Aku budak master. Master by research, budak sains, sains tulen. So hari hari akan masuk lab untuk buat eksperimen.
Alhamdulillah, aku hampir menghabiskan tahun kedua master. Kalau diizinkan Allah, aku akan tamat dan konvo dalam tahun depan (doakan aku weyy).
Bila tengok musim konvo, aku tergerak untuk share. Kot kot ada yang nak sambung master, terutamanya bidang yang serupa untuk aku.
Sebab apa, aku bermula dengan agak slow. Dah la slow, blur memanjang pulak tu. Aku taknak korang tak senasib dengan aku….
So, inilah 10 perkara yang “I wish I knew it before I pursue master.
1. Penting untuk pilih supervisor yang membantu dan ada hubungan baik dengan mereka
Supervisor – mereka insan yg akan guide kita sepanjang master kita. Sebab macam macam jenis SV yang akan kita jumpa. Ada yang membantu, ada yang nak jumpa pun susah. Ada yang suka update progress kita, ada yang buat tak kisah. Ada juga yang mempergunakan kita untuk capai KPI dia. Contoh, jurnal kita yang tulis, tapi letak nama dia sebagai first author.
Maka, memilih supervisor yg baik dan membantu sangat penting. Kerana dengan dia kita akan berbincang, berkongsi pandangan dan idea dan membantu kita dlm hala tuju penyelidikan kita sepanjang master kita. Namun begitu, tidak bermakna kita mengharapkan untuk di spoon feed oleh mereka. Jalinkan hubungan baik dengan mereka. Tunjukkan yang anda orang yang mempunyai matlamat yg jelas dan mempunyai kesungguhan yg tinggi. Kalau kita orang yang ada effort, SV pun senang hati.
2. Once dah jumpa SV dan dah finalise tajuk, mula membaca artikel/jurnal berkaitan. Jangan tunggu mula sem baru nak pulun. Jangan jadi macam aku hahaha
Dalam buat master ni, penting untuk kita rajin baca jurnal dan fahamkan sebaik-baiknya. Walaupun kau kata kau tak minat membaca, tetapi nak tak nak kau kena paksa diri membaca jurnal paling kurang pun satu jurnal sehari. Sebab bila kita faham penyelidikan kita, tahu teori dan metod, segalanya jadi mudah.
3. Bersedia untuk membuat semuanya sendiri
Bila dah jadi budak master, semuanya kita kena buat sendiri. Tak sama macam fyp, orang lain tolong prepare. Budak master lah tolong prepare utk kita masa fyp so ni pun kita perlu expect bila dah pursue master. Kita akan buat tempahan materials/apparatus sendiri, berurusan dgn dealer sendiri, dengan admin universiti, prepare bahan eksperimen..semuanya sendiri. So belajarlah berdikari ya
4. Bersedia untuk menghadapi ‘oh benda sekecil ni pun aku tak tahu’ dan runtuhkan ego untuk bertanya
Bila dah buat sendiri semuanya, bersedialah untuk berdepan dengan banyak benda yang kita tidak tahu. Kadang kadang sesimple simple benda pun kita tak tahu haha. So bila tak tahu tu, tolonglah jangan malu nak bertanya dengan senior labmate kita. Turunkan ego tu sikit haa.
5. Tunggu barang sampai, kadang kadang ‘burn’ satu sem
Kalau nak tahu, barang barang eksperimen kita tu, semuanya dari overseas. Kena tunggu berbulan bulan. So, kita kena pandang jauh ke depan, tengok apa yang kita perlu. Jangan beli sikit sikit. Pastikan jangan ada barang yang tertinggal. Sebab nak tunggu barang sampai kadang burn satu sem.
6. Sementara tunggu barang, janganlah nak berjimba sangat
Bila dah tunggu barang sampai satu sem tadi, tolonglaaa jangan berjimba. Waktu ni la bagus utk fokus baca jurnal, rajin pergi seminar dan banyakkan berbincang dengan SV dan labmate kita. Aku dah buat silap ni, so aku taknak korang buat silap yang sama.
7. Rajin rajinkan untuk pergi seminar berkaitan, konferens dan tunjuk effort untuk buat preceding, article atau journal. Bina networking dengan orang yang sebidang dengan kita.
Bab ni, memang kena korban sikit. Duit, tidur, masa, rehat. Tapi yakinlah, bila kau dah jelas dan banyak ilmu dalam penyelidikan, ia sangat memudahkan. Bila kau dah mula tulis artikel, ketahuilah ia akan membantu kau masa writing nanti.
9. Jiwa harus kental dan bersedia menghadapi kegagalan
Sepanjang kau buat eksperimen, pastinya kau akan menghadapi kegagalan berkali kali. Kadang kena repeat eksperimen berpuluh puluh kali untuk dapatkan data. Ada yang kena repeat the whole cycle untuk dapatkan data. So waktu ni, memang kena banyak sabar. Bayangkan satu ekperimen dah renyah, tedious dan ambik masa seminggu kadangnya..kalau berulang ulang kali? Tak ke memang menuntut kesabaran? Tapi tak mengapa, with those hardships and hardworks, you will grow and become a good researcher inshaAllah.
So kental k? Haha.
Aku mengajar diri ni.
10. Disiplin
Buat master ni, elemen ni antara yang paling penting utk kau get on track. Siapkan schedule, follow schedule, jumpa supervisor update progress dan paling penting jangan sesekali bertangguh!
Inilah 10 perkara yang I Wish I Knew It sebelum pursue master. Pengalaman mungkin berbeza mengikut bidang, tapi yang aku kongsikan adalah apa yang aku alami.
Harapnya bermanfaat.
– Budak Master
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit