ke sebenarnya?
Tak pasti mana semua kawan-kawan aku pergi, selepas hidup aku dah sampai tahap ni aku rasa aku sebenarnya dah tak ada kawan.
Kawan-kawan, aku harap kau juga tak rasa seperti yang aku rasa.
Aku cuma nak jadi kaya macam Rosmah, kaya macam orang yang tak perlu bekerja yang memang rezeki dia senang lenang semua dapat. Jadi aku boleh concentrate dekat anak2 aku dan tak perlu fikir semua benda dah..
Lagi 3 minit, aku sendiri tak tau apa yang aku harapkan. Sebab orang macam aku dia tak mampu untuk berharap, aku kena laksanakan dan tak boleh berharap sebab aku tiada sesiapa walaupun ramai disekeliling aku.
Aku cuma tak nak menyusahkan sesiapa. Aku cuba jadi aku versi terbaik, tapi ini versi aku pada harini.
Lagi 1 minit, tarik nafas hembus nafas, buckle up Lydia. Kau hebat. Kau independent tak perlukan sesiapa, tapi kadang2 aku tetap perlukan sesiapa.
Satu benda aku nak pesan pada diri aku sendiri, tolong jangan give up, buat semua ini kerana Allah SWT dan kau yakin dengan Qada dan Qadar tuhan. Kurniakanlah semua yang membaca ini Syurga Firdausi Tanpa Hisab.
Sekian.
Masih burn out..
– Marissa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sis kena cakap benda ni dgn suami, katalah dah sampai boiling point, dah mula burn out skrg ni, dah PATUT ada pembantu dekat rumah sbb sis tak boleh buat sendiri semua benda sekarang ni, kalau dah kerja overseas maksudnya gaji dah besar, sbb kalau kerja parcel delivery pun dah boleh dapat RM7000 sekarang ni, kerja pun tak lama sehari, ni sbg contoh sahajalah ye.. Suami mesti faham dan akan benarkan sis ambik maid ni, at least daily nanny, yg tak duduk dengan kita, dia datang pagi balik petang tu.. semua ada semuanya sekarang ni kalau kita boleh cari.. InsyaAllah
Situasi kita sama dik. Cuma I suri rumahtangga, but you are still working. Nasihat akak, jgn pandang kehidupan org lain. Bersyukur… ada org lain yg lebih teruk hidup mrk. Jobless.. kahwin tp belum dikurniakan anak… mcm2.
I pernah bekerja dan berhenti masa umur anak sulung 6 bulan. Sekarang anak sulung dah 23 tahun. I’m still housewife dan masih menguruskan 3 org anak. Hantar pergi sek, tuisyen, rumah, masak… segala galanya kena urus dari celik mata sampai la malam. My husband pun baik. Every mth dia bagi 5k. Kalau nak kata burn out… memg burn out. Penat sangat2. Teringin nak kerja mcm dulu. At least ada me time.. dpt keluar lunch dgn kwn2. Dpt simpan duit sendiri. Ada xtra money. Tak perlu la nak minta duit je dgn suami… jadi yg penting syukur je dik. Pujuk diri sendiri… cari ruang utk diri sendiri and enjoy your life. Plan aktiviti dgn anak2. Tak yah carik kwn2. Spent time and money with your kids. Lebih berbaloi